Friday, December 31, 2010

jumaat terakhir.....tahun 2010

seronok betul dapat cuti dihari terakhir tahun 2010

hehe

salam hari jumaat semua!

pada kaum adam jgn buat2 lupa g solat jumaat ye...

Thursday, December 30, 2010

hadiah hujung tahun!

terima kasih PM

sebab bagi cuti esok... heheh

tak lupa juga

BRAVO Harimau Malaya!!

atas kejayaan kamu menjulang Piala AFF!

teringat zaman sekolah, bila pasukan sekolah kami menang acara besar macam Bahas Piala Perdana Menteri, Hoki menang peringkat daerah, dll, kami ni dapatla habuan jugak...

walaupun cuma cuti prep petang @ malam.. hahaha

standardla skola asrama penuh, banyak sangat kelas persediaan, petang ada malam ada, sabtu ahad pun ada.. 5 tahun rutin yang sama.. bila sesekali kelas persediaan tu dibatalkan memang horay2la.. wakaka

Tuesday, December 28, 2010

mimpi yang tak sudah

entah kenapa kebelakangan ni kerap sangat bermimpi

mimpi berkait tentang kematian

...lihat kematian

..terasa diri sendiri menghadapi kematian

..berada di tanah perkuburan

oh adakah masaku hampir tiba??

adakah aku bersedia??

ahhh......






Monday, December 27, 2010

3 hari lagi

menjelang tahun baru.. 2011

rasa cepat sangat masa berlalu

1.1.11 ni saya dah ada 3 jamputan makan nasi minyak... ulala!!
semua pasangan berebut2 tarikh cantik sekarang ni kans?

wishlist 2010 hampir semua sudah tercapai walau ada banyak kekurangan...

azam?? heeeee

ade azam ke tahun ni??

moga segala urusan ditahun 2011 akan sentiasa dipermudahkan

Friday, December 24, 2010

Niquitin mampu jinakkan perokok tegar?

Suami saya sorang perokok tegar, memang boleh pengsan kat umah tu dengan asap rokok

bila kita bersuara mulala SENTAP!

banyak kali saya pujuk dia berhenti merokok, tapi mantul! hish... saya yang rasa stress setiap kali pengumuman harga rokok naik sebab melibatkan pertambahan kos. walaupun duit takde, rokok tetap ada -_-" macamana pun akan usaha jugak nak dapatkan rokok...

setiap kali bersuara mesti sy timbulkan pasal kos rokok tu, dok bakar saje2 je kurang2 300ringgit sebulan! klu buat beli barang dapur complete tuuuuu
setiap kali tu jugakla dia cakap "abang CUBA"

tapi

masih macam tu jugak...... langsung tak mencuba walau untuk mengurangkan kekerapan...

kalau masa dia mengadap game lagila tension, lepas sebatang sebatang lagi. sampaikan aly tanak lalu kat dia setiap kali dia merokok, aly pun tau asap tu membahayakan kesihatan! haih....

ahad lepas buat kesekian kalinya saya merayu pada dia supaya berhenti merokok. sebab utama adalah kos.... keadaan ekonomi kami sudah semakin genting dan tidak memungkinkan utk sebarang pembaziran lebih2 lagi untuk sesuatu yang langsung tidak memberikan manfaat!

alhamdulillah, kali ni dia tidak menolak mentah2 permintaan saya seperti kebiasaan

"aband dah mula ambil niquitin"

alhamdulillah... dia pilih niquitin [dlm bentuk losenge] untuk bantu dia menghentikan tabiat buruknya. Saya menganggap ini adalah hadiah ulangtahun perkahwinan kami.

saya berikan sokongan penuh dalam usahanya kali ini, walaupun terpaksa menata semula bajet bulanan kerana losenge ini agak mahal. Sedikit pengorbanan untuk mendapatkan sedikit manfaat dari produk berkenaan

