saya on jek... call hubby dulu bagitau balik lewat <--sebab keje ye... bukan pegi berfoya2 so sayaperlu menunggu kak pah abis urusan kat opis baru aku gerak ke bangsar. 630pm saya gerak dari opis.. sementelah skang ni musim hujan, kul 630 dah tak nampak matahari.... mujurlah belum hujan. <--mata saya kurang cekap kalau memandu ketika hujan waktu malam! dasar rabuns!
hampir sampai ke tol kota damansara kak pah call lagi
"rahmah, kak pah laparlah... jumpa kat Bangsar Villagela ye?"
saya : " Bangsar Village? yang tepi jalan tu ek?" dalam hati dok pk2 yang mana satu!!
kak pah : " haah yang kat tepi jalan tuh"
saya :" ok"
sampai je di Phileo Damansara hujan mula turun... lebat!! aiseh... jenuhla dok tgk jalan
masuk je kat jalan Bangsar hujan sangat lebat! dlam masa yang sama hati masih berfikir2 camne nak g Bangsar Village tu... hujan lebat tambah pulak jam! sampai tempat yang hati aku kate Bangsar Village tu terus masuk basement parking. gilos!! parking full! sampai tingkat B2 baru ade parking.. kelam kabut terus naik atas dok kesian kak pah dah kelaparan sehari tak makan sebab seharian meeting. sampai kat Dome call kak pah tanye kat mana.
kak pah cakap die kat Kafe Chawan depan starbuck. saya pun melilaula dok mencarik starbuck kat celah mane.. maklumla selalu lalu jek.. tak penah masuk. tanye kat pak guard yang ada situ die pulak tak pahaam... english tak faham cakap melayu lagila!! isk bek tak yah jadi guard kat situ!!
jalan pusing2 tatau nak g carik kat mana. nampak sorang brader kat kedai jual kurma <--kedai sangat cantik ^_^
saya : " tumpang tanya.. starbuck kat mana ek??"
brader tu : "starbuck? starbuck ke coffee bean?? sini starbuck takde.. coffee bean adela kat luar tu"
saya: "eh?? takde? kawan saya kata die kat starbuck.. takpelah, tq"
adoyai! mane pulak kak pah ni... jalan2 lagi aku jumpe building directory carik starbuck.. betulla takde!!!!!!!!!!!!!
call kak pah balik.. " kak kat mane?? mane de starbuck.. coffee bean adela..saya kat depan ni kat
water feature! tade pon kafe Chawan, chavas adela"
kak pah: " rahmah kat mana? mane ade waterfeature sini... rahmah kat BANGSAR SHOPPING
CENTRELA tuuuuuuuuuuuu!"
saya : "erk?! salah ke?? alaaaaaaaaaaaaaaaaa! la ingatkan sama!!" gile malu weh.. seb baik brader tadi tatau saya sesat! wakaka!
kak pah :"kuar balik dari sana.. Bangsar Village kat depan lagi..belah kanan..."
saya : "ok2"
kuarla dari sana... tempat yang disangkakan Bangsar Village.. rupenye Bangsar Shopping Centre.. hahahahaha! malu seh! tapi ade sesuatu aku pelik kat cni.. parking fee die rm1.76 per hour.. pelik kan? pesal nak ade 6 sen kat hujung tu? genapkan jela.. isk!
moral of the story:
jangan berlagak pandai! tanya klu tak sure! kunun konfiden betul! kan dah salah.. hehe tak pasal2 malu ngan kak pah<--mane aku tau..ingtkan sama.. maklumla aku ni bukan jenis suke melepak2 kat soping2 complex ni.. jadi tatau mane satu(ayat kaver maluuu!)
ya! anda tak salah baca...
memang saya sedang berdiet...
walaupun makanan adalah jiwa saya! isk!!
dah ade org nak sponsor hadiah kat finish line nanti!! hehe
ramai org tanye pesal nak diet lak? kan dah kawen??
sebab dah macam trend.. nak kawen mesti kene kurus <--saye pon camtu gak dulu pastu lupa diri!! berat naik mendadak pas kawen
isk.. dah kawenla kene jaga.. ye dak?? kang cik abg tu pandang org lain yang lagi mengancam tak ke haru??
satu lagi kesedaran dah datang kot... kesian kat kaki especially sebab kene tampung badan yang terlebey montel ni...
dalam masa 6 bulan ni nak turunkan seberapa banyak yang boleh... doakan saya berjaya mengharungi segala cabaran dan dugaan nanti ye! ^_^
**tapi saya tak amik any pills @ produk pelangsingan... i just do it in natural way ^_^ tapi mmg sangat mencabar!!
anyway nak sharing some good tips for diet
Apakah yang boleh dilakukan jika saya boleh menerima 1 perubahan diet sahaja?
