Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker
Showing posts with label pet. Show all posts
Showing posts with label pet. Show all posts

Wednesday, February 5, 2014

Kecik dalam kenangan ~July 2013 - Jan 2014~




pertama kali berjumpa dia memang manja.... bagaimana kami bertemu? dia hampir dilanggar kereta dihadapan saya waktu beratur di lampu isyarat usai sarapan pagi sebelum memulakan kerja di suatu hujung minggu, ketika itu dia memang comot, busuk, sakit mata, pendek kata memang tak nampak comel langsung!

niat hati cuma nak alih dia ke pinggir jalan, ke tempat yang lebih selamat tapi bila toleh kiri kanan manatahu ada ibunya menunggu atau mencari, tiada yang mahu menuntut dia... akhirnya dia menjadi sebahagian keluarga kecil kami....

Dia memang pandai bawa diri, tak putus asa walaupun sampai ke akhirnya masih di sembur dek coki sekali sekala. kawan gaduh popok, apa popok buat itu yang diikut... macam jugak yang lain dia jugak tak punya 'suara'! mmg susah sangat nak dengar suara dia, kalau ada pun bunyi macam kelakar!! hihi kenangan itu sangat manis...

anak baik ni jugak rajin mengurut...


video ni adalah yang pertama dan terakhir yang memaparkan dia T_T. rasa bersalah bila menonton video ni.... sebab saya jarang sangat capture moment bersama kecik... mungkin rasa teruja dah kurang sebab dah no 4, berbanding waktu aly dan coki dulu T___T



dia memang pandai posing setiap kali dihalakan kamera walau tak kerap manapun... kasihan dia, mungkin di sudut hatinya ada rasa sayu ingat mama pilih kasih berbanding abg dan kakaknya T_T


pandai bawa diri, muka tebal walau di alih berkali - kali tetap kembali semula ke tempat yang di ingininya

 peneman setia bila saya terpaksa berjaga menyiapkan tempahan walaupun selalu di jentik telinga sebab melambatkan kerja mama T_T


Walaupun kecil tapi selalu carik gaduh dengan abang aly yang besar macam giant, macam yang saya kata tadi dia memang pandai cari perhatian walaupun orang lain semua tak larat nak melayan dia



Hari - hari terakhir dia bersama kami, sepanjang masa memang aktif dia ni kecuali waktu tidur



keterujaan dia melihat timbunan stok makanan untuk kucing luar rumah, sempat terjun dalam bekas dan isi perut sendiri.... hailah anak....


 belakang badan orang time meniarap adalah port kegemaran dia.....

keluarga kecil kami sentiasa meriah dengan keletah mereka berempat, 

tapi dia tak sempat merasa bilik permainan baru...

kegembiraan kami terhenti...

dia tinggalkan kami pada subuh Isnin, 3 Februari 2014

Dia memang sihat waktu kami tinggalkan mereka untuk pulang ke kg sabtu pagi 1/2/14 dia juga aktif seperti biasa, tapi bila kami sampai di rumah petang ahad  2/2/14 dia langsung tidak kelihatan. puas di cari seluruh rumah, yang akhirnya kami simpulkan dia terlepas keluar waktu kami sibuk menyusun barang sebelum pulang ke kampung. lepas beberapa jam barulah saya ternampak dia terbaring lemah di sebelah bekas air yang saya sediakan untuk mereka, badannya basah dengan muntah, memang langsung tak menyahut bila dipanggil, cuma kepalanya bergerak sedikit. telinganya sejuk... sah kecik demam... esok pagi kecik akan ke vet....

tapi apakan daya... Allah lagi sayangkan dia....

remuk perasaan setiap kali pandang gambar - gambar ni...

rasa bersalah, sebab tak jaga dia betul - betul


 mata dia terbuka, sampai waktu kamu kebumikan pun tak dapat nak tutup.... sayu sangat tengok mata tu...