"memang perlukan semangat dan azam yang kuat untuk mengikis ketagihan nikotin yang sudah bertapak lama dalam diri, moga abang kuat dan seterusnya berjaya menghapuskan tabiat buruk tu"


sedikit info mengenai NiQuitin



Terapi penggantian nikotin tidak mengandungi tar dan gas berbahaya seperti yg didapati dalam asap rokok.
Dengan terapi ini keinginan dan keperluan terhadap nikotin (bahan dalam rokok yg menyebabkan ketagihan) akan berkurang secara beransur2. Ia akan mengurangkan simptom2 biasa apabila seseorang itu berhenti merokok seperti ketagihan, resah & gelisah.
Beberapa kajian mengenai Niquitin:
>> terbukti secara klinikal dalam membantu berhenti merokok
>> menggandakan peluang berhenti merokok
>> perlindungan 24 jam - walaupun terhadap ketagihan kuat di awal pagi
>> melegakan ketagihan dalam beberapa minit

lagi maklumat disini

Wednesday, December 22, 2010

Neutering aly

Sebab aly nakal.. spray sana sini...

dan bila dia pandai tolak pintu almari dan seterusnya spray kat baju ai....

ini suda lebey!!

kenela 'neuter'kan

last 2 weeks masa hantar untuk vaccination terus buat appoinment

jumaat lepas (17/12/10) baru buat

kat Pejabat Perkhidmatan Haiwan Rawang


satu malam kene puasa +-12 jam.. mengamuk nak keluar dari cage.. abeh pintu2 digigitnya


"belakon macho je tu doc!"

Done! prosedur tak lama mana pun, dalam 15 minit.. nak snap gambar 'bende' tu cam tak sampai hati plak.... masa angkat dia nak masuk dalam cage balik cam kesian sangat tgk sebab mata terbukak tapi takde respon sebab masih ada bius

after 2 hours kepala dah boleh gerak tapi kaki tak gerak.. mungkin sebab masih sakit
muka pun mamai lagi

first night, tido bilik belakang.. mengasingkan diri
(sila abaikan background yang semak tu yeh)

lepas 3 hari
baru dia buat aksi kegemaran, tido telentang!

skang dah baik dahhhhh

tapi masih berkejar 1 rumah nak bagi makan ubat..

haishhhh.....

Monday, December 20, 2010

moga kasih hingga ke syurga...

alhamdulillah....

setahun lagi berlalu dalam hidup kami..

walaupun tahun kedua yang agak sukar bagi kami,

moga semuanya dipermudahkan untuk tahun2 akan datang,

moga dilimpahkan rahmat dalam rumahtangga kami, dieratkan kasihsayang,

moga impian kami bergelar ibu & ayah akan cepat dimakbulkan Allah serta dikurniakan zuriat yang soleh & solehah

pengeluaran KWSP utk bayaran PTPTN

salam to all..

pagi tadi saya ke KWSP selayang tuk submit borang dan
dokumen untuk keluarkan duit acc 2 kwsp..
sempena nak bayar utang PTPTN..(Pengeluaran pendidikan)

meh nak share kaedah nk apply..
:)

sile sediakan dokumen2 yg KWSP nak seperti :

1/ borang pengeluaran KWSP 9H (ahl) > download

2/salinan kad pengenalan

3/ penyata terkini akaun kwsp
print out dari web kwsp je... klu tak pun masa ke pwjabat kwsp print kat kiosk kat situ

4/Perjanjian Pinjaman Pendidikan ( agreement yg kite dok sign2 dulu tuh)
kalau x de...minta kat PTPTN > download
da isi borang tu..pos kat PTPTN..nnt PTPTN pos salinan agreement tuh..kene sertakan wangpos rm90 untuk bayaran ye.. salinan yang dalam simpanan saya entah kemana, jadi saya terus ke kaunter ptptn di kl sentral, kene tunggu lama sikitla tapi boleh terus buat bayaran rm 90 kat sana (tak perlu wang pos) dan borang tu pun confirm sampai kat ptptn kan?
dalam web dia kata akan dapat dalam masa 7 hari, tapi mungkin sebab perjanjian saya dah lama (tahun 2002) jadi dalam 2 minggu jugak baru terima.. ptptn akan hantar melalui pos laju

5/Penyata Baki Pinjaman Terkini (pon minta dr PTPTN) > download
(cari borang baki pinjaman) fax jugak..then tunggu smpi PTPTN pos kat korang..
penyata online tak diterima ye... pastikan minta dari ptptn, yang ni tak perlu bayar... cuma lama sikit nak tunggu dalam 3 minggula jugak.. tapi klu yang masih baru lagi mungkin lebih cepat

