Tuesday, December 31, 2013

terakhir 2013

diam tak diam dah setahun berlalu......

setahun dah bekerja di cyberjaya, setahun sudah saya berulang alik setiap hujung minggu... setakat ni, masih belum nampak jalan untuk tamatkan siri PJJ kami. Ah,  alah bisa tegal biasa! memag berat, memang penat, memang perit, tapi dengan keadaan ekonomi golongan marhaen yang semakin menghimpit sekarang... telan sahaja semua itu. moga ada jalan terbaik utk kami di kemudian hari


2013 tahun yang bercampur baur, ada manisnya, ada juga pahitnya... tapi yang pahit dijadikan teladan untuk masa akan datang. Alhamdulillah 2013 banyak urusan saya dipermudahkanNya. Wishlist hampir semua dapat digapai walau ada perkara yang  terpaksa dilepaskan.

syukur.. syukur... syukur....

tahun yang akan datang nampaknya semakin mencabar dengan kenaikan pelbagai jenis kos. memang terasa lebih - lebih lagi pasal tol! memang boleh capai rm300 sebulan!!

ah pasal permasalahan negara ni makin difikir makin kusut...

keluh kesah golongan marhaen hanya dipandang sepi, agaknya tak tercuit langsung dalam hati 'mereka' dengan kesempitan kita. walau perit pun, hidup mesti diteruskan.... nak mengadu ke pemimpin negara masakan mereka ambil pusing, mengadulah pada yang Esa... moga dilapangkan dada, dipermudahkan segala urusan, dilimpahkan rahmat dan sentiasa dibawah lindunganNya.

SELAMAT TAHUN BARU 2014!!

Wednesday, December 25, 2013

Alkisah 'kehilangan' pasport sebelum Singapore Office Trip

Sudah berbulan - bulan dulu trip ni. 1st company study trip........ tak jauh mana pun, ke seberang tambak sahaja kali ke 3 menjejakkan kaki ke Kota Singa. bukan ke universal studio... cuma ke Garden By the Bay, Singapore Botanical Garden & Jurong Bird Park

Meh nak cerita kekalutan waktu memperbaharui pasport sebelum trip tu....

Dua minggu sebelum trip baru punya kesempatan untuk memperbaharui paspot antarabangsa yang tarikh luputnya disember tahun sudah. Sebab nak perbaharui paspot perlulah bawa yang lama kan? Alkisah,saya memang jenis suka menyimpan tapi yang menjadi masalah, suka menyimpan sampai lupa simpan barang tu kat mana!! puas geledah segala macam laci kat rumah tapi memang tak jumpa pasport lama tu! lebih memburukkan keadaan, paspot antarabangsa suami pun saya gagal temui! walauwei!!

terus google apa nak buat kalau paspot antarabangsa hilang, muka pucat tak berdarah waktu terbaca


1-3 bulan?! habislah......

kalau ikut tempoh tu memang takkan sempat dapat paspot utk ofis trip. Tapi cuba juga mana tahu boleh dapat cepat

ada terbaca juga kalau paspot hilang bukan disebabkan jenayah tak perlu buat laporan polis, boleh terus ke pesuruhjaya sumpah. Itulah yang saya lakukan, terus ke istana kehakiman putrajaya untuk buat pengakuan bersumpah. Malangnya, waktu tu pihak pesuruhjaya sumpah kembali memerlukan laporan polis sebelum mereka boleh memproses permohonan saya. T______T memang sebelum ini boleh dilakukan tanpa laporan polis, tapi berlaku banyak kekeliruan, maka laporan polis kembali menjadi kemestian

pening pula nak cari balai polis putrajaya, dugaan sungguh! dah puas pusing - pusing putrajaya dengan bantuan aplikasi WAZE yang kadangkala mengelirukan barulah sampai ke IPD Putrajaya. Selamatlah buat laporan mengenai 'kehilangan' paspot-paspot berkenaan.

elok keluar dari balai polis, dapat panggilan dari suami 

"yang, abg dah jumpa paspot kita"

"haaa?!! jumpa kat mana?"

"dalam laci meja solek"

...........dalam hati menggerutu sendiri sebab tempat yang suami jumpa tu saya dah bongkar 2-3 kali tapi langsung tak nampak!

dasar perempuan kelam kabut!

saya dan suami memang terlalu banyak percanggahan tapi untuk aspek yang satu ni memang kami saling melengkapi. Saya seorang yang sangat kelam kabut - suami seorang yang sangat -sangat - sangat tenang

lega dan syukur dapat  memperbaharui paspot tanpa melalui sesi soal jawab dengan pegawai

dapatla ke Garden by the Bay ^_^







Wednesday, December 11, 2013

Suami Romantik.. penting ke?

lama sangat tak menulis... kekangan kerja + kekangan facebook eh?! kesian blog berhabuk, lama tak menulis alih alih cerita pasal suami romantik penting ke tidak. hahaha

tak dinafikan majoriti wanita memang mendambakan teman hidup yang romantik kan, seperti cerita novel yang sangat mengharukan.  ^_^  Tapi realitinya tak ramai lelaki yang sebegitu, memiliki teman hidup yang cukup memahami pun dah cukup syukur kan?...

Encik suami saya juga salah seorang suami yang bukan dari golongan lelaki romantik, takkan faham kalau kita cakap berkias. Kalau kita betul-betul nakkan sesuatu lebih baik berterus terang. kalau 'hint' memang alamatnya takkan dapatla benda tu. Alah bisa tegal biasa, waktu baru berkahwin kadangkala memang terasa hati bila kiasan kita langsung tek terkesan dihatinya. Selepas  beberapa lama semua tu kita dah tak kisah sangat.

Harapan nak dapat surprise ke memang takdela..... hahaha

tapi waktu birthday saya baru - baru ni ada perkara yang encik suami buat benar-benar mengharukan saya, apa yang dia lakukan?



Ya, dia hasilkan sendiri kek harijadi saya!! 

seperti semua sedia maklum kami sekarang tinggal berjauhan, hujung minggu baru saya pulang dan kebetulan tahun ini hari lahir saya jatuh pada hari sabtu. Namun, disaat akhir saya terpaksa bekerja pada hari berkenaan! T_T terpaksa batalkan rancangan untuk menonton filem THOR. huhu

kepulangan saya petang itu disambut kek merah jambu... hilang penat... hanya senyuman yang terukir dibibir... terharu dengan usaha suami... memang tiada bunga comel sebagai hiasan kek, tiada ungkapan 'selamat hari lahir' diatas kek, hanya kek merah jambu yang kosong.. tapi saya tetap berbangga dengan usaha beliau!


 terima kasih sayang!