1. Tambahkan hanya 1 sajian buah atau sayuran sehari. Sesuaikan dahulu penerimaan tubuh, kemudian tambahkan lagi sehingga mencapai 8 hingga 10 sajian sehari.
2. Ambil sekurang-kurangnya 2 sajian buah atau sayuran setiap kali waktu makan.
3. Tanamkan tekad. Anda tidak mahu 'membesarkan' saiz makanan.
4. Jadikan waktu makan 1 tujuan utk menyihatkan badan.
5. Mula amalkan sarapan pagi yang lengkap.
6. Pastikan pinggan anda diisi dgn separuh sajian sayuran dan/atau buah-buahan setiap kali waktu makan tengahari dan malam.Adakah sebarang tip mudah untuk mengurangkan kalori?
7. ketika makan di luar, makan hanya setengah dan setengah lagi bungkus bawa balik.
8. Pesan 1 saja pemanis mulut utk dikongsi bersama.
9. Gunakan pinggan salad.
10. Letakkan makanan di atas pinggan. Jangan makan terus dari balang.
11. Isikan pinggan dgn sayuran dahulu. Kemudian barulah letakkan daging dan nasi.
12. Sekiranya anda minum 8 auns susu rendah lemak sehari, berat badan anda boleh berkurang kira2 2.5 kg setahun.
13. Jus buah-buahan juga tinggi kalori. Bataskan kepada 8 auns sehari.
14. Dapatkan kalori drpd makanan bukannya minuman.15. Simpan jurnal makanan.
16. "Makan semasa lapar, berhenti sebelum kenyang"
17. Gunakan sos biji sawi (mustard) berbanding mayonis.
18. Lebihkan sup. Sup jernih lebih rendah kalori.
19. Kurangkan atau elakkan terus minuman berkalori seperti soda atau teh manis.
20. Bawa bekal makanan sendiri.
21. Duduk tertib semasa makan.
22. Campurkan jus dengan air.
23. Banyakkan makan sayur-sayuran semasa makan tengahari.
24. Makan masakan sendiri di rumah.
25. Hadkan pengambilan alkohol. <---non muslim Bagaimana caranya untuk menikmati sayur-sayuran?
26. Ambil jus tomato semasa minum petang.
27. jadikan hidangan sayuran lebih menarik dan sedap.
28. Campurkan 3 jenis kekacang di dalam salad.
29. Anda perlu ingat bahawa sup sayur itu sebenarnya adalah sayur.
30. keledek juga adalah sayur.
31. Campurkan bayam ke dalam sandwich, sup, pasta dan salad.
32. Jangan lokek untuk membeli sayur yang telah sedia untuk dimakan.
33. Anda benar2 bencikan sayur?Lebihkan buah-buahan.
34. Simpan 7 jenis sayuran yg anda paling suka. Campur, hangatkan dan tambahkan sos kegemaran anda. Mudah kan!
Apakah jampi untuk kekal dgn diet yg diamalkan?
35. "Sajian terbaik makanan tinggi kalori yang jumlahnya sedikit. Sajian terbaik sayur-sayuran yang jumlahnya banyak".
36. "Nafsu makanku hanya sementara apabila tumpuanku pada perkara yg lain".
37. "Saya mahu nikmati hidup lebih lama".
38. "Saya sedang bekerja keras sekarang ini".
39. "Adalah lebih menyakitkan menjadi gemuk berbanding berhenti makan sekarang".
Saya ambil makanan berkhasiat tetapi masih gemuk. Apakah silap saya?