Selamat tinggal sayang.... maafkan segala kekurangan mama sepanjang masa kita hidup bersama, mama beruntung dapat anak baik seperti kamu, kamu pergi dengan mudah sayang, moga mama dan ayah juga akan dapat pergi dengan mudah seperti kamu.... terima kasih Allah kerana berikan aku peluang untuk menjaga dia walaupun cuma seketika..........










Monday, December 10, 2012

budak gendut tido peluk peluk

Hai sejuk hati tgk budak2 ni tido.... tanpa ada sebarang kerisauan... karang bangun cium2 pipi mama minta makan...... bila masing2 dah makin menggebu mama n abah pula yang masalah sebab katil sempit!

Haish..... tu sekor lagi masih dalam tahanan sebab kencing merata... kalau tak lagila berebut space.....

Tapi sayang punya pasal mama n abah sempit2 pun takpe....

Bila pikir nanti kena duduk jauh ngan budak2 ni alahai..... beratnya hati.... jangan nanti dorang dah tak kenal mama udah.... budak2 ni penakut ya amat.. tak madan badan gendut tapi kalau ada bunyi bising sikit depan umah mulala... jalan rendah je... pastu menyorok sampai mama susah hati sebab tak jumpa carik....



Oh..... merepek di waktu pagi lepas seminggu lebih tak post pape .....

Wednesday, September 12, 2012

Thursday, September 6, 2012

Dalam diam - diam rupanya dia teringin jugak

setiap malam, anak - anak bulus semua memang tidur dengan kami.. jadi setiap hari jugalah bila nak tido masing - masing buat perangai degil menyorok sebab tanak masuk bilik.. sama macam anak2 yang banyak songeh bila suruh tido.. macam tu jugalah aly, coki, popok....

macam - macam taktik mama ni kene fikir bila masing2 menyorok. ketuk sikat, ketuk mangkuk wetfood, goyang bekas kibbles.. tapi kalau dah hari - hari taktik sama dorang ni pun imune!!! udahnye kene jugak terbongkok2 cari bawah sofa, belakang almari, bawah katil bilik belakang...

bila nak tidur masing2 ada port sendiri.. sampaikan kami rasa katil tu dah tak muat! kadang2 cramp kaki sebab bila salah sekor bersandar kat kaki tak sampai hati nak kalih. cumanya popok je kena kurung dalam carrier sebelah katil sebab dia ni extremely hyperactive! dah banyak kali bagi peluang kat dia tidur tanpa dikurung, tapi tak jalan! bila sume dia dah tidur mula lah dia mengacau.. gigit perut aly.. udahnye 2- 2 bergumpal.... tak jadi tido.. jadi nak taknak sumbat dia dalam carrier... amannnnnnn

gitulah tiap2 hari....

sampailah malam tadi, macam biasa panggil semua untuk tido.

mula - mula angkat coki, lepas tu cari aly tapi tak menyahut, cari kat tempat biasa suma takde..... disebabkan mama ni belum mandi dari balik kerja sebab berkuntau masak untuk dinner lepas tu dinner lepas tu terus sambung buat kek, KIV dululah cari aly... nak masuk bilik air perasan dalam carrier tu dah occupied tapi popok kat luar lagi masa tu...

dalam diam - diam ade yang teringin nak tido dalam carrier tu jugak rupanya........


meh tengok sapakah gerangannya...





v




v




v



ALY!!


eh gelap pulok... fon cap kucing la katakan..




nampak tak?! berapa punya sendat carrier tu bila si gendut ni duduk dalam tu... sampai kepala terkeluar!  ada hati juga nak duduk tempat sempit tu...

agaknya selama ni dia dok tengo popok je dok dalam tu lama - lama dia pun teringin..