Monday, July 1, 2013

Main kompang je pun dapat pegi LONDON... kau ade?!

Amaran: ni memang entry jeles tahap gaban!


sangat jeles dengan group kompang company yang dapat terbang ke london untuk ground breaking ceremony project kat sana..... 

main kompangnya adala 10 minit kot... tapi dorang pegi dekat seminggu!!

kita ni nak dapat giliran pegi sana tah bila T____T

JELES!!

Saturday, June 15, 2013

Sabah Gateway Day 2 - Mabul & Kapalai Island (Part 2) - Semporna - Lahad Datu

hadoiyai... citer dah basi nih... hegeh2 tak siap lagi buat sekuel entry.... 




Bila dah petang hajat hati nak capture sunset... tapi takde rezeki.... hari kami pergi awan menutupi keseluruhan cahaya matahari.... walaupun dah gigih stanby kat cafe tu awal2 tapi kelabuuuuuu je... takpala... kat mana2 pun boleh capture keindahan ciptaan Allah kan

petang tu tiba2 jumpa budak comel ni..... bila kita datang dekat lagi eksaited dia melompat2 tunjuk kemahiran... kita yang risau kalau terlajak lompat mau berenang dia dalam laut tuuuu




 lagi kita snap lagi galak dia berposing... hihi.... kalau dah dasar pecinta kucing, mana2 pegi pun boleh spot makhluk comel ni... padahal kadang2 orang lain tak perasan pun


hari seterusnya di mabul dapat capture sunrise walaupun agak berawan... jadila dari takde..... untungnya bilik hujung sekali tak payah jalan jauh nak cari port, keluar bilik lalalala boleh capture... abis malas bersidai je kat tepi tingkap bilik



rezeki keluar subuh2 hari... dapat tengok penyu besar! ingatkan tade peluang nak jumpa, sebab selalunya dia munculkan diri petang dan petang sebelum tu tak pulak nampak dia keluar... siap nampak 2 ekor... tengah nak mengawan. tapi sayang ada bot kacau daun..... isk






open sea view dari tingkap bilik


lepas layan seaview, bersiapla kita untuk perjalanan seterusnya... pukul 930 bot sampai dan perjalanan balik ke jeti di semporna lebih kurang 45 minit, agak mendebarkan jugala bila bot berhenti di beberapa tempat sebab ada masalah enjin o_O"

sampai di jeti terus menapak heret beg roda yang berat macam anak gajah tu ke stesen bas yang berhampiran untuk ke destinasi seterusnya... LAHAD DATU nampak macam dekat tapi sebenarnya jauh gila. terus amik bas yang tak macam bas ke lahad datu, bagi yang tak tau, kat sana bas yang macam kita ada kat sini ni ada tapi tak banyak.. kebanyakan bas sebenarnya adalah van yang boleh muatkan lebih kurang 12-15 penumpang. tambang dari semporna ke lahad datu RM20 seorang. mahal?! ya agak mahal berdasarkan keselesaan yang ada.... perjalanan 160km tapi takde headrest, memang bagi kita yang dah biasa ada bas yang sempurna ni mmg sangat tak selesalah... tapi apakan daya... demi kawan yang nak menikah pukul 3 kami gagahkan jua... moga2 sempat sampai tepat pada waktunya. kalau nak tunggu bas yang selesa tu tah pukul berapa sampainya.

 ada rupa macam pesalah yang kene angkut naik van polis tak?! hahahaha

..........dan perjalanan 160km tu naik turun bukit, selekoh tajam, memang sangat mencabar, waktu lalu pos kawalan PGA di semporna, kenala jugak tunjuk mykad. kot2 ada penumpang ni pengganas yang dicari2.

lepas 2 jam sampaila kami di bandar seri perdana lahad datu, sebab rumah pengantin agak jauh ke dalam terpaksala salah sorang ahli keluarga pengantin jemput kami... waktu tu dah 2.30pm, tunggu punya tunggu... nak tau sapa yang jemput? mak pengantin!!! bila kami tanya kenapa aunty tak suruh orang lain? dia kata sebab dia sorang je yang kenal kami selain dari pengantin.... huhu... terharu.. terima kasih banyak aunty...

Alhamdulillah kami sempat sampai tepat pada waktunya... elok je sebelum pengantin turun, cuma yang tak bestnya kami ni busukkk! orang lain kemain lawo lagi... kami ni ngan seluaq jin, busuk, muka berminyak... maluuuu

amik gambo ngan pengantin yang cantik ^_^ walaupun diri ini sangat busuk


pengantin sama cantik dan sama padan... macam pinang di gelek lori... hihi.. esoknya macam biasa, majlis resepsi... cuma disana majlis sepanjang hari, dari 11am - 11pm, ada yang 3hari3malam memang sampai tahap pengantin pengsan kepenatan. tetamu lebih suka datang waktu malam mungkin sebab tak panas dan kalau kita disini tak jumpa pengantin pun tak apa, tapi disana tetamu tetap akan tunggu untuk bersalaman dengan pengantin.


okeh done part 2 kita sambung lain kali eh






Saturday, May 25, 2013

Sabah Gateway Day 2 - Semporna - Mabul & Kapalai Island (Part 1)

entry ini agak panjang, jangan muntah hijau korang tgk tulisan ya

Day 2

0530am 

Wah awal seh bangun kat sini.... hihi kalau kat umah 530 mmg bergulung dalam selimut.. jangan harap nak bangun.. kecuali kalau kene attend meeting kul 8pg.. Aktivity harini adalah menuju ke Pulau Mabul! yeay!! setelah 2 tahun tak melawat pulau & melihat pemandangan bawah laut... kul 7 pagi dah ready kat lobby coz ada driver akan jemput!! cehcehceh exclusive sangatla kunun ada driver bagai kanns.. just request je dari operator yang bawa kita ke mabul, kalau takat ambil di sekitar pekan semporna mereka tak charge apa - apa

Lobby Marina Hotel 

untuk ke Pulau Mabul ni ada beberapa beberapa operator yang boleh dipilih, kami pilih Uncle Chang, dan dalam beberapa operator yg saya tanya uncle chang yang paling murah. Uncle Chang tak charge apa2 pun untuk jemput kita dari hotel ke Jeti. waktu buat reservation memang tak bayar apa2. Waktu hari kita nak pergi baru dia akan kutip semua fees sebelum kita naik boat.