40. Elak waktu makan.(Jangan elak waktu makan)
41. Tidak menganggap diri gemuk. (Diri sendri x kisah susah la beb)
42. Makan terlalu banyak. Bukanlah apa yg anda makan tetapi berapa banyak yg anda makan. (Kalau berkhasiat tapi makan banyak2 camne nak kurus beb)
43. Makan terlalu banyak biskut sebagai snek.
44. Tidak memperdulikan 'saiz sajian' di panel fakta nutrisi.
45. Mengunyah 1 mangkuk penuh kacang sebagai snek.
46. Mengaggap 'energy bar' dan 'fruit smoothie' rendah kalori. (Tinggi kalori ni kalau makan byk2)Apakah yang boleh saya makan sekiranya saya malas memasak?
47. 'Smoothie' yang dibuat drpd susu rendah lemak, buah-buahan beku dan germa gandum.
48. Burger segera paling kecil(dgn sos biji sawi dan sos tomato, bukannya mayonis) dan tanpa minuman berkalori.
49. Sandwich mentega kacang di atas roti gandum penuh bersama satu gelas susu rendah lemak dan sebiji epal.
50. Kepingan ayam dan brokoli beku (hangatkan di dalam ketuhar gelombang mikro) bersama keju parmesan.
51. Salad ayam bersama segelas susu rendah lemak.
52. Telur hancur (masak di atas kuali tidak melekat)
53. Sayur beku dihangatkan di dalam ketuhar gelombang mikro, tambahkan keju parmesan dan 2 sudu besar hirisan kacang.
54. Salad tuna, tomato ceri, hirisan keju rendah lemak dan sos itali rendah kalori.
55. Roti gandum penuh bersama hirisan salami, keju rendah lemak, tomato, sos biji sawi bersama lobak putih.
56. Panaskan 1 tin sup.
57. Bijirin, buah dan susu tanpa lemak.
58. Sandwich sayuran.
59. Hirisan buah-buahan bersama yogurt rendah lemak.Apakah nasihat terbaik utk elak berat badan naik ketika bercuti?
60. Elakkan kata2 "saya sedang bercuti"
61. Makan sedikit sebelum jamuan bermula.
62. Di dalam restoran, jangan duduk dekat dgn makanan.
63. Nikmati makanan tinggi kalori di akhir sekali.
64. Sepanjang percutian, pakai baju yg agak ketat utk mengelakkan ruang pembesaran badan.
65. Jangan kasihan pada makanan.
66. Berjalan2 di sekitar pusat membeli belah sebelum mula membeli.
67. Jadikan senaman 1 keutamaan yg tidak boleh dikompromi.
68. Menari. Inilah aktiviti pembakar lemak yg paling mudah dilakukan.
Saya suka makanan manis, bagaimana hendak mengelakkannya?
69. Sekali sekala, ambil salad kosong utk makan tengahari dan makan malam untuk menikmati pemanis mulut sepenuhnya.
70. Tetapkan hati (memang sukar tetapi berbaloi)
71. Pilihlah aiskrim rendah lemak bersama buah-buahan.
72. Elakkan pemanis mulut selama 2 minggu.
73. Makan lebih banyak buah-buahan (manis juga kan)
74. Nikmati pemanis mulut tetapi hadkan pengambilannya kepada 150 kalori sehari.
75. Cuba pemanis mulut yg kurang manis ini. Koko panas tanpa gula, buah anggur beku, gula2 getah tanpa gula dan aiskrim rendah lemak.
Bagaimana untuk elakkan mengunyah di tengah malam?
76. Ambil sarapan, makan tengahari dan makan malam.
77. Makan di atas meja makan dengan tertib.
78. Nikmati teh perasa raspberi sejuk tanpa gula.
79. Penuhi waktu mlam dgn aktiviti berfaedah selain makan.
80. Sekiranya anda makan malam kerana emosi, jauhi balang makanan.
81. Letakkan papan tanda ini di dapur atau peti sejuk "Tutup selepas makan malam"
82. Berus gigi selepas makan.
83. Jangan makan sambil membaca atau menonton tv.
84. Makan malam bukanlah penyebab berat badan naik tetapi berapa banyak jumlah kalori yg masuk pada waktu itu.
Apakah faedah lain yang boleh didapati drpd berdiet?