sakit perut dok gelakkan dia cuba nak fitkan diri dalam carrier kecik tu

Friday, July 13, 2012

Samseng kenit

kita sering tertipu dengan apa yang kita lihat kan? kadang - kadang apa yang kita lihat tak seperti yang kita fikir.. ada perkara yang tetap perlukan penjelasan agar kita tak salah faham dan memburukkan keadaan

samalah jugak macam budak ni


v


v


v


adorable kan? muka inesen jek.. macam hari - hari kena buli dengan kakak & abang



...........tapi tolonglah jangan percaya 100% kalau budak ni datang mengadu macam kene buli kaw - kaw kat rumah 

sebab sebenarnya dia yang jadi samseng!

tak padan kecik.. kenit....

 dengan tv pun dia buleh ajak gaduh! isk.... tengah main2 nampak mende dalam tv tu active semacam je mulala nak kembang bulu



 super & hyperactive! adoyai! penat betul nak melayan dia tak reti dok diam, nak amik gambo memang susah nak daoat yang statik.. sume jadi blur sebab asik bergerak.. udahle camera mama ni bukan canggih beno. bila kena kurung dalam carrier dia punya mengamuk sampai terbalik2 carrier tuh!

 kadang - kadang abang ngan kakak baring senang lenang tayang perut dia selamba je terkam gigit perut! lagi - lagi dengan aly.. memang semedang kena.. tak senangla abang tu nak bersantai mintak mama garu perut. bila aly dah react pandai pulak dia lari... pastu dia cuba nak divertkan attention aly tu.. dia buat2 garu begla, main benang kat baju mama la.. gambar atas tu dia baru lepas gigit perut alyla tu.. pastu tau takut bila aly dah bangun nak gaduh.. selow je naik atas bantal tuh

raja gigit memang bagi kat dia jela. bukak je mata nak mengigitttttt je kerja dia. dah macam2 cara kitorang buat nak kurangkan kadar gigit dia tapi hampeh! 

kadang2 kene statik je n tahan sakit nanti dia dah bosan sebab takde respon dia stopla


tapi saya sangat bersyukur, bila dia datang aly & coki bertambah active tapi kene relakan rumah jadi tunggang langgang... T_____T

Saturday, July 7, 2012

Cik Diva

Bila dah ada berekor - ekor anak kat rumah, macam - macam perangailah boleh nampak.. yang terpaling berlagak diva tak lain tak bukan


v



v




v



coki!!!!
budak ni sangatlah berlagak diva kat rumah.. mentang2 dia je anak dara kat dalam rumah ni

 see?! tempat tidur mesti special.. diulangi... MESTI... tempatnya antara bantal saya dan suami.. pastu mintak garu dulu sebelum tido.. masa mula - mula bawa balik popok dulu dia marah betul bila popok landing kat tempat dia tuh. kepala mesti kat bantal. kalau suami terkalihkan bantal tu memang merajukla dia.. cari tempat jauh2 nak tido..




bab mengconquer katil memang bagi kat deme jela... orang lain tak dek space dah...


ni lagi 1 faveret spot cik diva nih.. atas iron board
bila nak iron baju jenuh kena bersihkan dulu bulu2 dia yang melekat kat situ.. kalau lama sangat kita pakai ironbod tu mulala tenung - tenung macam mama ni buat salah besar pulak..


tapi diva - diva si coki nipun.. dia jela yang rela dipeluk.. hari - hari mama dapat peluk dia jela..kalau aly kene peluk memang meronta - ronta tak rela.. sikecik popok pulak kalau dipeluk asik nak gigit orang je..

Thursday, May 24, 2012

Wednesday, February 8, 2012

Lepas 3 hari 2 malam lari dari rumah

balik kerja jumaat lepas bila sampai rumah dalam hujan lebat, yang menyambut depan pintu cuma coki yang tak berenti mengomel... pelik sebab aly takde sekali.. terus ke belakang tengok progress orang buat rumah, jantung berhenti berdenyut bila pintu belakang terbuka! masa tu memang tak pk pencuri masuk rumah ke apa... perkara pertama yang terlintas cuma aly dah keluar dan tak tahu berapa lama dia dah keluar... T___T

dalam hujan lebat tu keluar juga cari dekat - dekat situ tapi tak jumpa.. dalam hati memang dah tak keruan.. air mata turun sama lebat dengan hujan masa tu...