Mmg kene amik operator untuk ke Mabul, takdela bot penambang setengah jam sekali ke..

Harga Pakej untuk kami berdua di uncle chang termasuk makan, takde public restoran di mabul... cuma ada perkampungan kecil Bajau kat Mabul, jadi makan sume kat Lodge masing2la. Kalau taknak bermalam kat mabul pun boleh, tapi fikir masak - masak ya... jangan jadi macam 1 couple yang pergi sekali dengan kami. dia cuma ambil day trip. bila dah pergi snorkelling dah jatuh cinta kat mabul, nak bermalam kat sana pulak... tapi tak dapek nak nolong coz semua accomodation diuruskan office kat Semporna, dan waktu dia pergi tu mmg takde bilik kosong dah pun.


Chalet        : RM120 per person x 2 pax x 1 night x 6% gov't tax = RM254.40
Snorkeling  Kapalai: RM30 per person x 2 pax = RM60
Boat transfer: RM100 per person x 2 pax = RM200
Jetty fee: RM2 per person x 2 pax = RM4
TOTAL = RM518.40


Waktu kami kesana kebetulan waktu ni 'High Season' jadi mahal sikit lor charge.... mujur sempat book walaupun dah last2 minute sangat. jadi sapa2 nak kesana just drop enquiry ke uncle chang. dorang akan bagi  the best price. kalau sapa2 ada duit lebih nak wat discovery diving (without licence - dorang akan bawak kita explore) cuma RM250

kalau nak amik Diving License start RM850 >> cita - cita lepas ni lewww, harap - harap ada rezeki nak amik ^_^

Snorkelling di Mabul free of charge (3 kali sehari 9.30am, 11am, 230pm) mmg abis itamla kalau pulun 3 tempat ni sekali ni dalam sehari. RM 30 tu untuk snorkelling di Kapalai sebab Kapalai agak jauh dari mabul. Snorkelling Gear tak termasuk dalam pakej, kene bayar separate kat Mabul. RM 15/set. Untuk orang - orang yang tak pandai berenang macam kami ni dinasihatkan amik Fin ya.... Sewa Fin RM15/set.




muka lemau bangun tido tapi excited nak g pulau... hihi


Dragon inn floating resort, sebelah je ngan ofis uncle chang. salah satu affordable accomodation yang ada di Semporna. cuma kalau nak makan kene menapak jauh sikit. 

 Office  Uncle chang, sesi membelanjakan wang... KA CHING!!! gigil2 nak keluarkan RM500 

 Mesti sign baru boleh pegi...



BFF Happy faces!!

Everything settled... jom kita ke Mabul! Mabul adalah salah satu pilihan accomodation untuk orang yang nak ke Sipadan, sebab permit ke sipadan sangat sangat limited. hajat hati nak juga kesana tapi kalau nak kesana baik waktu dah ada diving license.. baru berbaloi!  lagipun waktu kami terhad. kami di Mabul cuma semalam. 


biru sepanjang jalan...


sampai sudah..... 


ni bilik kami dapat.. bilik hujuuuuuuuung sekali... nak pergi makan kene jalan jauh T_T pastu air pun sedeh!! kat Uncle Chang ni siang start 8am takde elektrik ya. sebab kebanyakan orang keluar snorkeling & diving. Lepas pukul 5 petang baru ada elektrik. kotla korang terkejut lak bila masuk bilik pasang2 aircond tak de reaction pape. actually bilik kami boleh muat untuk 4 orang. tapi sebab bilik 2 orang dah habis, bolehla dari takde. nak duduk kt dorm macam tak sanggup je. lainla kalau kita memang datang dalam kumpulan besar.

Sampai di mabul pukul 920am. dia bagi breakfast dulu before turun snorkeling,  dalam 945 baru g snorkeling kat 1st spot, waktu ni kelam kabut sikit dorang bagi snorkeling gear pastu terus suruh naik boat. kami ni terpinga2 terus jelah naik. konfius sebab dorang tak bagi fin ke? (waktu tu tak tau fin adalah separate price!) redha jelah pergi.... bila dah turun kelam kabutla sebab tak gerak2 walaupun rasa dah jenuh kaki bergerak o_O" ... mmg sedih tak nampak apa2 sebab bot turunkan dekat tempat dalam. kami nak bergerak ke tempat cetek tak sampai2! ditambah pulak waktu kami kesana arus agak kuat. pasrah!! doploh minit berenang2 tapi dok keliling2 boat je.. T_____T  last2 naik jelah...

bila naik bot satu masalah lagi... mabuk!! sebab arus kuat tolak boat mmg dan2 rasa nak muntah, pening kepala... rasa naik biru muka tahan.


orang bajau datang jual hasil tangkapan..... gila besar2 ketam yang dorang jual tu 


warna air laut sangat menggiurkan

resort di kapalai. actualy kapalai ni bukan pulau, dia cuma ada resort atas air. harga berapa saya tak tahulah... yang pasti saya tak mampu T_T 


kali ni kami turun buat kali kedua, di Kapalai. dan kali ni sangat awesome!! sebab dah sewa fin dan dapat berenang jauh ^_^! dapat rakam beberapa video. tak terasa berenang 40 minit kat sana. keasyikan tgk ikan dan karang laut. Lepas dah beberapa kali tertelan air laut baru terasa mabuk dek kerana arus yang agak kuat. bila nak balik lagi bertambah biru muka melawak gelodak dari dalam perut. tambah pulak otw balik bot problem pulak... tetiba berenti tetengah laut tu... bau diesel naik.. lagila rasa nak pitam!

sampai je bilik mmg tak boleh tahan sudah... adoiyai.. tak pernahle pulak g snorkeling sampai mabuk camtu sekali....isk dahle air paip dia pun rasa payau.... huhu


lunch time.... makan je apa yang diprovide eh.... kate backpackers lodge... redha jela kan... yang pasti kat sana rasa makanan dia macam kurang rasa. kurang masin, kurang pedas 








 disebabkan kemabukan melampau, kami tak larat dah nak turun utk snorkeling untuk spot ke 3, mmg rugi tapi tak bley tahan wei.... amik angin petang..... jelah depan bilik. disebabkan bilik hujung sekali, mmgla takde front seaview, tapi ade wide side seaview... hihi


oklah berenti sini dulu.... sambung part two plak kemudian..