6/salinan transkrip korang & salinan degree/diploma

bila dah lengkap semua..
bleh la bawa semua dokumen ke pejabat KWSP berdekatan :D

saya pilih kwsp selayang, pukul 830 dah sampai
tak payah tunggu lama, semua delesai
duit akan terus dibayar kepada ptptn dalam masa 21 hari bekerja(mengikut pegawai kwsp tadi)
dan kemudian kita akan dapat surat pengesahan tu...

pastikan semua borang lengkap sebelum ke kwsp ya, kalau tak kene 2-3 kali kerja

moga panduan ringkas ni berguna utk kamu2 ya..

p/s : untuk rujukan lebih lanjut..sile ke website kwsp dan ptptn

**alang2 dah ke KWSP buat terus penamaan waris... alhamdulillah semua selesai... kurang2 kalau jadi apa2 pada saya mudahla keluarga nak uruskan

Friday, December 17, 2010

Samseng tapi penakut

anak bujang ni samseng kampung dusun sikit

kalau dia nampak ada kucing asing kat compound rumah,
walaupun dia dalam rumah dan dipisahkan sliding door dia tetap marah! pastu gigit kaki orang yang dalam rumah sebab nak lepaskan marah...

kalau dia terrrrlepas keluar rumah, memang serta merta dia akan buru kucing yang lalu lalang depan umah.. samseng betul! padahal member tuu lalu je pun! bukan masuk gate umah dan bukannye kucing tu menderam kat dia ke ape.

TAPI

sesamseng2 dia ni,

PENAKUT!!

takut dengan orang... kalau ada orang datang rumah memang mencicit dia lari menyorok padahal orang tu baru nak masuk pintu rumah!

kalau terrrrrpaksa keluar dari persembunyian, dia lalu rendahhhh je, telinga rendahhh je... jalan seslow yang boleh.. bajet orang tak nampakla dia yang debab tuuuu


macam harini dia ikut ke opis, sikit pun tak bunyi! sampaikan anak2 bos yang ada kat opis ni pun tak perasan dia ada... seboleh mungkin dia meng'invisible'kan diri...

alahai aly...

Wednesday, December 15, 2010

makhluk kerdil

musim cuti sekolah kan sekarang, syok je drive g keje.. jalan lancar...

tapi ada benda tak syok kat opis jugak..

haish....

ai anakbongsu jadi kurang biasa dengan budak - budak walaupun anak sedara ai dah berderet..

tapi yelah, kalau anak sedara sendiri ai sound direct jer kalau ade yang tak betul..

tapi ni lain,

sejak awal minggu ni keamanan ai diopis ni sedikit terganggu sebab,

ada anak2 yang melepak kat opis ni dari pagi sampai petang. opis ni dah rupa cc! bising!

tension oh... pagi ai dah kemas2

pagi esok sepahhhhhh lagi!

kenapa tak sound??

nanti ai kene buang keje pulaks!

uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

ai cuma makhluk kerdil yang menumpang mencari rezeki dengan bapak budak2 tu... haish...

Monday, December 13, 2010

karipap

hujung minggu,

waktu inilah peluang untuk bersantai dirumah, berkemas mana yang patut, masak yang sedikit kompleks berbanding hari - hari biasa... dan harapnya ada sedikit ruang untuk berehat..

tengahari sabtu dapat panggilan, dini sufi & safwah nak datang rumah mak usu! serta merta tengok keadaan sekeliling, masa tu ralit dengan dunia maya... tgk rumah belum siap kemas! terus macam charlie chaplin membersih itu dan ini, menyapu seluruh pelosok rumah, dan mula memasak.. leburkan saja tulang lembu dalam periuk, tunggu sampai empuk...

sambil racik kentang cadang nak buat bergedil.. menu simple tapi semput jugak nak buat semua benda dengan cepat.

sambil2 menunggu sup siap potong2 keledek nak buat inti karipap, hampir 2 tahun berkeluarga ni baru pertama kali saya buat karipap! hahaha maklum sajalah, tahun pertama tahun bermanja, balik rumah lambat sikit dah malas masak, dengan alasan... PENAT.. cliche sungguh kanns?!