85. Bebas lemak bukanlah selalunya yg terbaik tetapi ia membantu mengurangkan kalori yg diambil.
86. Mengelak sarapan boleh membuatkan anda mengidam makanan lain. Jadi jangan tinggalkan sarapan.
87. Sekiranya anda terasa lapar pada waktu petang, nikmati segenggam kacang.
88. Belum kenyang? Nikmati secawan yogurt rendah lemak. Perut lapar menyebabkan glukos menurun. Mengambil sedikit makanan berkhasiat merangsang otak dan tubuh anda.
89. Membuat sedikit perubahan pada tabiat makan dan jenis makanan boleh mengurangkan berat badan dgn lebih cepat.
90. Sayuran dan buah-buahan beku adalah lebih baik kerana selalunya ia dibekukan sebaik sahaja dituai, ia menyimpan segala zat nutrien di dalamnya.
91. Bimbang tentang kandungan lemak trans di dalam mentega kacang? Kebanyakan mentega kacang mengandungi kurang drpd 0.5gm lemak trans.
Apakah tip senaman yang boleh membantu?
92. Sebarang jenis senaman membantu menyekat selera makan.
93. Apabila anda bersenam, minum air sekerap mungkin.
94. Pasangkan muzik semasa berjalan atau berjoging, ia akan melekakan anda supaya berjalan atau berjoging lebih jauh.
95. Lakukan yoga. Ia membakar antara 250-350 kalori selama 1 jam.
96. Dehidrasi melambatkan kadar metaboliesme sebanyak 3%.Namun, kuncinya bukanlah berapa banyak anda minum tetapi berapa kerap anda minum.
Bagaimana mengendalikan makan kerana emosi?
97. Dapatkan khidmat nasihat pakar diet atau pemakanan.
98. Carilah teman untuk berbual.
99. Sertai kumpulan sokongan yg boleh membantu anda mengurangkan berat badan.
100. Melayari internet juga boleh membantu. Layari laman web yg menawarkan program diet. Anda juga boleh bersoal jawab dgn pakar atau kaunselor melaui emel.
sumber:carigold.com
....................
Sudah menjadi kebiasaan, disebabkan hari Jumaat adalah hari kerja di Malaysia, lelaki yang bekerjaya terpaksa terkejar-kejar mengambil waktu rehat tengahari untuk makan tengahari dan juga menunaikan solat fardhu Jumaat secara berjemaah. Namun, dalam ketika itu, ramai yang tidak sedar setiap minggu, mereka mungkin membeli makanan yang berulamkan dosa.
Sebelum ini, saya pernah mengulas berkenaan hal ini melalui siaran ‘Tanyalah Ustaz TV9' dan juga wawancara bersama Utusan Malaysia. Namun melihat kepada kekerapan dan kurang sensitiviti kalangan umat Islam di Malaysia khususnya. Satu penulisan ringkas yang khusus berkenaan hal ini adalah perlu.
Persoalan jual beli yang terus berlangsung di kalangan peniaga dan pembeli lelaki selepas azan pada hari Jumaat perlu dipandang serius atau ia akan berterusan. Lebih kurang menyenangkan, apabila melihat peniaga-peniaga ini berkhemah di luar masjid, mengambil untung atas perkumpulan umat Islam yang ingin menunaikan solat Jumaat, sedang mereka menjadi penyebab kepada dosa.
PENGHARAMAN JUAL BELI SELEPAS AZAN DI HARI JUMAAT
Solat Jumaat adalah wajib hanya ke atas lelaki baligh dan bukan wanita. Justeru setiap urusniaga di antara wanita dengan wanita selepas azan pertama atau kedua dikumandangkan pada hari Jumaat adalah sah dan harus. Justeru, ia tidak termasuk di dalam perbincangan para ulama dan bukan pula fokus artikel ini. Ia adalah satu keharusan yang disepakati oleh keempat-empat mazhab terbesar dalam Fiqh Islam.
Demikian juga halnya bagi mereka yang tidak wajib solat jumaat kerana sebab lain seperti sakit, musafir dan sebagainya.