Monday, May 20, 2013

Sabah Gateway Day 1 - KL - Tawau - Semporna

Haish.. dah berminggu - minggu balik baru nak up cerita ya... ini kira ok lagi.. time ke bandung dulu langsung tak up cerita sampai sekarang! ahahaha.... biasala.. bila ada perkara yang mengguris kalbu terjadi waktu bercuti terus sentap tanak cerita kat blog... cuma biarkan saja ia terhapus dengan masa.... walaupun trip kali ni pun ada tragedi.. tapi takpalah...

dah... dah... dah..  mengarut ke lain pulak...

orang lain selalu ke sabah selalunya akan ke kota kinabalu, tapi kami tak.... kami menuju ke tempat yang panas 2-3 bulan sebelum ni dengan pengganas. Tawau, Semporna, Lahad Datu. Sebelum pergi memang ada yang tanya tak takut ke kalau jadi apa2? hmmmm.... kalau benda nak jadi kat mana2 pun boleh jadi kan? kita tawakal dan berserah pada Allah moga perjalanan dipermudahkan.

hari 1 - pagi2 dah minta en suami hantar sampai ke kl sentral, amik skybus terus ke LCCT, flight sepatutnya 1030 retime jadi 1005. jam 0905 sampai dah LCCT.. bila drop luggage dorg tanya "sorang lagi tak naik ke?" "hmm.. dia drop kejap lagi... flight dia dari penang belum sampai lagi..." partner jalan2 kali ni cik faiz, turun dari kulim. amik flight penang-LCCT-Tawau. BFF dari zaman sekolah gitew!! ahahaha

sementara menunggu cik faiz ni sampai dok jeling flight schedule.. bilala cik mek ni nak sampai... paham jelah  kapal terbang merah tu kanns.. 0920 dia dah touch down tapi 0945 baru nampak dia.. nak terus boarding tak boleh.. dorg insist untuk drop luggage sedangkan masa tu dah closed. T_T disitulah tragedinya.... cik faiz ni dah request utk fly thru luggage dari penang, tapi kaunter Air Asia ckp tak boleh. kene collect luggage cam biasa dan check in balik kat LCCT!! dan natijahnya.........

KAMI TERLEPAS FLIGHT!!!  T__T

kenapa saya tak naik dulu? boarding pass faiz ada dekat saya, for surela kene tunggu dia kan?! dan by the time dia dapat collect luggage n lari  ke balai berlepas, pintu dah closed pun!!! Grrrrrr!!!!
pastu yang bestnya, luggage saya yang dah cek in awal2 tu boleh dikeluarkan balik dan kene collect kat customer service... boleh pulak eh?!

kenapa faiz amik flight lambat sangat? yela sepatutnya flight kami 1030. tetiba flight kl - tawau retime 1/2 jam tapi flight dari penang tak... there should be reason why we chose the stipulated time to depart, but they just simply change schedule...  yang sakit hati kenapa takde flythru luggage service?! penang is international airport... lainla kalau dari airport kecik kita fahamla... sangat2 dissapointed dengan cara air asia.. lepas beli tiket kita bukan bole dengan lapang hati naik flight.. adeeeeee je perkara yang akang membuatkan RM kita keluar lagi.... ka ching! ka ching! mementang customer dia ramai... service quality mmg out!

masa tu ada adengan termenungla jugak... should we proceed with another ticket or not?! akhirnya cik faiz pejam mata SWIPEla card dengan nilai 800++ untuk kami berdua T___T

Maka naiklah kami di penerbangan seterusnya......harga tiket patratuslebih tu membolehkan kami duduk di emergency exit... 'seronok'!! sebelum take off ada sorang F.A. datang kat kami 'cik, kalau ada apa2 kecemasan berlaku, pastikan kapal terbang berhenti baru buka pintu kecemasan, blablabla....."  tetiba dia ter'pause' teragak2 nak cakap.. last2 dia cakap "......sebenarnya saya nak cakap in english"  kami masa tu dah pandang2... apa muka kampung ulu banat sangat ke kami ni sampai takut kitorang tak faham kalau dia nak speaking london?! so saya just cakap "yes miss, you can explain the instruction in english... we dont mind" pastu F.A tu pun terangla... la.... kot ingatkan berhabuk sangat englishnya sampai nak terang dalam bahasa ibunda sendiri pun susah... sampai ke sudah kitorang dok gelak2 pasal peristiwa FA tuh.. akekeke

 waktu ni kami sampai di airport tawau.. alhamdulillah selamat mendarat.. sebelum apa2 solat siap2 di airport sebab waktu tu baru teringat yang sabah waktu solat awal 1 jam. jadi kalau nak terus ke Semporna kalau nasib tak baik Maghrib baru sampai. after lega semua sekarang fikirkan ground transport pulak. dari airport tawau ke bandar tawau 1 teksi rm45 ya kawan-kawan... waktu tu otak dah macam mesin cash register.. everything KA CHING!!!

Nasib baik dapat pengantin yang memahami kepayahan rakan2 yang datang dari jauh ni, walaupun kami tak terus ke rumah pengantin, tetap dihantarkan adik lelakinya dari Lahad Datu untuk menjemput kami dan hantarkan pula ke Semporna!Jasamu dikenang Lizan!! Sayang kamu! Dengar macam dekat je kan Tawau - Semporna - Lahad Datu... realitinya?! Nan hado!! kematu montot... jauh gilos! kalau amik teksi dari tawau ke semporna chargenya rm90 ya...


Di Semporna kami bermalam di Marina Hotel; booking melalui Agoda.com. tu 1 hal jugak...berpusing mencarik hotel... pat lima kali round roundabout yang sama! ahaha map kat agoda langsung tak membantu... hampir je nak putus asa nak carik hotel lain. nasib baik jumpa! memang betul2 outskirt pekan semporna. agak tersorok. Malangnya dapat bilik tade tingkap. suffocated! sib baik tade problem claustrophobia! kihkihkih.. jadila.... janji ada tempat tido... dah penat melalui banyak menda sepanjang hari. Dinner dekat kedai bawah hotel je. tenaga dah habis nak menapak jauh2...


selamat malam!!

- end Day 1 - 


Friday, May 10, 2013

Awesome Mabul!