malam tu memang tak boleh nak tidur tunggu kot - kot aly balik... pintu belakang tak rapatkan, cuma kunci grill.. memang berisiko.. tapi karang kalau aly balik pintu tak bukak, mesti dia pergi lagi...T__T

coki kene kurung dalam bilik sebab taknak dia pulak yang keluar.. memang meroyanla mek tu! malam bawak ke pagi takde jugak tanda2 aly balik.. sepanjang malam pat lima kali terjaga cek kot2 aly dah balik.. pagi bawa ke petang, petang bawak ke malam semula.. masih macam tu juga... tak tahula berapa kali kami pusing cari.... suami pun sebelum pergi kerja dan lepas balik kerja hari sabtu pusing jalan2 dekat dengan rumah takde juga..

hari ahad pagi dalam kul 8.30 suami kejut, "ayang bangun, aly ada kat longkang belakang rumah!" masa tu dengan mamai2 melompat bangun terus cari kunci nak buka pintu.. terkial2 nak buka pintu tengok budak dobot ni dah masuk rumah...

lepas dapat makan wetfood, adik punya bahagian pun dia sesah sekali... terus naik atas katil..... tido!

camnila dia sepanjang hari.. bila kena kacau dia beralih, pastu sambung tido balik!


muko tak pueh hati tido kene kacau.. ahahaha


mama kalihkan sebab nak basuh cadar pun dia tak peduli... sambung balik tido!! siap berbantal lagi kepala tu... haih....

suami cakap masa dia nampak aly ni dalam longkang tu dia pandang je... agaknya nak sahkan betul ke tak rumah dia ni... maklum jela kami kan baru pindah... pintu belakang memang kami tak buka sebab orang tengah buat kerja, taknak habuk masuk... pintu belakang tu pun terbuka sebab orang kerja tu tak tutup betul2... jadi bila budak bertuah ni tolak je pintu tu mudah je terbuka......



Friday, December 9, 2011

Monday, October 31, 2011

Dasar betina.. suka sangat tergedik tunjuk punggung tu!

kalau dah nama betina, buatla macamana pun.. mesti obses pasal kecantikan jugak kan?

tak kirala apa spesisnya pun

serupalah juga macam budak gedik kat rumah ni

tergedik - gedik kalau nampak orang menyikat rambut depan cermin

dia pun nak mintak suruh sikat juga!

walaupun baru 5 minit lalu kita dah sikatkan dia, tetap nak juga! haih......

v


v


v


v


v


pantang nampak sikat terletak, dok gedik sua punggung kat orang.... isk!

bila kita berhenti sikat, pandai pulak menegur... alahai..

Friday, July 29, 2011

spaying coki

bulan disember 2010 aly kita dah neuterkan

kali ni giliran coki pulak.

kesian?

memang kesian sebab sebabkan dia menanggung sakit

tapi saya lagi kesian kalau dia bising2 tiap2 bulan sebab 'onheat'

lepas tu saya nak nak buang habit dia kencing merata waktu dia onheat

Ahad : 10/7/2011

saya join CATS SPEUTERING DAY with HVC anjuran KTAJ (Kucing Terbiar Anjing Jalanan) di Bangi. HVC ni official vet untuk KTAJ

bila cakap kat suami nak bawak coki ke vet swasta dia cakap

"oo aly dulu bawak klinik kerajaan je, adik bawak g klinik swasta pulak"

ehehe... dah rezeki coki, lagipun harganya lebih kurang ja... aly dulu kena rm70, dan untuk speutering day ni female cat cuma rm85. Kalau ke klinik kerajaan tu kalau female mau 100++ , mungkin kalau dikira transport kos dari rawang ke bangi tu same je dengan kalau buat kat rawang macam aly dulu, tapi sebab sambil2 nak kenal dengan kawan - kawan KTAJ kira ok jelah.. ^_^

