Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Tuesday, September 28, 2010

semalam~ kelam kabut

maghrib semalam, ketika hujan lebat..... mak telefon dengan nada yang cemas

perbualan adalah dalam bahasa ibunda saya (bahasa JAWA) tapi jangan risau sebab dah translate siap2peace

"Abang Shahril masuk hospital!"

"kat mana? kakak ada sekali ke?"

"dekat DEMC, kakak ada sekali, mak risau nanti kak balik sendiri bawak kereta takut jadi apa - apa"

kakak saya sedang menunggu hari, sarat mengandung anak ke3 dan abang ipar saya pula dimasukkan ke DEMC! dalam masa yang sama anak2 masih belum dijemput dari rumah pengasuh! maunya mak tak bimbang!

kami suami isteri terus berfikir solusi terbaik utk membantu kakak, kami di RAWANG rumah kakak di KLANG. Suami saya pula perlu menyiapkan tugasan penting dan perlu dihantar keesokannya...... akhirnya saya minta izin suami utk ke rumah kakak, takut - takut kalau kakak 'ter'bersalin waktu abang ipar masih di wad.

pukul 9.00 malam bertolak dari rumah - dalam keadaan hujan yang masih lebat, keadaan mencabar untuk pemandu seperti saya! saya mempunyai masalah silau bila memandu diwaktu malam, dan keadaan hujan akan memburukkan keadaan.... tapi saya tetap tekadkan hati walaupun perlu memandu perlahan dan memilih laluan yang paling kurang sibuk....

jam 10.30 baru tiba di rumah kakak, jemput anak - anak dari rumah pengasuh semantara menuggu kakak sampai. mujurlah anak2 memang rapat dengan saya maka menjaga mereka bukanlah perkara yang sukar. Jam 1130 keluar semula menuju ke DEMC menghantar keperluan untuk abang ipar, dingdongdingdong kami sampai semula dirumah lebih kurang 145pagi...


.......penat!!!


kerana kepenatan, jam 745 pagi baru terjaganangihnangihnangih! kelam kabut bersiap ke pejabat - hujan pulak - jalan jaaaaaaaaaaam lagi sighsighsighsabo jelah...

sekarang masih dirumah kakak, dan saya terasa sesuatu yang kurang enak... seakan demam mahu manghampiri....adusadusadusDemam oh demam janganlah datang... shooh shooh







**abang ipar saya disyaki mempunyai masalah paru - paru, perlu tinggal di hospital untuk pengawasan dan pemeriksaan doktor sekurang2nya untuk 3 hari... moga semua urusn kami dipermudahkan.....

Monday, September 27, 2010

isnin~ masih mabuk

mabuk open house daaaaa
jelirjelirjelir

hari sabtu ada jemputan open house... 3 rumah! macam - macam menu ade sate, mee sup, kuih raya, ketupat palas + rendang, nasi impit + kuak kacang, kuih yang sedap - sedap, pasta, spaghetti, ice cream cake yang mabeles, uwaaaaaaa! perut penuh!!


semalam open house rumah abg ipar di Bandar Sultan Sulaiman, Port Klang. Open House + ber'family gathering' nila baru jumpa semua ipar2 utk raya tahun ni... bila orang tua dah takde masing - masing beraya dengan keluarga mertua dan dalam cerita ni husband balik kg sayala! hiks

sampai sana 11 pagi, sampai umah balik 11 malam! sangat sangat penat!

dan hari ni masih mabuk dengan mood open house
blurblurblurbusukbusukbusuk

Saturday, September 25, 2010

hari dia menambah umur..

harini..

hari lahir suami...

tiada sambutan besar2an pun, hanya kami berdua dengan brownies hasil tangan sendiri..senyum

"abang, selamat hari lahir... moga kebahagiaan terus milik kita, saya doakan abang akan dapat capai apa yang abang cita - citakan selama niloveloveciumciumpelukpelukpeluk love u..."

Friday, September 24, 2010

BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN semasa kita duduk antara dua sujud...

Dalam tidak sedar setiap hari kita memohon didalam solat kita tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami... sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini..

Marilah kita mula menghayati doa ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat..

Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah...