Breathtaking view @Mabul Island (2/5/13)

Rindu mau kesana lagi

Tuesday, April 30, 2013

Bercuti secara 'Gamble'... berani tak??

holiday mood is in the air!! hihi

saya bukan jenis yang pergi bercuti secara 'gamble'. Pernahla sekali ke Terengganu, tak de persiapan apa pun. book hotel pun tak, itenerary lagila hampeh takde. waktu tu cuma risaukan test PAC untuk PTD tu je. lagipun before pergi tu memang kerja tengah banyak gila kat ofis. mmg tak sempat nak buat survey ke apa. mujur kami sampai awal dan senang dapat hotel sebab ada peserta yang sampai petang hotel semua penuh! PITAM!!

Tapi saya tak kisah sangat dengan itenerary. tak kisah pasal aktiviti yang penting bila sampai tempat tu dah ada tempat nak tido.. book hotel awal. kalau tak mmgla runsing semacam... sampai tak bleh nak tido... haha...

percutian kali ni memula nak gamble je. tapi tak boleh! walaupun kawan yang nak kawin tu dah yakinkan boleh je walk in. saya tetap rusing... takle nak tido susah hati.. sudahnya capai laptop terus buat study.. riki hotel. tanya kawan2... pastu satu lagi penyakit saya ni... tak suka buat call.. lagi2 kalau tak kenal orang tu. saya lagi suka sms/email/whats app.. jadi saya lagi tahan menunggu reply email dari buat call! Apesal tak tau.

So browse thru banyak online hotel booking nak carik hotel yang ok. tapi cam biasala.. kalau dah dekat sangat tarikh tu agak susah nak carik yang available.

 search - search - search

Alhamdulillah semua dah ok. email2 booking pun dah di reply.. 

bolehla tido malam dengan tenang! hihi



Tuesday, April 23, 2013

Nothing to update

wohoo dah 2 minggu lebih tak update blog. Takda cerita luar biasa yang boleh dipaparkan cuma perjalanan biasa seharian yang agak serupa. cuma ada sedikit 'hiccups' sana sini.

bulan 5 dah makin menghampiri... akhirnya salah satu 'wishlist' besar saya tahun ni hampir tercapai, dan ianya berlaku lebih cepat dari jangkaan. Alhamdulillah, syukur atas rezeki Allah. syukur juga kerana DIA memudahkan urusan kami. Namun, ada beberapa perkara lagi yang perlu kami hadapi,  moga kami dapat melaluinya dengan mudah...

Minggu depan masa untuk berlibur! Meraikan rakan dalam majlis walimah beliau.. nun di negeri dibawah bayu.. pertama kali menghadiri majlis sejauh ini.. ^_^

Tuesday, April 9, 2013

No More Lunch Partner

Sedari awal mula kerja tahun 2006 dulu...

saya memang takde lunch partner, sebab waktu tu saya sorang je melayu kat situ.... selalu makan sorang kat kedai mamak pastu lepak kat surau petronas sampai habis lunch hour...

8 bulan kemudian tukar ke company baru

kali ni ramai boleh teman makan, plus kedai makan kat bawah ofis sajok.. restoran Azira, Sek 10 shah alam. sapa tau?! situla port hari - hari

lepas tu pindah ofis ke Kota Damansara
geng ngan boss.. maklumle lady boss yang super sporting... company memang sume melayu.. so geng makan memang ramai..begitulah seterusnya sehingga 5 tahun kemudian


terpaksa meninggalkan company kesayangan demi kelangsungan hidup yang seterusnya.. sampaila saya ke company sekarang... adala juga lunch partner sorang... tapi selalu kene lunch sorang juga sebab partner saya tu spesis super bizi.. kadang saya dah habis makan baru dia sampai.....

bila dah hujung2 duduk kat eco park baru dapat geng yang lagi ramai.....
seronok... 


tapi....


bila dah kena pindah cyberjaya... mulala balik lunch tanpa partner... sobsobsob

2-3 minggu after pindah cyberjaya baru mula baik dengan budak sales dept. 
so diala kawan saya makan lunch hari - hari. buat beberapa bulan ni

alih2 harini dia hantar 24 hours notis berenti keja!


adoih! 


pencarian saya untuk lunch partner bermula lagi.... T____T



kenapa tak ajak orang lain? kat sini kami 2 ketul je perempuan melayu yang selalu ada kat ofis. yang lain semua cina. dorang selalu g chinese restaurant yang serve bak kut teh. takkan nak join sekali kanns?

Tuesday, April 2, 2013

ladang limau

nak minta tolong ni

ada tak sapa - sapa yang mengusahakan tanaman limau secara komersil?
atau ada sedara mara ke...

tak kisahla limau nipis ke, limau kasturi ke, limau madu ke...

kalau boleh nak di kawasan selatan semenanjung. selangor sampai johor..

tolong ya!......


tq!

Monday, April 1, 2013

Pendidikan Percuma di universiti

Sapa tak suka dengan benda percuma... kalau ada sale buy 1 free 1 tu memang orang akan datang menghurung macam semut! walaupun sebenarnya takla murah mana benda yang ditawarkan tu... dan selalunya ada terma dan syarat pulak

kalau pendidikan percuma... memadailah dengan sekolah rendah dan menengah kot..

Betul sangat bagus kalau kita ada pendidikan percuma sehingga ke peringkat universiti.. tapi berapa orang yang akan betul manfaatkan perkara ni?

sekarang yang dapat PTPTN pun kemain joli sakan tak ingat dunia... bila grad tengok tengok CGPA tak berapa nak bagus.. bila dah grad kenela bayar balik duit yang dah digunakan tu. kan?! bukan sikit student yang dropped out time belajar, ada yang terpengaruh dengan gejala tak sihat pastu hanyuuuutttttt, ada yang lalai dengan teknologi... macam2lah sekarang

kalau rasa taknak bayar PTPTN sila belajar sungguh - sungguh sampai dapat Ijazah kelas pertama, lepas tu isi borang declare dengan PTPTN kita dapat kelas pertama... DONE! tak payah bayar single cent pun duit yang kita dah belanjakan tu.