bila dah masuk tahun ke2, diburukkan dengan keadaan ekonomi yang makin teruk, saya berazam utk kerap memasak.. hehheh.. eh?! ade kaitan dengan tajuk ke?? isk...

angan2 memang tinggi nak buat sendiri, dah siap semua barang baru teringat sesuatu...

saya tak pandai kelim karipap!!!


hahaha! memang kene gelak dengan suami.. malu ai taw! mak dah jenuh ajar time kecik2 dulu, tapi bebal semacam.. tak jadi2.. sudahnya mak cuma suruh saya terap dengan acuan, pastu mak yang akan kelimkan cantik2..


malam ahad sambil tengok tv saya cuba jugak kelim karipap sendiri walupun dah siap guna acuan. dan hasilnya...


hehe.. banyak kanns.. dari jauh memangle nampak comel, cube tgk dekat?! mau pengsan mak mertua you!! isk mak mertua ai dah takde... sebut2 pulak... alfatihah buat arwah


macam biasa, setiap kali buat kerja sampai lewat mesti anak bujang saya akan setia 'meneman', tapi teman dalam mimpilah!


hehe... memang rupa karipap tu tak berapa menarik, tapi akan cuba lagi! practice make perfect kan?!

Thursday, December 9, 2010

kalau dah jodoh tak kemana...

kes sadisla jugak nih....

time birthday aritu suami ajak makan kat luar. kire nak celebratela birthday isteri dia nih... tapi ade pulak di tanya kita nak makan kat mana bagai.. dahla kita yang kene drive sebab dia takleh drive malam, dengan penat sangat keje menimbun dia pulak macam2 soalan nak tanya.. sempatla hangin kejap..isk

mula - mula dia tanya nak makan kat mana kecuali Pizza Hut & Secret Recipe. tapi bila ai dah hangin 1 badan terus dia kata Pizza Hut jelah..... hahaha sebenarnya tak baikkan ai buat dia macam tu, tapi sebab memang mood tengah tak bape nak bagus, orang tanye banyak memang kenala!

Order kat pizza mende biasa je. korang.. korang.. dan korang.. pun mesti dah biasa dengan menu kat situ kan? waiter yang amik order tu cam kelam kabut sangat! boleh dia bagi kat kami pinggan, tisu, sudu garpu bertindan2 sambil lalu letak atas meja. ingatkan dia nak datang balik n susun, rupenye dia terus blah! sup pun macam tu. hantar sambil lalu! macam u makan kat kedai mamak yang tak payah bayar service charge tuuuu

tu satu hal, lepas 10 minit air pun tak tiba lagi.. ai tengok orang tukang buat air tu dah rilek cam takde order, kami tanye dia kata dah takde order.. aik?? air kami ni mana?? pastu semua waiter jadi cam kelam kabut tanya2 sapa ambil order meja kami.. pizza hut rawang tu bukan besar mana jadi memang senangla cam waiter tu dan bila kami tunjuk dia boleh dia buat muka blur dan kate... "taklah, bukan saya" ai terus cakap " encik, ai ni belum lupa kalau u tak ambil order macamana kami boleh dapat sup, n pinggan yang tak semenggah ni??"

sib baikla brader yang dok buat air tu datang kat kami n minta maaf, dia cakap budak tu memang blur sikit.

lepas sume selesai masuk perut, balikla ape lagi! hahaha
tapi ai perasan pizza dia makin keras! sakit gigi nak kunyah sian kat suami yang ade masalah gigi tuu

dalam banyak benda kami makan tu 1 je yang sempat snap gambar! hahaha

kalau tak silap nama dia chocolate volcano.. rasa dia?? so - so jela

ontheway balik, lebih kurang 1km nak sampai umah ai teringat sesuatu.... gagau handbag kat kaki.. takde!

sudah!

jantung memang dah rase macam luruhla... berenti kat tepi.. cek lagi handbag.. takde...

suami tanye cari apa??

