Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Wednesday, November 17, 2010

Pertama kali...

beraya berdua sahaja... tanpa keluarga baik, dari sebelah saya mahupun sebelah suami.... secara automatik saya perlu menyediakan sendiri juadah hari raya yang selama ni saya cuma menjadi pembantu emak... pembantu dalam erti kata "potong2 bawang dan tukang kacau sikit2"

tapi aidiladha kali ni perlu sediakan sendiri semua!

dan yang jadi lebih pilu, saya langsung tak sempat nak membeli barang keperluan... gara - gara mesyuarat petang semalam tamat lewat sighsighsigh

jenuhla fikir apa yang boleh saya masak dengan berbekalkan beberapa ketul ayam dan sepotong daging yang memang sediada dalam peti sejuk. kalaulah saya seorang yang pandai masak mungkin tiada masalah.. kalaulah!!

lepas maghrib semalam saja menuju ke pasar raya di bukit beruntung dengan harapan adala daun kunyit ke, santan ke, apa2lah barang basah yang berkenaan tapi sampai je di pintu masuk bulat mata tengok ramai sangat orang! semua kerumun bahagian sayur dan barang basah. nampak sangat mereka juga seperti saya, mencari keperluan saat akhir...

pulang tangan kosong! sedihsedihgigilgigilnangihnangih apa mau masak????

pagi raya baru nak iron baju melayu suami, baru nak mula masak pukul 7 lebih.. haha orang lain sume dah siap masak waktu tu....

puas bersilat didapur berperang dengan pisau sudip dan kuali siapla jugak masak walaupun cuma siap lepas suami balik solat sunat aidiladha.

Juadah pagi raya kami Nasi Beriyani Ayam, daging masak kicap + nasi impit. cukupla untuk kami.

Selamat menyambut aidiladha semua

5 comments:

maza said...

hari raya aidil adha biasanya kami sambut di rumah sendiri sahaja di KL tanpa pulang ke kampung sesiapa pun.. lebih kurang 8 tahun kami sedemikian rupa...

hari raya aidiladha memang maza peruntukkan bersama keluarga kecil kami sendiri.. lagi pun cuti sehari, jadinya tak akan menguris hati sesiapa termasuk mak sendiri atau mentua.. hehehe..

jadinya semuaanya dah lali..
anak2 pun beraya di atas meja makan sendiri jer.. hahaha

~mrs azmi~ said...

kami baru2 nak belajola ni en maza.. hehe

beraya dirumah sendiri.. tak rasa ape..

zino said...

selamat hari raya aidil adha....

en_me said...

salam aidiladha wat akak mrsazmi ittewww dr me yg jauh dimata.. chewahh

~mrs azmi~ said...

@zino & en me: terima kasih.. selamat hari raya juga.. ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

::peringatan buat pengunjung::

"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan

puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"