Friday, November 19, 2010

first time dengar pasal Temporary CF

saya terbaca dalam harian metro hari ni

Resah lapan tahun tiada CF


AMPANG: Kira-kira 10,000 penduduk Pangsapuri Seri Nilam, Bandar Baru Ampang, di sini, berdepan risiko ‘mati katak’ berikutan rumah mereka duduki sejak lapan tahun lalu tidak memiliki Sijil Layak Menduduki (CF).

Cerita penuh klik sini

pelik..

disebabkan saya baru pertama kali tahu mengenai hal ni walaupun dah masuk dalam bidang ni lebih 5 tahun, jadi saya luangkan sedikit masa mencari untuk kefahaman diri

petikan dibawah diambil sepenuhnya dari sebuah blog diskusi peperiksaan Lembaga Arkitek Malaysia. klik sini

Dalam beberapa perbincangan, telah timbul persoalan samada Sijil Layak Menduduki Sementara itu ujud atau tidak dari segi perundangan. Adakalanya, pandangan individu yang cukup teransang menimbulkan masalah keyakinan kepada kita sehingga kita terpaksa balik dan menyemak semula Undang-undang Kecil Bangunan (UBBL) bagi mendapatkan kepastian. Jawapan pendeknya? Ya. Sijil Layak Menduduki Sementara itu ada diperuntukkan di bawah UBBL.

Menurut Undang-undang Kecil Bangunan 1984 (UBBL), terma yang tepat bagi Sijil Layak Menduduki adalah Perakuan Kelayakan Menduduki. Terma ini berbeza mengikut pihak-pihak berkuasa tempatan tetapi mempunyai maksud yang sama.

Undang-undang Kecil Bangunan mempunyai peruntukan untuk 2 jenis Perakuan Kelayakan Menduduki Sementara iaitu Perakuan Kelayakan Menduduki Sementara di bawah UBBL 26 (1) dan Perakuan Kelayakan Menduduki Sebahagian di bawah UBBL 27 (1).

Perakuan Kelayakan Menduduki Sementara adalah kebenaran yang diberikan kepada satu bangunan yang telah siap sepenuhnya menurut 3 syarat seperti kehendak UBBL tetapi dibina dengan ‘penyimpangan kecil’ atau sedikit berbeza daripada pelan yang diluluskan. Penyimpangan kecil’ di sini tidak dijelaskan secara khusus tetapi saya andaikan sebagai merujuk kepada pertambahan ruang yang tidak merubah pelan asal secara signifikan, tidak melanggar syarat-syarat teknikal seperti anjakan sempadan dan unjuran bangunan. Perakuan ini mempunyai had masa 6 bulan untuk pemilik memohon dan mendapatkan kelulusan dan boleh dikenakan deposit berasaskan fee, mengikut budi-bicara PBT. Deposit ini boleh digunakan oleh PBT untuk melaksanakan pematuhan kepada lencongan daripada pelan lulus dan saya mengandaikan ianya boleh digunakan termasuk untuk membayar arkitek untuk memasukkan pelan pindaan atau melakukan pindaan kepada bangunan siap supaya mengikut pelan lulus yang asal. Samada ianya praktikal atau tidak adalah isu yang lain sama-sekali.


rupanya ada Sijil Layak Menduduki Sementara ni.. tapi wajar ke digunakan untuk kediaman yang pasti akan diduduki untuk tempoh yang sangat panjang??

kenapa pemaju tidak meneruskan dengan langkah untuk mendapatkan sijil layak menduduki yang penuh??

dan bukan ke sepatutnya ada penguatkuasaan dari pihak berkuasa tempatan kalau tempoh sah sijil tu tamat??

pelik.....

6 comments:

maza said...

perkara CF ini sebenarnya banyak yg berlaku korupsi..

sebagai contoh di Carlina dulu, kesnya ialah rumah belum siap lagi, tapi dah ada CF.. bomba pun tak check dah ada CF penuh lak tu.. huhuhuhu


itu yg dapat CF.. kes bangunan yg bertahun2 lamanya, samapai ada berusia sedekad tak ada CF pun berlaku..

pendek kata, ada tangan ajaib yg perlu diskodeng ni..kemudian dicucuhkan dengan api biar dia rasakan sikit..kalau tak, asyik buat kerja main2.. lepas sesuatu berlaku sibuk menghalakan jari telunjuk masing2....

ingat nyawa orang macam lampu signal kereta proton saga ke?!.. huhuhu

Queen said...

TCF dikeluarkan cuma valid 6 bulan je kalau tak salah..sementara nak dapatkan CF dari bomba..

Tapi ramai yang salah gunakan..


Jangan tak tau....ingat..ingat..ingat..

hihihiihi

Yunus Badawi said...

Kami dulu kerap juga memohon TCF kalau ada masalah dgn satu dua jabatan spt LLM utk mendapatkan full CFO. Tujuannya utk membolehkan kami memohon lesen runcit dan lesen2 lain yg memerlukan CF utk diproses.

Lepas dapat lesen biasanya kami akan dapatkan full CFO.

Dengan CCC skrg, tiada lagi temporary CCC.

~mrs azmi~ said...

@maza: itulah.. sangat komplikated bila msuk soal CF. nampak atas carta alir sangat mudah.. bila sendiri masuk dalam proses tu tahula peritnya...

bila dah jadi apa2 jari telunjuk dok tuding orang lain tapi tak sedar yang 4 jari lain tunjuk ke diri sendiri...


@Queen: hehe.. sebab saya cuma landscape architect, jadi tak perasan kewujudan TCF ni

bagus jugak ada pendedahan ni, jadi saya dapat tau menda yang tak tau ^_^

@YB: tula pasal... sepatutnya macam tula kan? tapi kat mana silapnya dalam kes pangsapuri tu agaknya?? teknikal team tak further dengan full CFO atau pemaju ambil kesempatan??

musi said...

salam;
warga kita masih belum memiliki kesedaran melaksanakan t/jawab sebaik mungkin (mereka yg bertanggungjawab /berkuasa laa)masih ade yg suka ambil kesempatan. minda camni rasanya belum layak gi untuk menjadikan negara kita maju. aspek prasarana de la maju sikit jer. disiplin n t/jawab out, terutama depa yg berkuasa.

~mrs azmi~ said...

@musi: ni hasil dari tolak - tolak tanggungjawab la ni..

aku harap kau - kau harap dia.. last2 semua tak buat

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

::peringatan buat pengunjung::

"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan

puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"