"HANDFON!!!" uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!! memang takde!!



sahih lagi terang benda tu sudah tertinggal kat PIZZA HUT RAWANG!! sebab nak ambil gambar menatang volcano tu kamu tetinggal! masa tu bawak kete cam ape je dah.. sebahagian hati memang dah menyumpah2 diri sendiri sebab careless! sebahagian lagi cuba redha kalau benda tu takkan dapat semula... ade jugak terfikir, kalau takde mane nak cari duit beli tepon baru?! sambil doa ada orang baik hati tolong simpan.. huhu

suami cuba call, ringing tapi tak berjawab

2-3 kali dia call operator minta nombor Pizza Hut Rawang dan 5-6 kali dia cuba baru dapat panggilan berjawab.....

Suami : "encik, tadi isteri saya ada tertinggal barang dekat tempat encik....."
"......................"

".............oh ada ya? tolong simpankan sekejap ya. kami dalam perjalanan nak ambil"


uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! masa tu memang lega sangat! terus bawak keta dengan kesopanan dan kesusilaaan.. hahaha

nasib baik kamu masih rezeki aku.....

tula orang kate

"KALAU DAH JODOH PASTI TAK KEMANA"

.........eh ada kaitan ke??

walaupun kalau dah jodoh tak kemana, tetap kena berusaha kan??
"yang bulat takkan datang bergolek, yang pipih takkan datang melayang"

syukur...syukur....syukurrrrr..... kita masih ada jodoh, kamu masih akan bersamaku dan berkhidmat untukku...

Wednesday, December 8, 2010

gemosh

isnin lepas, bawak aly ke klinik untuk vaccination

PAGI...
agak eksaited dia duk dalam tu
sebelum masuk kurungan paksa dia minum dulu... belagak tanak minum lam bekas kecik2.. nak dalam tu je!! isk

PETANG
ontheway balik dalam kereta.... kepenatan dah.. hahaha orang panggil2 pun tade respon



akhirnya......



isk debab....

Monday, December 6, 2010

aly in the office

aly g klinik harini, dia sihat cuma nak vaksinkan dia.. tahun ni belum cucuk lagi

bila keluarkan dari cage dia dokte tanya,"mengandung ke ni?"

aku senyum je...

"jantan dokte... terlebih debab je ni.....hihi"

doktor senyum.....

sekejap je.. time kene cucuk pun aly ok je... doktor puji ^_^ good boy

cuma seperti biasa dia sangat takut dengan orang... macamlah orang nak culik dia!

harap badan je debab, kuku tajam2 cam samseng kampung dusun... tapi penakut! isk...

lepas selesai di klinik ingatkan ak hantar aly balik dulu, rupanya dah ada orang tunggu di ofis, jadi aly ikut sekalilah ke ofis. takut jugak dia meragam..

sejam... dua jam... tiga jam..

eh?! dia baikla..... sikit tak bunyi! hahahah

tidur pun tak! nampak sangat berhati2 dengan surrounding yang baru....


Friday, December 3, 2010

mencik!

laptop sakit sampai masuk sepital...

pakai pc zaman purba kat opis....

okla lagi...


tapi


terus sesak napas bila internet pulak takde!!!


huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

**bila cuma berkawan dengan bunyi2an dari online web camnila jadinya.. huhu

Tuesday, November 30, 2010

happy birthday to me



happy birthday to me....


happy birthday to me...


lalalallalallalalala



celebratecelebratecelebratecelebratecelebratecelebratecelebrate

Friday, November 26, 2010

sama tapi tak serupa lor....

Satu petang,

sebab perlu menghadiri mesyuarat,

saya parking disebelah sebuah kereta yang sama spesis dengan kereta saya.. sama saiz dan dama warna malah cc nya juga serupa..

tapi bila saya perhatikan betul - betul ada sedikit perbezaan pada kereta tu!



tak pelik, cuma...

kereta kami sama, kenapa saya tak dapat pengecualian tu??

dengan adanya sticker tu tak kena saman ke ngan polis??