start pukul 12 malam mula puasakan coki, dia tak mengganas sangatla walaupun lapar cuma bising mintak kesian - minta dilepaskan.. tahankan ajelah.. hihi

pagi - pagi kul 8 kami dah keluar rumah, singgah hantar suami ke ofis dia baru kami anak beranak ke bangi. Aly ikut sekali sebab nak dewormed kan dia so aly duduk dalam cage coki dalam carrier, dalam kereta aly yang bising lebih - lebih sedangkan coki rileks je.. hihi


aly buat muka bila dah sampai kat vet... dan seperti biasa, dia adalah pelakon hebat! hihi sangat behavela kunun macam dia yang nak masuk OT, padahal cume nak bagi pil je. berat terkini budak dobot ni dah turun... berkat paksa exercise tiap2 petang kat luar! haha berat tinggl 4.5kg jek

cage atas, fluffy dah siap dioperasi baru sedar dan cage bawah sam, tunggu turn selepas coki dan disebabkan masa tu banyak kucing betina terpaksala tunggu lama sikit...



coki atas meja pembedahan..


time ni dah siap pun. thanx alot to Dr Joe n Dr Nurul for the good service!


berapa lama dia recover?

hari ke-2 , ya hari kedua budak ni dah melompat sana sini dan mama yang sangat risau kalau perutnya terburai! alhamdulillah walaupun kejenya melompat sana sini, dia tak jilat tempat luka jadi luka tu cepat baik. Mama ni sangat risau kalau dia gigit benang sampai rabak perut.. huhu

dalam waktu tu jugak aly ambil kesempatan atas wetfood coki, bila dia nampak cage terbukak terus masuk wat muka selenga habiskan makanan adik! isk...

Saturday, July 23, 2011

ready.. posing... klik!!

ok duduk diam - diam, mama nak amik gambar nak masuk dalam blog....


"isk.. aly tak nakla ma..."
~dudukla diam - diam.. kejap jeee.. tgk coki tu, rilek je




"yelah - yelah... "

~udah ghope makhluk menakutkan je kamu aly! hikhik

"tu yang aly malas tuuuuu.. tadi suruh sangat.. pastu kutuk2 pulak"
~sori la.. nanti mama suruh abah beli kamera canggih utk ambik gambar korang cantik - cantik ye... heheh

Friday, April 8, 2011

milik siapakah perut ini....


gebu..


boncit...


rase nak geget



bikin ku teringat - ingat, penasaran jadinya


tak lain tak bukan


-


-


-


-


-


-

~si dobot yang suka menayangkan perut waktu tido~




Wednesday, April 6, 2011

ops, terlepas!!

malam semalam,

aly agak tak sihat. sayaa tidur dalam bilik dia pun ikut sekali, dari petang membawa ke maghrib.
orang dah keluar dia sambung lagi tidur.

bila si abang ni tak kelihatan coki kebosananla.. sibuk dia mencari2 bising depan pintu nak masuk bilik. selalunya aly mesti akan respon dan duduk depan pintu mintak keluar, tapi semalam dia buat dunno jek. sambung tido

sebab coki buat bising sampai orang takle tido keluarkan jugak aly.

macam biasa... adil dan saksama, dua - dua tido luar

yang luar biasanya,

esok pagi sebelum g keje mesti nak kemas apa yang patut. masa tula ternampak benda pelik dekat dengan sofa.

aiyoh! sape muntah niiiiiii????? aly!!!!!!!!!!!!!!!!!!

sahih la budak dobot tu tak sihat....

dan

tgh kemas depan tv terbau pulak sesuatu yang familiar....