Perbincangan hukum hanya berkisar kepada para lelaki, sama ada peniaga lelaki, pembeli lelaki atau kedua-duanya sekali yang sihat, baligh dan tidak bermusafir.
Asas hukum adalah dari surah al-Jumaat ayat 9 yang maksud-Nya:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِي لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ
Ertinya :Hai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan sembahyang pada hari Jumat, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.
AZAN PERTAMA ATAU KEDUA?
Walaupun telah ijma'[1] di kalangan ulama akan pengharaman jual beli berdasarkan ayat di atas, mereka berbeza ijtihad dalam menentukan pengharaman itu jatuh selepas azan pertama atau kedua.
Perlu difahami bahawa azan Jumaat di zaman Nabi s.a.w, Abu Bakar as-Siddiq r.a dan Umar r.a hanyalah sekali sahaja, iaitu di ketika khatib (imam) naik ke atas mimbar untuk memulakan khutbah. Di zaman pemerintahan khalifah Uthman r.a, bilangan umat Islam bertambah lalu diperkenalkan azan kedua dan seterusnya ketiga (berfungsi sebagai iqamah).
Namun, hasil daripada kewujudan lebih dari satu azan selepas zaman Uthman, para ulama sekali lagi perlu berijtihad dalam menentukan azan manakah yang mesti tiada lagi jual beli selepasnya. Mazhab Maliki dan Hanbali jelas dan tegas bahawa pengharaman adalah selepas azan kedua iaitu di ketika khatib sudah naik ke atas mimbar, ia juga bertepatan dengan suasana di ketika turunnya ayat Al-Quran, para masa hayat baginda Nabi s.a.w.[2]
Imam At-Tohawi Al-Hanafi menegaskan :-
المعتبر الأذان عند المنبر بعد خروج الإمام ، فإنه هو الأصل الذي كان للجمعة على عهد رسول الله صلى الله عليه وسلم
Ertinya : Azan yang terpakai (dalam hal ini) adalah yang ketika keluar imam di atas mimbar, maka itulah yang asal sebagaimana Jumaat di zaman baginda Nabi s.a.w (Mukhtasar at-Tohawi, hlm 24)
Namun demikian, ulama mazhab Hanafi kelihatan mempunyai berbilang pandangan dengan majoriti di antara mereka berijtihad azan kedua adalah ‘pasti haram', cuma terdapat sebahagian besar mereka yang juga berpendapat pengharaman bermula sejak dari azan pertama (azan masuk waktu) lagi atau selepas tergelincirnya matahari pada hari tersebut.[3] Ini bermakna, mazhab Hanafi lebih tegas dalam hal ini dan disepakati oleh keempat-empat mazhab, berjual beli selepas azan kedua adalah haram.
Imam Ibn Kathir Al-Syafie menyebut :
اتفق العلماء على تحريم البيع بعد النداء الثاني
Ertinya : Para ulama bersepakat berkenaan pengharaman jualbeli selepas azan kedua ( Tafsir Ibn Kathir, 4/367)
BERDOSA SAHAJA ATAU AQAD JUGA BATAL?
Walaupun berjualbeli di waktu itu adalah haram yang beerti berdosa atas si penjual dan pembeli, namun adakah aqad jual beli mereka terbatal?
Jika kesalahan ini dilakukan, dosa yang ditanggung adalah satu peringkat, manakala sah batal transaksi itu pula adalah satu peringkat yang lain. Jika aqad tidak sah, beerti pemilikan harga yang diperolehi oleh penjual adalah batal dan demikian juga pemilikan pembeli ke atas barangan beliannya. Jika itu berlaku, beerti kedua-dua mereka menggunakan harta milik orang lain dan berterusan keadaan itu sehingga akhir hayat mereka dalam keadaan penuh syubhat dan bermasalah.
Dalam hal ini, para ulama tidak sepakat dalam menanggapi kesahihan atau terbatalnya aqad. Para Ulama terbahagi kepada dua kumpulan :
Pertama : Aqad adalah sah dan hanya dosa ditanggung oleh penjual dan pembeli. Ia adalah ijtihad dari mazhab Hanafi, Syafie dan sebahagian Maliki.
Kedua : Aqad batal dan berdosa ; Ia adalah pendapat mazhab Hanbali dan majoriti Maliki.