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)

Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima keampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah, ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan kemudian sampaikanlah permintaan kedua,

Warhamni (sayangi aku).. Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya

Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima, ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa'nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa'Aafinii (sihatkan aku)

Wa'fuannii (maafkan aku)

Setelah selesai, diamlah sejenaklalu sampaikan rasa syukur kita

Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja.

Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu...

Sumber - Aidagenit Abd. Rahim

Thursday, September 23, 2010

salahkah calon isteri tak pandai masak?

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar.

Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.

Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.

Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.

Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.

Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.

Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.

Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.

Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.

Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.

Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.

Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.

Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.

Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.

Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.

Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?

Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.

Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.

Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.

Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.

Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

sumber : ILUVISLAM.com

***********************************

fenomena yang sangat biasa kan? perempuan bila dah kawin kalau tak pandai masak mulalah macam2 komplen muncul mula kritikan2 pedas dilemparkan. tapi bila lelaki yang dah jadi suami sekaligus ketua keluarga tak reti jadi imam tiada siapa pertikaikan... hmmm

Wednesday, September 22, 2010

tabahlah kamu wahai hati....

setiap perkara mesti ada naik turunnya, hidup kita juga begitu... ada masa kita diatas ada masa kita dibawah, setelah 4 tahun bekerja akhirnya kebimbangan saya semakin menjadi kenyataan. kalau dulu masa zaman sekolah, zaman kegawatan ekonomi saya masih belum tahu jerih payah berjuang untuk mencari rezeki

..........kemelesetan ekonomi baru menampakkan kesan dalam syarikat kami, projek mula berkurang malah tiada langsung projek baru! keadaan bertambah buruk bila saki baki bayaran projek yang telah siap juga banyak yang tertangguh! walaupun cuma pekerja biasa - biasa yang tak punya kuasa atas syarikat, kami mula terasa keadaan syarikat yang semakin tidak stabil bila gaji semakin lewat. saya perasan keadaan dari awal tahun lagi tapi cuma sedapkan hati "agaknya bos tak sempat sain cek" naif kan??

awal bulan ni lepas dapat gaji yang diterima beberapa hari sebelum raya, bos bisik "ada benda nak discuss dengan awak tapi next weekla kita bincang.." sighsighsighsepanjang hujung minggu hati saya langsung tak tenang memikirkan apa perkara yang nak dibincangkan dan saya cuma dapat memikirkan 1 perkara.... DIBERHENTIKAN KERJA!! tapi pujuk hati utk tak berfikir yang bukan2rindu

masa hari bekerja berikutnya teka teki saya mendapat jawapan, benar tekaan saya... cuma bukan saya tapi rakan sejawatan. lagi berat bila bos tanya macamana kita nak beritahu??
sighsighsighsigh tak terbayang macamana nak bagitau kawan yang dia terpaksa diberhentikan! lagi - lagi bila ahli keluarganya baru bartambah... pahit pun terpaksa kami luahkan sebab syarikat benar - benar tidak mampu menampung kos dan hujung september ni adalah hari terakhirnya..

betul2 takut sekarang ni.... tah esok ke lusa kalau saya pulak yang dapat berita yang sama!

dan sekarang sedang berusaha mencari tempat lain.....

~ada sapa - sapa nak bagi saya kerja tak???

Friday, September 17, 2010

raya..raya..raya!!

seminggu dah raya, best ke? 3 hari pertama memang sangaaaaaaaaaaaaaaaaaat bahagia! dengan mak, adik beradik, anak2 buah yang macam2 ragam... marah - marah bebel - bebel kat diorang pun masih raya gumbira
ihikhikihikhik

tahun ni semua adik beradik berkumpul, tu yang best sangat - sangat.... jarang semua dapat kumpul sekali.
see...see.... penuh kanns? heheh... 2 tahun lagi ade tambah sorang lagi si comel kat depan tu... ops jangan salah sangka yer... bukan milik saya, tapi milik kakak... errrr kalau ada yang saya punya lagi baguss! heheh

cuma beberapa rumah sempat diziarah sebelum balik semula ke rawang sebab suami mula bekerja pada hari isnin. yang pasti dengan ahli keluarga yang makin bertambah maka boleh kata setiap masa dapur sentiasa bekerja. letak j je atas meja, pufffs!! all gone! hahaha!