Tuesday, November 23, 2010

kenduri kesyukuran + cukur rambut baby safwah

jumaat lepas balik kampung,
mak buat kenduri sikit

kenduri cukur rambut budak kecik safwah
+
sebab kakak berjaya dapat PhD yang akan berkonvo kamis ni
+
sebab kakak no 3 dah hampir pulih dari sakitnya


menu masa kenduri adalah lauk kampung cam biasa...semua dimasak sendiri, mak jadi ketua tukang masak of cos dan anak cucu yang lain jadi pembantu. semua anak cucu yang ade kederat suma kene kerah dan i punya tekak nila yang terasa nak pecah sebab mengarah anak dara dan anak teruna yang asik mengelat... isk.. macam tula agaknya rasa mak dulu marah bila saya asik mengelat dari menolong kat dapur!senyumkenyit

rewang anak beranak je...

menu kami petang tu..

ikan masin masak lemak nenas

sambal goreng jawa

ayam masak merah

sayur campur

gulai daging korban

pulut kuning

laksa

sup ayam

bubur gandum + jagung menu yang ni cepat gilos abis! agak kempunan jugakle sebab cuma dapat semangkuk keciksigh

macam2 kek yang semuanya orang bagi...

sampai tak muat2 meja nak hidang.. hiks

dalam pukul 3.30 majlis mula, dengan bacaan yassin, diikuti dengan marhaban sebelum baby safwah dibawa keluar..
alhamdulillah.. ramai jemputan yang datang, sama - sama baca yasin dan marhaban jangan rasa pelik kenapa semua perempuan.. sebab memang kaum2 ibu je yang dijemput.. sebab tu buat petang, bukan lepas maghrib @ isya' mcm kebiasaan

untung safwah ada sepupu2 yang dah besar2 sebab dorang yang tolong hias baby cot tuh

good girl safwah.. time ni jela dia jaga time marhaban mata tutup rapat!

nenek pun sekali amik bahagian gunting rambut cucu ke-20



tgk?! kan dah kata... safwah langsung tak terjaga walaupun keliling hingar bingar.. ihikhik nyenyak betul dia tidur..

bila habis kenduri,

semua tersandar keletihan, esok paginya baru kerah cucu2 lelaki basuh pinggan mangkuk sume, kemaskan mana2 yang patut sebelum kami semua berangkat pulang

Friday, November 19, 2010

first time dengar pasal Temporary CF

saya terbaca dalam harian metro hari ni

Resah lapan tahun tiada CF


AMPANG: Kira-kira 10,000 penduduk Pangsapuri Seri Nilam, Bandar Baru Ampang, di sini, berdepan risiko ‘mati katak’ berikutan rumah mereka duduki sejak lapan tahun lalu tidak memiliki Sijil Layak Menduduki (CF).

Cerita penuh klik sini

pelik..

disebabkan saya baru pertama kali tahu mengenai hal ni walaupun dah masuk dalam bidang ni lebih 5 tahun, jadi saya luangkan sedikit masa mencari untuk kefahaman diri

petikan dibawah diambil sepenuhnya dari sebuah blog diskusi peperiksaan Lembaga Arkitek Malaysia. klik sini

Dalam beberapa perbincangan, telah timbul persoalan samada Sijil Layak Menduduki Sementara itu ujud atau tidak dari segi perundangan. Adakalanya, pandangan individu yang cukup teransang menimbulkan masalah keyakinan kepada kita sehingga kita terpaksa balik dan menyemak semula Undang-undang Kecil Bangunan (UBBL) bagi mendapatkan kepastian. Jawapan pendeknya? Ya. Sijil Layak Menduduki Sementara itu ada diperuntukkan di bawah UBBL.

Menurut Undang-undang Kecil Bangunan 1984 (UBBL), terma yang tepat bagi Sijil Layak Menduduki adalah Perakuan Kelayakan Menduduki. Terma ini berbeza mengikut pihak-pihak berkuasa tempatan tetapi mempunyai maksud yang sama.

Undang-undang Kecil Bangunan mempunyai peruntukan untuk 2 jenis Perakuan Kelayakan Menduduki Sementara iaitu Perakuan Kelayakan Menduduki Sementara di bawah UBBL 26 (1) dan Perakuan Kelayakan Menduduki Sebahagian di bawah UBBL 27 (1).