Nak dapat kelas pertama susah? tak susah kalau betul - betul usaha.... sekarang saya sendiri agak menyesal sebab dulu main - main - main banyak... lepas tu tak berapa nak ikhlas belajar dalam jurusan ni.. lepas tu CGPA cuma sampai kelas kedua atas.. jadi sekarang padan muka kena bayar balik PTPTN.. hihih

Agak cemburu bila dengar anak sedara dapat pengecualian bayar PTPTN sebab dapat 1st class degree.. T_T  kalaulah.. kalaulah waktu boleh diundur semula...

jadi sekarang dengan redha bayar sikit - sikit hutang PTPTN. dengan harapan dapat bayar abis sebelum anak masuk universiti... hahahaha!! mana idaknya... maknya punya tempoh bayar PTPTN 15 tahun  o_O"

takpala pelan - pelan, janji willing nak settlekan hutang kan... kalau beli kereta kita akan punctual bayar everymonth kan, samala dengan hutang yang 1 ni. jangan sebab benda dah tak nampak kita buat - buat lupa.



abislah... lepas ni saya kena kutuk dengan sume readers sebab tak berapa nak sokong pendidikan percuma utk tertiary level...

its just my opinion... everybody got their own stands right?! jangan marah2 ya... peace!

Monday, March 25, 2013

Anak Angkat

tajuk ni tersimpan dalam draft folder agak lama juga... waktu tu memang saya berada dalam keadaan yang sangat tertekan... terasa diri di titik  paling bawah dalam hidup... rasa hopeless... serabut! semua cukuplah... 

tak pernah terbayang langsung saya akan alami perkara ni, kalau dulu sebelum berkahwin bila dengar orang kawin 5 - 6 tahun belum dikurniakan cahaya mata, rasa kesian sangat... tertanya - tanya apa yang mereka rasa? apa yang mereka fikir? macamana dorang manage emosi?

sekarang saya sendiri juga berada dalam kasut yang sama dengan mereka. merasai sendiri tekanan dari sekeliling & kadang2 tekanan tu datang dari diri sendiri...

ya tahun pertama, kedua, ketiga saya boleh berdiri gagah menepis setiap kata orang yang datang... tapi bila masuk tahun ke5, sesekali kata - kata orang menusuk kalbu sampai kita rasa terjelapuk tak boleh bangun semula!


balik pada tajuk atas tu...


should i go for it or not?!




Tuesday, March 12, 2013

Dan Sebenarnya....

i just hate to design things!

why a??

I have been in this line nearly 7 years. but still can not, sincerely designing things! then the output become fake, hard, without any soul in it.... T___T

i keep on diverting myself whenever i got the task. yes i am willing to prepare for proposals an report rather than designing things! but,even how far i run from it, at the end the day i still have to produce the design... still have to face it!


Friday, March 1, 2013

Bila duit RM 150 tak dapat dikesan

Semalam hari gajji.. yeay banyak duit dalam akaun! tapinye duit tu cam lalu je tiap2 bulan...  sejam lepas kehadiran amaun tu dalam akaun, tinggal seciput je! bayar sana sini semuanya melalui page bank rimau tu je.. tak gerak kemana2..... kecuali touch n go kene g topup sendiri.

bila dah buat banyak transaction tak perasanla pasal baki tu..... sebelum balik umah, siap singgah topup touch n go kat atm bank rimau. senang nak gerak kemana2.. takla pening pasal duit tol... dan perjalanan lagi cepat walaupun kalau kat tol shah alam tu lane smart tag lagi lembab dari lane ticket

opss lari topic sudah! ampun!

bila dah balik umah.... dah golek-golek atas katil sambil layan u-tube tetiba terperasan + teringat... eh?! kenapa macam amaun baki dalam akaun macam sikit gila? waktu tu baru kelam kabut cari balik bank slip time topup TnG n keluarkan duit tadi. Sungguh, amount tu ada short 150! aiseh.... mulala kelam kabut bukak balik budget planner takut mmg tersalah kira.. pat lima kali tekan amoun tu tetap sama dan betul sejak dari mula. hati memang dah tak senang... dok track balik mana pegi 150 tu... bukak M2U thru phone tak reti nak carik kat mana transaction history.... laptop tak bawak balik.. semua slip online banking dalam tu.. mmg cuak... dok pk mana pegi 150 tu... 

pada awak - awak yang gaji banyak mungkin 150 tu tak banyak....tapi pada saya yang gaji yang cuma atas sikit dari paras kemiskinan bandar ni, 150 banyak! tu bajet nak beli makan anak2 kat umah tu, pasir, duit makan lunch sy.... T____T 

sampai tak boleh tido.... nak bagi tido saya pujuk hati, mungkin saya ada terlebih bayar kat mana2 dan tak perasan... pasrahhhhhh... reshuffle balik budget. yang penting ada budget utk makanan anak2

pagi ni masuk office terus selongkar balik semua slip online banking. semua betul! takda yang terlebih bayar... adoih memang misteri! last step sebelum saya g serang bank nak cari mana duit 150 saya tu jom check account transaction thru page bank rimau....

Dengan penuh debaran...... check satu - satu  tetiba nampak 1 debit transaction RM160 + RM1.... ooooooohhhhhhhhh... nila culprit yang buat orang risau tak tentu hala ni.... isk....

Rupanya insurance dah buat potongan. so that the balance yang ada dalam akaun adalah balance bersih ^_^ . sebelum ni dari baki akaun tu saya tolak lagi dengan insurance yang akan debit dari akaun. tu yang baki lagi sikit, sebabnya selalu insurance debit selepas 5hb... tu yang langsung tak terfikir dorang dah tolak duit tu.

nasib baik tak g serang bank rimau tu... kalau tak malu sendiri je...pasal 150 pun nak kepoh... lainla macam Lisa Surihani yang hilang 50K tu kanns?



Tuesday, February 19, 2013

ape kabor anak - anak bulus??



sejak2 duduk jauh dengan family ni memang lagila malas nak keluar umah time weekend. cuma bermalas2an kat umah, membibikkan diri untuk bebudak nakal yang selalu buat mama pening


huih lama betul tak tepek gambo budak nakal kat umah tu kan?!



popok skang dah sunat, tapi kekadang masih lagi nak mark teritory depan pintu... pintu depan n sliding mmg dah sahla... pintu bilik air n bilik belakang pun sekali! isk pelik sungguh dengan budak sekor ni.. jenuh mop spray, jentik, babap montot... tatappppp jugak dengan perangai buruk tu

Aly pulak skang grumpy... asik nak bergaduh je kerja.. tak madan perut gendut.. kalau dia marah dengan kucing kat luar dia akan lepas kat adik2.. sapa yang paling dekat  dengan dia masa tu yang akan jadi mangsa dia.. orang kata kalau dah snip dorang ni akan jadi baik sikit.. takdek maknenye!!!

masing2 tunjuk kuat... kalau tak popok mula dulu aly yang mengacau.. kalau tak 2 anak jantan tu, yang betina pun boleh tahan jugak! pening kepala! kalau 2 dah mula bercekau, yang sekor lagi mesti nak join jugak. semua benda dilanggar, dipijak... sebab tu kat umah memang takdela pasu kristal ke, benda yang fragile memg takde.. sebab karang memang tak panjang umur....

