Thursday, December 9, 2010

kalau dah jodoh tak kemana...

kes sadisla jugak nih....

time birthday aritu suami ajak makan kat luar. kire nak celebratela birthday isteri dia nih... tapi ade pulak di tanya kita nak makan kat mana bagai.. dahla kita yang kene drive sebab dia takleh drive malam, dengan penat sangat keje menimbun dia pulak macam2 soalan nak tanya.. sempatla hangin kejap..isk

mula - mula dia tanya nak makan kat mana kecuali Pizza Hut & Secret Recipe. tapi bila ai dah hangin 1 badan terus dia kata Pizza Hut jelah..... hahaha sebenarnya tak baikkan ai buat dia macam tu, tapi sebab memang mood tengah tak bape nak bagus, orang tanye banyak memang kenala!

Order kat pizza mende biasa je. korang.. korang.. dan korang.. pun mesti dah biasa dengan menu kat situ kan? waiter yang amik order tu cam kelam kabut sangat! boleh dia bagi kat kami pinggan, tisu, sudu garpu bertindan2 sambil lalu letak atas meja. ingatkan dia nak datang balik n susun, rupenye dia terus blah! sup pun macam tu. hantar sambil lalu! macam u makan kat kedai mamak yang tak payah bayar service charge tuuuu

tu satu hal, lepas 10 minit air pun tak tiba lagi.. ai tengok orang tukang buat air tu dah rilek cam takde order, kami tanye dia kata dah takde order.. aik?? air kami ni mana?? pastu semua waiter jadi cam kelam kabut tanya2 sapa ambil order meja kami.. pizza hut rawang tu bukan besar mana jadi memang senangla cam waiter tu dan bila kami tunjuk dia boleh dia buat muka blur dan kate... "taklah, bukan saya" ai terus cakap " encik, ai ni belum lupa kalau u tak ambil order macamana kami boleh dapat sup, n pinggan yang tak semenggah ni??"

sib baikla brader yang dok buat air tu datang kat kami n minta maaf, dia cakap budak tu memang blur sikit.

lepas sume selesai masuk perut, balikla ape lagi! hahaha
tapi ai perasan pizza dia makin keras! sakit gigi nak kunyah sian kat suami yang ade masalah gigi tuu

dalam banyak benda kami makan tu 1 je yang sempat snap gambar! hahaha

kalau tak silap nama dia chocolate volcano.. rasa dia?? so - so jela

ontheway balik, lebih kurang 1km nak sampai umah ai teringat sesuatu.... gagau handbag kat kaki.. takde!

sudah!

jantung memang dah rase macam luruhla... berenti kat tepi.. cek lagi handbag.. takde...

suami tanye cari apa??

"HANDFON!!!" uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!! memang takde!!



sahih lagi terang benda tu sudah tertinggal kat PIZZA HUT RAWANG!! sebab nak ambil gambar menatang volcano tu kamu tetinggal! masa tu bawak kete cam ape je dah.. sebahagian hati memang dah menyumpah2 diri sendiri sebab careless! sebahagian lagi cuba redha kalau benda tu takkan dapat semula... ade jugak terfikir, kalau takde mane nak cari duit beli tepon baru?! sambil doa ada orang baik hati tolong simpan.. huhu

suami cuba call, ringing tapi tak berjawab

2-3 kali dia call operator minta nombor Pizza Hut Rawang dan 5-6 kali dia cuba baru dapat panggilan berjawab.....

Suami : "encik, tadi isteri saya ada tertinggal barang dekat tempat encik....."
"......................"

".............oh ada ya? tolong simpankan sekejap ya. kami dalam perjalanan nak ambil"


uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! masa tu memang lega sangat! terus bawak keta dengan kesopanan dan kesusilaaan.. hahaha

nasib baik kamu masih rezeki aku.....

tula orang kate

"KALAU DAH JODOH PASTI TAK KEMANA"

.........eh ada kaitan ke??

walaupun kalau dah jodoh tak kemana, tetap kena berusaha kan??
"yang bulat takkan datang bergolek, yang pipih takkan datang melayang"

syukur...syukur....syukurrrrr..... kita masih ada jodoh, kamu masih akan bersamaku dan berkhidmat untukku...

9 comments:

eus said...

alololooo... cian! en.suami nk suprise.. tp dh x leh nk suprise2 dh huhu... tp nmpak cm sdap la 'gambo' tu.. hehe...

btw, hepi belated besday!!!!!

DrSinga said...

ada hadiah tak untuk penyelamat cik nokia itu..??

Lady of Leisure said...

ya Allah mujur dapat balik henpon kan, normally kalau hilang henpon ni susah skit nak dapat balik.. alhamdulillah.. :)

~mrs azmi~ said...

@eus: tq kak... hahaha tula dia bahananya dapat isteri kepala angin

@DrSinga: nak kasi duit kat budak tu tapi dia taknak...

@Lady: tula syukur sangat.. mujur jugak kot makan kat pizza hut yang bukan semua masuk... cuba kalau kat kedai mamak?? wassalam la jawabnye

maza said...

aduhaiii... tersentap2 kaki ini melihatkan aiskrim tu lah.. huhuhu

mau mencari satu yg itu jugalah..

~mrs azmi~ said...

@maza: pergi saje ke pizza hut order "CHOCOLATE VOLCANO" satu!!

hafizmd said...

waa..garang juga yer :D

kalau dah jodoh, memang tak kemana..setuju tuh...kena usaha jugak...kalau tak..melepaslah...hehe

belum pernah lagi pesan volcano merapi tu...sedap tuh..

ni, kalau wife tgk, mesti terus mengidam...:D

yonna said...

fuhh nasib baik jumpa balik kan kak!! haih mmg rezeki akak :D

btw, dah ramai sangat orang komplen service pizza ni memang teruk! haihh

~mrs azmi~ said...

@hafizmd: ai tak garangla.... cume angin tak kena.. 'ter'lepas jek.. haha

moga2 ur wife 'ter'nampak jadi dia akan mengidam nak makan! muahahaha

@yonna: tula pasal.. dahle baruuu lagi tepon tu. dah siap pk ape nak buat kalau tak dapat balik.. huuhuu

pasal service ni memang sejak dulu, cumenye sebab jarang2 ke sana jadi tak berapa nak sakit hati

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

::peringatan buat pengunjung::

"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan

puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"