tahun ni biskut raya semua home made, mestila i buat! sakit2 pinggang i gulung popia mini, tekan semperit... uli chocolate cookies, cornflakes madu, cornflakes cookiessengihnampakgigi semangat lebey lak bulan posa tahun ni, tu yang bole buat biskut raya tuuuu! bila sampai kampung abih sume tak caya bila i bawak biskut punya banyak. bila dah raya anak2 bising "maksu! coklat cookies ada lagi tak??" rupanya dorang dah bedal abih kuih tuuuuuuu! un'sangka'rable u knowsenyumkenyit bolehla buat lagi next year....jelir

hari isnin dah mula kerja! kerja.. kerja..kerja...

sebenarnya tak berapa nak ada mood buat entry, padahal dah seminggu balik rumah... dok tercongok depan laptop, jalan2 baca entry2 raya orang, sendiri punya entry raya takkkkk keluar - keluar juga... haish..

Monday, September 6, 2010

Lebaran tahun ini.... akan tiba tak lama lagi

kepada semua teman - teman yang sudi singgah ke blog yang tidak seberapa ini, saya dan keluarga mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!

andai kata ada bahasa saya yang menyakiti hati kalian moga dapat dimaafkan. selamat pulang ke kampung masing - masing!!

Thursday, September 2, 2010

lembik ~ melepek

alkisah semalam....

semangat nih, turun ke bazar ramadan buat pertama kalinya di kawasan ofis ni... mencari juadah ringkas yang sesuai utk iftar di ofis. jalan - jalan - jalan dari hujung ke hujung

akhirnya

nasi kerabu dipilih... nampak sedap, lengkap dengan daging bakar & solok lada harga boleh tahan.. takla cekik darah sangat

beli pulak air biru, kuih 3 singgit... cukuplah utk berbuka berdua

bila dah buka....
nasi sedap, habis licin! takde komplen dan takde apa - apa yang pelik pada semua juadah yang ada... alhamdulillah tak membazir....

menjelang pukul 9,
perut mula meragam - bersangka baik - "oh mungkin sebab perut masuk angin, biasa jarang makan nasi... harini makan nasi banyak"

bila dah pukul 10 lebih,
lebih 3 kali masuk toilet! mesti ada yang tak kena sightanya ofismate tapi dia tak apa2
-bersangka baik lagi - "oh mungkin sebab perut memang tak tahan"

1230 tgh malam,
sampai rumah terus mandi, solat, tido.... kene tido nyenyak sebab esok banyak lagi kerja perlu diselesaikan... malang

perut masih mengganas... langsung tak dapat melelapkan mata.. minyak angin, tuam perut semua dah tapi masih tak berubah... tambah parah bila muntah - muntah sigh langsung tak selesa.... Ya Allah ampunkanla hambamu ini.. beralih tempat nak kot2 boleh tido.... dapatla nyenyak seminit dua sebelum sakit itu datang......

pagi ni gagahkan diri jugak ke pejabat, rupanya ofismate turut dilanda simptom yang sama!

sah food poisoning!

haish...... wahai penjual, harap kamu lebih jujur dalam menyediakan juadah... kebersihan paling utama!

Wednesday, September 1, 2010

ramadan ke 22 - iftar di pejabat

pejam celik pejam celik dah masuk round terakhir bulan ramadan
sekejap sangat masa berlalu..
dah berada dalam mood raya pun sekarang ni kan?

masa awal ramadan tak banyak yang perlu disiapkan

sekali dah dekat - dekat raya ni makin banyak pulak kerja yang perlu disiapkan sebelum cuti raya!sedihsedih

contoh paling mudah
sekarang tengah printing plan stesen minyak di shah alam, esok perlu dihantar utk tandatangan pemilik dan seterusnya dihantar ke MBSA untuk kelulusan

11 set lukisan perlu disiapkan dan setiap satu set mengandungi 15 helai lukisan. Plotter tu dah bergerak tanpa henti sejak pukul 9 pagi tadi dan sekarang jam dah menunjukkan 630 petang tapi masih ada 45 helai lukisan yang perlu di print!adus

maka dengan rasminya hari ini saya berbuka di ofis!
nangihnangihnangihnangihnangihnangihnangih

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

::peringatan buat pengunjung::

"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan

puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"