Namun, berdasarkan penelitian, pendapat pertama adalah lebih kukuh, khususnya adalah rukun dan syarat jual beli telah semuanya dipenuhi, kecuali ia melanggar waktu jualan yang diharamkan sahaja, atas kesalahn itu dosa sahaja ditanggung tanpa pembatalan aqad.
Apapun, amat perlu umat Islam di Malaysia dan dimana sahaja untuk lebih berhati-hati dalam hal ini. Justeru, amat digalakkan agar dapat dinasihatkan kepada para peniaga dan semua warga Muslim yang wajib ke atas solat Jumaat untuk menghindari kesalahan ini. Kita bimbang,akibat kejahilan, ramai yang melanggarnya secara berulang kali.
KESIMPULAN
Kesimpulan, jual beli itu akan jatuh haram hanya apabila:
a) Dilakukan selepas azan kedua sewaktu imam berada di atas mimbar.
b) Dilakukan oleh lelaki (sama ada sebagai peniaga atau penjual) yang wajib solat Jumaat.
c) Mengetahui berkenaan hukum haram ini, dan wajiblah ke atas individu mukallaf untuk mempelajarinya. Wajib pula untuk menyampaikannya bagi yang mengetahui.
Saya amat berharap agar para khatib dapat mengingatkan perkara ini setiap kali mereka berada di atas mimbar, juga diingatkan oleh para bilal sebelum mereka melaungkan azan kedua. Digalakkan pula bagi orang ramai untuk mengedarkan tulisan ini di masjid-masjid bagi menyedarkan orang ramai.
Sekian,
Zaharuddin ABd Rahman
http://www.zaharuddin.net/
26 Oktober 2009
oh akibat perubahan angin monsoon skang bawak hujan lebat stiap hari terutamanya kat Perak n Selangor. dan akibatnya semalam berlaku tanah runtuh berdekatan Selayang Heights yang menyebabkan penutupan keseluruhan laluan untuk dari jam 2 pagi hingga 11 pagi.. menyebabkan lebih 80 ribu pengguna jalan berkenaan terpaksa mencari alternatif lain..
lagi cerita sini dan sini
hari ni jalan tu dah dibuka sepenuhnya. tapi tgk keadan skang yang tiap2 petang hujan lebat mesti macam risau nak lalu kat situ kan? semalam sebaik saja masuk dalam kereta dengar berita penutupan jalan tu. so tamo amik risiko stuck dalam jam kat rawang saya terus guna exit bukit beruntung untuk ke tempat kerja. takpela jauh sikit pon. janji tak sakit hati dok dalam jam lame2. selamat sampai di ofis seperti biasa tanpa sebarang tekanan. heheh dalam perjalanan ke ofis mak call tanye pasal penutupan jalan tu sebab mak tgk kat berita pagi. takut anak dia stuck dalam jam lame2 kot! hehe
klu kat luar cuaca jadi kelam kelibut... dalam diri ni pon masih sama... angin monsun masih melanda.. entah bila akan berakhir.. hmm.. sabo jelah wahai hati....
semalam ade urusan kat bangi. lamela jugak.... petang bila nak start kete dah tak bley.. adehla.. pesal ni?? alahai intan payung.. janganla nak rosak time ni sayang... nasib baik kawan saya masih berada berdekatan. calling2 bagitau kete tak bley start... cek2 kenapa, sah bateri a.k.a jantung kete dah kong. adehla.... so kawan tu tolong jumperkan... sebabkan lepas tu saya kene berenti lagi nak isi minyak kawan tu follow ke stesen minyak berdekatan.. nak pastikan kete saya ok dan saya selamat balik. terima kasih kawan......
pagi ni b4 pegi keje en suami tolong jumperkan b4 die g keje. so saya selamat sampai kat ofis tanpa sebarang masalah. dan skang saya baru sudah urusan menukar bateri kete... rabak jugakla poket... maklumla tak masuk dalam bajetkan.. terpaksala rearrange sume bajet bulan ni. kali ni terima kasih pada aisyah.. tolong bwak g bank... tolong bwk g beli bateri.... pendek kate, terima kasih daun keladi.. sok2 bole tolong lagi!! hikhik