Coki?! semakin terserlah perangai kedivaan dalam diri... mentang2 dia je princess yang ada... kununnyela kalau apa pun kita buat memang semedang nak dia didulukan... kalau kita duk atas sofa, dia akan sebolehnya nak menyelit. walaupun ruang sempit, kalau sikat dia nak dulu.. kalau berenti mulut membebel..


walaupun perangai dorang ni kdg2 boleh buat kami ni hangin 1 badan... mereka tetap penghibur hati kami....




Thursday, February 7, 2013

DIY Freak: tshirt Folding tools

lipat kain yang menimbun adalah kerja yang laaaaaast sekali yang akan sy buat kat rumah dan selalunya saiz lipatan takkan sama.. lagi2 kalau tshirt yang dah lama, dah herot2, memang asal berlipat jela........pastu bila stack dalam almari mulala nak mengamuk sebab senget benget macam nak tumbang. Berangan nak belajar lipat baju macam kat shopping complex  tapinya tinggal harapanle...... memang idakle saya nak habiskan masa belek baju selai2 nak ukur kasi sama besar lipatan

sampaila saya jumpa offer kat groupon

v

v

humangaih!! mende plestik camtu pun sampai 28 hengget sekeping? (ada juga web yang jual dekat rm40 sekeping!!)  bukan dia  automatik amik,lipat dari dalam bakul keluar-keluar terus siap boleh simpan. tetap kita jugak nak kene hadap selai2 baju tuuuu... tak berbaloi langsung! 

dasar chapskate kan?! doploh lapanhengget pun sangat kira....tapi kalau kita ada option lain yang lagi murah apa salahnya kan? yang penting matlamat tercapai ^_^

mula carik jalan cemana nak benda alah tu.....

try carik kat you tube.. mmg ada! lepas tu laju2 fikir nak berDIY

Saya suka sangat buat projek DIY.. dalam folder DIY dalam laptop ni ada list of projek yang kunun nak dibuat tapinya virus M kuat sangat... memang 'sekali waktu bulan biru' (baca: once in a blue moon) baru projek - projek tu dapat laksana dan disiapkan. ada juga projek yang terbengkalai tak tau bila nak dapat mood nak teruskan.. 

Disebabkan perangai suka meng'DIY' nih, saya susah nak buang barang. kalau masuk gomen memang faillah bab 5S sebab susah nak betul2 'sisih' sebab rasa semua boleh guna balik T__T

meh tgk cara DIY foldable tshirt machine tu... errr.. boleh kira sebagai machine ke? tools la kot kan

v

v





senangkan?! tak payah beli foam board macam dalam video tu pun takpe... foam board mahal kat sini.. pakai je kotak2 yang dah tak guna. saya pakai mounting board.. harta karun zaman belajar dulu guna tu je 2 keping. modal beli cloth tape tu je sebab kat umah dah habis. adala dalam rm4 tu pun ada balance lagi boleh guna untuk benda lain. kan ke dah jimat banyak kat situ?!


ni yang saya buat sendiri... takla lawo mana pun... janji boleh pakai! hehe

fungsi dia sama je dengan  yang harga 28 ringgit tu. 

last week angin rajin datang terus buat benda ni. malam tu jugak punggah almari nak lipat balik semua tshirt suami bagi sama saiz! semangat tak semangatla... hihihi... bila dah siap seronok je tgk baju tu tersusun cantik macam kat shopping mall ^_^ gigih lipat baju sampai kul 2 pagi!



masuk 5 tahun kawin baru nak dapat cam gini cantik lipat baju... kalau tak asal berlipat jelaaaaa

siap warning suami awal2 ambil baju elok2 sebab dah penat lipat! 

dasar bini kejam

Friday, February 1, 2013

Lost in translation ~

Kalau benda ni jadi kenyataan macamana? sejak masuk alam pekerjaan benda ni dah jadi asam garam sebab dalam bidang pembinaan kebanyakan kontraktor bukan bangsa melayu. lagi teruk bila saya satu - satunya orang yang berbangsa melayu satu - satu dalam mesyuarat.

Selalu lost! mula - mula mmg bahasa inggeris digunakan tapi bila sorang dah mula guna bahasa ibunda habislah mmg keseluruhan discussion akan bertukar bahasa T__T walaupun dah ditegur tetap akan berulang... naik fed up!

kejadian yang buat saya mmg terasa hati, project manager call kata boss dia nak jumpa bos sy untuk discussion, tapi sebab bos tak available saya sorangla yang pegi jumpa client. From the beginning of the discussion mmg client guna bahasa ibunda dia dan terangkan semua benda pada project manager dia walaupun saya depan mata! mmg takde sepatah pun bahasa melayu / inggeris masa tu! baik dia terus je ckp kat projek manager tanpa sy perlu ada kat situ! pastu nanti tiba - tiba nakkan input saya kat tengah2 discussion walaupun sy tak tau hujung pangkal amende yang dia cerita.... haih...

kat ofis sekarang pun ada jugak lagi berlaku... keadaan macam ni seolah - olah nak bercerita benda rahsia walaupun sebenarnya benda tu benda general yang semua orang perlu tahu.


memang menggunakan bahasa ibunda adalah benda yang kita selesa. tapi dalam masa yang sama kena perhatikan keadaan. kalau waktu tu kita dalam perbincangan yang ada multi racial dan kaum lain tak faham dengan bahasa yang kita guna, kan ke lebik baik guna bahasa inggeris yang semua orang faham.. takla orang syak wasangka dengan apa yang kita cerita....





...............rasa nak ambil kelas bahasa asing.