Perakuan Kelayakan Menduduki Sementara adalah kebenaran yang diberikan kepada satu bangunan yang telah siap sepenuhnya menurut 3 syarat seperti kehendak UBBL tetapi dibina dengan ‘penyimpangan kecil’ atau sedikit berbeza daripada pelan yang diluluskan. Penyimpangan kecil’ di sini tidak dijelaskan secara khusus tetapi saya andaikan sebagai merujuk kepada pertambahan ruang yang tidak merubah pelan asal secara signifikan, tidak melanggar syarat-syarat teknikal seperti anjakan sempadan dan unjuran bangunan. Perakuan ini mempunyai had masa 6 bulan untuk pemilik memohon dan mendapatkan kelulusan dan boleh dikenakan deposit berasaskan fee, mengikut budi-bicara PBT. Deposit ini boleh digunakan oleh PBT untuk melaksanakan pematuhan kepada lencongan daripada pelan lulus dan saya mengandaikan ianya boleh digunakan termasuk untuk membayar arkitek untuk memasukkan pelan pindaan atau melakukan pindaan kepada bangunan siap supaya mengikut pelan lulus yang asal. Samada ianya praktikal atau tidak adalah isu yang lain sama-sekali.


rupanya ada Sijil Layak Menduduki Sementara ni.. tapi wajar ke digunakan untuk kediaman yang pasti akan diduduki untuk tempoh yang sangat panjang??

kenapa pemaju tidak meneruskan dengan langkah untuk mendapatkan sijil layak menduduki yang penuh??

dan bukan ke sepatutnya ada penguatkuasaan dari pihak berkuasa tempatan kalau tempoh sah sijil tu tamat??

pelik.....

Wednesday, November 17, 2010

Pertama kali...

beraya berdua sahaja... tanpa keluarga baik, dari sebelah saya mahupun sebelah suami.... secara automatik saya perlu menyediakan sendiri juadah hari raya yang selama ni saya cuma menjadi pembantu emak... pembantu dalam erti kata "potong2 bawang dan tukang kacau sikit2"

tapi aidiladha kali ni perlu sediakan sendiri semua!

dan yang jadi lebih pilu, saya langsung tak sempat nak membeli barang keperluan... gara - gara mesyuarat petang semalam tamat lewat sighsighsigh

jenuhla fikir apa yang boleh saya masak dengan berbekalkan beberapa ketul ayam dan sepotong daging yang memang sediada dalam peti sejuk. kalaulah saya seorang yang pandai masak mungkin tiada masalah.. kalaulah!!

lepas maghrib semalam saja menuju ke pasar raya di bukit beruntung dengan harapan adala daun kunyit ke, santan ke, apa2lah barang basah yang berkenaan tapi sampai je di pintu masuk bulat mata tengok ramai sangat orang! semua kerumun bahagian sayur dan barang basah. nampak sangat mereka juga seperti saya, mencari keperluan saat akhir...

pulang tangan kosong! sedihsedihgigilgigilnangihnangih apa mau masak????

pagi raya baru nak iron baju melayu suami, baru nak mula masak pukul 7 lebih.. haha orang lain sume dah siap masak waktu tu....

puas bersilat didapur berperang dengan pisau sudip dan kuali siapla jugak masak walaupun cuma siap lepas suami balik solat sunat aidiladha.

Juadah pagi raya kami Nasi Beriyani Ayam, daging masak kicap + nasi impit. cukupla untuk kami.

Selamat menyambut aidiladha semua

Thursday, November 11, 2010

bila lorong smartTAG 'kong'


.....kene pulak waktu puncak time orang nak g keje sighsigh

Kepada encik PLUS,

kalau boleh encik PLUS tolongla tambah lorong smartTAG satu lagi ye, sebab kebanyakan penduduk rawang ni bekerja di Kuala Lumpur dan sekarang pengguna smartTAG di tol rawang pun dah makin bertambah.

encik tengok sajalah apa jadi kalau lorong smartTAG yang 1 tu rosak....panjaaaaaaaaaaaaaaaaang Q jadinya... dapat pulak orang2 yang pakai smartTAG ni kebanyakkan dah tak reti nak Q.. ace sedap tekak je menyelit sighsigh

sekian...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

::peringatan buat pengunjung::

"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan

puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"