Tuesday, November 23, 2010

kenduri kesyukuran + cukur rambut baby safwah

jumaat lepas balik kampung,
mak buat kenduri sikit

kenduri cukur rambut budak kecik safwah
+
sebab kakak berjaya dapat PhD yang akan berkonvo kamis ni
+
sebab kakak no 3 dah hampir pulih dari sakitnya


menu masa kenduri adalah lauk kampung cam biasa...semua dimasak sendiri, mak jadi ketua tukang masak of cos dan anak cucu yang lain jadi pembantu. semua anak cucu yang ade kederat suma kene kerah dan i punya tekak nila yang terasa nak pecah sebab mengarah anak dara dan anak teruna yang asik mengelat... isk.. macam tula agaknya rasa mak dulu marah bila saya asik mengelat dari menolong kat dapur!senyumkenyit

rewang anak beranak je...

menu kami petang tu..

ikan masin masak lemak nenas

sambal goreng jawa

ayam masak merah

sayur campur

gulai daging korban

pulut kuning

laksa

sup ayam

bubur gandum + jagung menu yang ni cepat gilos abis! agak kempunan jugakle sebab cuma dapat semangkuk keciksigh

macam2 kek yang semuanya orang bagi...

sampai tak muat2 meja nak hidang.. hiks

dalam pukul 3.30 majlis mula, dengan bacaan yassin, diikuti dengan marhaban sebelum baby safwah dibawa keluar..
alhamdulillah.. ramai jemputan yang datang, sama - sama baca yasin dan marhaban jangan rasa pelik kenapa semua perempuan.. sebab memang kaum2 ibu je yang dijemput.. sebab tu buat petang, bukan lepas maghrib @ isya' mcm kebiasaan

untung safwah ada sepupu2 yang dah besar2 sebab dorang yang tolong hias baby cot tuh

good girl safwah.. time ni jela dia jaga time marhaban mata tutup rapat!

nenek pun sekali amik bahagian gunting rambut cucu ke-20



tgk?! kan dah kata... safwah langsung tak terjaga walaupun keliling hingar bingar.. ihikhik nyenyak betul dia tidur..

bila habis kenduri,

semua tersandar keletihan, esok paginya baru kerah cucu2 lelaki basuh pinggan mangkuk sume, kemaskan mana2 yang patut sebelum kami semua berangkat pulang

12 comments:

Queen said...

waaah..ikan masin masak lemak nenas adalah faveret saya,..tetiba kecur lir..tapi tak bleh makan..sob..sob..

~mrs azmi~ said...

@Queen: mak buyong sila bersabar sampai trimester akhir ye kalau nak 'rasa' masak lemak nenas.. itupun kalau family anda benarkan! hihi

kalau tak.. tunggu lepas pantang lor!!

maza said...

wahh.. buat kenduri kendara mcm ini memang meriah kat kampung.. heheheh

selain sanak saudara, ada mcm2 lagi yg boleh kita buat.. hehehe

~mrs azmi~ said...

@maza: event macam nila nak kumpulkan sume adik beradik sekaligus.. kalau tak bayah nak berkumpul semua.. mesti ada rongak2.. haha

fazemy said...

Meriah...meriah. Bila nak ada anak ni...nak jugak cukur jambulnya. Nak buat hari2 blh? haha

en_me said...

meriahnyerr uoolss..

~mrs azmi~ said...

@fazemy: nak buat hari2?? boleeeeeeeeeh.. tapi larat ke? hiks

@en_me: meriah kanns

DrSinga said...

saya tak pernah buat cukur jambul untuk anak2 saya...
kesian kannn...

ummu said...

wah bestnnya
meriah kan kalau di kampung
lepas tu ramai yg sukarela nak tolong
sedapnya ikan masin masak lomak tuu
safwah is a good girl ..suka tengok dia.

ummu said...
This comment has been removed by a blog administrator.
~mrs azmi~ said...

@Dr Singa: Dr terus buat akikah koooot

@ummu: yang tambah best sebab kami dapat berkumpul adik beradik..

Anonymous said...

Kami sedikit kesulitan untuk berlangganan rss, dalam setiap kejadian aku buku menandai situs ini besar, sangat berguna plus diisi dengan informasi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

::peringatan buat pengunjung::

"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan

puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"