Wednesday, January 30, 2013

Kerap MC & EL

Bab - bab MC ni sensitif kadang - kadang kan? Tajuk tu takde kaitan dengan saya pun... sejak bekerja, hatta masih belajar dulu pun saya memang jarang jatuh sakit jadinya jarang sangatlah MC. Sepanjang 6 tahun kerja ni pun boleh kira dengan jari berapa kali MC. Alhamdulillah syukur dengan rahmat yang Allah berikan..

Cumanya saya pelik dengan beberapa orang kat ofis ni, silih berganti MCnya... orang2 yang samaaaaaa je pulak tu... setiap hari tak sah kalau takde email maklumkan sipolan2 ni MC bulan januari ni belum pun habis lagi tapi dah beberapa kali nama yang sama naik dimaklumkan sebagai MC. kalau tak mc EL

2 minggu lepas entah kenapa dorang ni macam pakat2 EL & MC, lepas dia, dia, kira dalam 1 department tu tetiap hari mesti ada yang cuti, ada yang sampai 4 org sekaligus! macam boikot je dorang nih... bila dah sampai tahap macam tu agaknya GM pun naik anginla.. terus mintak list MC n EL dari Nov - January (walaupun masa tu baru je masuk bulan Jan). bos mana tak marah kalau tetiap hari mailbox dia penuh dengan notification MC n EL.. tapi masih belum meletup lagi big boss dengan issue ni

Dorang ni tak risau ke eh klu sume tu effect KPI? perkara yang selalu berlegar - legar dalam otak ni sebab dari awal lagi dorang dah ingatkan >3 kali EL mmg ur KPI will gonela... bila KPI gone boleh say goodbye utk   Bonus n incrementla....



.........hish ape kena aku ni dok risaukan orang lain? dorang pun tak risau pasal KPI dorang.



**Updated: Baru dapat tahu salah seorang yang selalu MC n EL tu dah resign! pastu banyak kerja dia yang dia dah terima dari awal bulan langsung tak settle... natijahnya ramaila kawan2 yang berkaitan dengan dia dapat kemarahan free dari boss masing2 walaupun bukan salah dorang.

Tuesday, January 22, 2013

ada masalah ke kalau aku pakai kete buruk?!

Hangin bila org dok tanya2 dengan nada sinis

"Ko masih pakai kancil ke?"

So what if I am?!

Aku pernah menyusahkan kau ke dengan kete aku tu?

Aku takde mende kau busy body pehal?

Aku taula ko mampu nak pakai kete besau.. selang 2 tahun rasa tak suka boleh tuka kete lain... tapi tak payahla nak tunjuk caring tanya2 mcm nak mintak penampar... hujung2 mintak tolong aku gak jadi referral

Kalau time senang takde pun nak tanye kabo

Time sesak org yang pakai kancil buruk ni jugak yg ko cari... huh

Wednesday, January 16, 2013

Godaan kapal terbang merah

Dah setahun lebih dapat menghindarkan diri dari godaan promo kapal terbang merah. Akhirnya saya terjebak juga.. yang free seat tak dapekla.. mana maunya nak bangun tetengah malam nak berebut free seat tu.. saya lagi sayangkan tidur! ahaha.. lapanplohringgit pun consider murah kan? hihi cumenye waktu nak terbang nuuuuuuuuuun kat hujung tahun.

gara - gara nak cari flight ke tawau bulan 5 ni. Kawan baik nak bina masjid di lahad datu.. cari - cari - cari takde dah yang murah.. semua 200 lebey one way.. tak masuk tok nenek fees lagi.. adoi!

before this ada jugak member sabahan kawin tapi cam boleh ngelat sebab pasangan org semenanjung.. jadi bolela pergi yang semenanjung je... kali ni memang tak boleh nak tolong.. 2 -2 sekampung kat sabah!


tket nak kesabah tak beli lagi.. yang ke krabi dah beli.. padahal yang kenduri sabah tu yang lagi penting.. isk

............korek2 tabung nak wat tambang g sabah

Friday, January 11, 2013

MAXIS ~ Kini tinggal sejarah

SELAMAT TAHUN BARU SEMUA!

sedar tak sedar dah 11 hari di tahun 2013 dan belum ada 1 entri pun lagi.. isk..

masih dalam transition mood lagi kot... masih nak terima dan sesuaikan diri dengan keadaan sekarang... kene duduk jauh dari keluarga..tidur pun masih belum lena.. saya seorang yang sangat particular tentang tempat tidur.. bila beralih tempat mesti akan  ambil masa yang lama utk saya sesuaikan diri.. terjaga patlima kali dalam waktu 6 jam tidur.. T__T 

waktu di pejabat pula menderita kesejukan! dah macam duduk kat kutub! otak pun macam dah beku... sebab centralised aircond yang terlalu sejuk! sejuk menggigit sampai ke tulang... dah sampai tahap nak pakai winter jacket complete dengan socks n glove.. 

oh mukadimah kelaut sudah... sebenarnya nak cerita pasal benda lain.. hihi

setelah bertahun2.. to be specific sejak dari tahun 2002 saya adalah pengguna maxis..dari prepaid sampaila ke postpaid, nombor yang sama tak pernah bertukar... saya punya masalah mengingat nombor, jadi memang tak pernah bertukar walaupun telefon pernah hilang tetap ke maxis tuntut simcard baru dengan nombor yang sama... setia sungguh kanns.. ^_^

waktu mula - mula beli simpack prepaid tu pun kalau tak silap harga 200lebih... hush kalau sekarang suruh beli simpack yang mahal camtu mampus takkan belinya. lepas bertahun pakai prepaid bertukar ke postpaid bila mula kerja tahun 2006 bill rm150 mmg tak kurang maklum jelah zaman bercinta (kununnya...) 



ni simcard saya sejak 6 tahun dulu

masuk tahun ke-10 dengan maxis saya buat keputusan untuk bertukar service provider..... merajuk dengan maxis? adala sikit2... bertahun pakai maxis tak pernah nak dapat rebet ke ape ke... 


bila customer service tanya kenapa nak tukar jawapan saya senang je...... "sukati sayala nak tukar.." hahaha belagak betul kan?! ni bulan pertama dengan servis provider baru.... belum boleh compare kan lagi... sebab belum dapat bil.. nanti dah 2 -3 bulan baru boleh nampak perbezaan kot

tapi sebenarnya saya masih attach dengan maxis coz company hp guna maxis ^_^ 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

::peringatan buat pengunjung::

"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan

puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"