"sape yang berak atas karpet ni???????????????????????" pandang kat 2 ekor budak bulus tu

serta merta coki datang, garu2 area dia melepas tu seolah2 nak kambus. haahahhaha

nak marah terus tak jadi bila tgk dia buat camtu

salah sendiri jugak sebab tak biar dia masuk toilet dulu sebelum tutup pintu.. haish

Tuesday, March 29, 2011

kot ye pun nak mengorat, janganla macam buat persidangan depan rumah aku!

hish bikin panas betul la korang ni


kot ye pun nak mengorat glah jauh - jauh


jangan buat laman rumah aku cam reta korang!



dahla selambe dekkk je lepak kat kete mama aku



wei! wei! ini tempat cuma aku yang punya tahu?!


nasib baik aku cume boleh perati korang kat sebalik cermin!


kalau tak siapla korang!

sila cepat blah sebelum aku perambat korang semua!!!



pesanan 'garangla sangat'...


~ALY DOBOT~





nota cap kaki aly: gambar kucing ke dua kat bawah tu tak bape nak nampak sebab gelap. mama dok salahkan kamera cap ayam.. entah2 dia yang tak pandai ambil gambar.. kihkihkih

Monday, March 21, 2011

bila dah puas bergomol, boleh pulak kamu tido rapat - rapat ye?!



kadang - kadang geram betul dengan budak - budak ni

habis bersepah rumah dibuatnya

hyperactive!

macam orang ada anak 10

baru je duduk habis buat keja rumah boleh pulak dia jatuhkan bakul sampah sampai terabur isi semua!

maunya tak jadi singa mama ni!





tapi.



.



.



.



.


bila tgk budak2 ni tido macam tu

hati mana tak tersentuh?

siang punyala bergomol bagai nak rak.....

bila dah malam

si abang hilang, mula si adik terpanggil - panggil



Friday, March 18, 2011

Thursday, March 10, 2011

si besar dan si kecil

si kecik

si besarrrrr


dah 2 minggu coki jadi family kami.. alhamdulillah semua dah ok.. aly seronok sangat ada adik asik main kejar2 kesana sini kalau nak tido malam dua dua ada dalam bilik alamat tak boleh nak tidola.....

mana idaknya, dorang ni main abeh sume di pijaknya! kalau coki pijak muka tahanla lagi, agak2 macam masage jela... kalau aly?! adeh! cedera parah dibuatnya.. ari tu dia lari main langgar je perut orang tengah baring tengok tv, senak sungguh!

tapi aly ni masih ada cam dengki sikit dengan coki. kalau makan especially wet food dia akan hijack makanan coki... member tu dapatla makan saki baki jer
so nak elakkan tu saya bahagi dua walaupun makanan tu utk kitten! bahagi dua masing2 dapat 1 bekas,

tau apa aly buat??

dia makan makanan dia sikit, lepas tu dia beralih dekat bekas makanan coki dia makan banyak2, tinggalkan sikiiit je dalam tu lepas tu dia beralih balik ke bekas dia makan macam biasa.. boleh??

bagi dry food pun sama! isk..

Monday, February 28, 2011

meet our new family member ~ coki

alhamdulillah... hasrat hati nak ambil anak kucing baru dah jadi kenyataan

terima kasih banyak - banyak pada ibu >> ida Suara Kalbu

nampak sangat ibu berat hati nak berpisah dengan anak kecil ni

si kecil ni pun macam tahu akan berpisah dengan adik beradiknya... menyorok bawah meja..

kesian pulak tengok, kalaulah mama ni mampu bela.. semua sekali mama angkut bawa balik rumah..

so,

jom kenal dengan adik aly

Coki


muka ketakutan kene sergah dengan aly

blur... pesal etiba adik beradik dia takde.. yang tingal kucing besar yang samseng!

kesian betul masa ni..... dia tengah nak membuang, tetiba kene sergah dengan aly, terus tak jadi!


huh?! sombong betul muka dia.... cer senyum sikit nak.... aly, aly...

tapi garang - garang dia pun takde nak gigit ke, lempang ke.. cume takat menderam sepanjang masa. malam tadi pun nampak gaya dah mula ok, dah boleh dekat sikit


anyway tq jugak pada cik tedi

sebab tulisan dalam blog dia, coki jadi sebahagian hidup kami

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

::peringatan buat pengunjung::

"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan

puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"