Tuesday, April 9, 2013

No More Lunch Partner

Sedari awal mula kerja tahun 2006 dulu...

saya memang takde lunch partner, sebab waktu tu saya sorang je melayu kat situ.... selalu makan sorang kat kedai mamak pastu lepak kat surau petronas sampai habis lunch hour...

8 bulan kemudian tukar ke company baru

kali ni ramai boleh teman makan, plus kedai makan kat bawah ofis sajok.. restoran Azira, Sek 10 shah alam. sapa tau?! situla port hari - hari

lepas tu pindah ofis ke Kota Damansara
geng ngan boss.. maklumle lady boss yang super sporting... company memang sume melayu.. so geng makan memang ramai..begitulah seterusnya sehingga 5 tahun kemudian


terpaksa meninggalkan company kesayangan demi kelangsungan hidup yang seterusnya.. sampaila saya ke company sekarang... adala juga lunch partner sorang... tapi selalu kene lunch sorang juga sebab partner saya tu spesis super bizi.. kadang saya dah habis makan baru dia sampai.....

bila dah hujung2 duduk kat eco park baru dapat geng yang lagi ramai.....
seronok... 


tapi....


bila dah kena pindah cyberjaya... mulala balik lunch tanpa partner... sobsobsob

2-3 minggu after pindah cyberjaya baru mula baik dengan budak sales dept. 
so diala kawan saya makan lunch hari - hari. buat beberapa bulan ni

alih2 harini dia hantar 24 hours notis berenti keja!


adoih! 


pencarian saya untuk lunch partner bermula lagi.... T____T



kenapa tak ajak orang lain? kat sini kami 2 ketul je perempuan melayu yang selalu ada kat ofis. yang lain semua cina. dorang selalu g chinese restaurant yang serve bak kut teh. takkan nak join sekali kanns?

7 comments:

MamaBetty said...

Aiyo...siannya...

gadisBunga™ said...

sebenarnya lunch sorang sorang ni tak lah best sangat kan?

~mrs azmi~ said...

@Mama Betty: huwaaaaa!!!!

@Gadis Bunga: kadang bila makan sorang rasa orang dok perati kita! tu yang rasa tak best tuuuu

julietchun said...

masa kecik dulu saya ingat bak kut teh adalah teh tradisional org cina :D

~mrs azmi~ said...

@Julietchun: sebab ada 'teh' kat belakang tu eh? kita pun tau amende bak kut teh ni bila dah masuk U! ahaha

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

selalu gak makan sorang dan pilih kedai yang tak ramai org dan tuan kedai tuh perempuan janda hehehe.. takde sapa kacau..

saifudin abu izzudin said...

nice day :)
Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan,
pergilah ke tempat-tempat kamu inginkan,
Jadilah seperti yang kamu inginkan,
karena kamu hanya memiliki satu kehidupan
dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal
yang ingin kamu lakukan

http://www.nolimitadventure.com/

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

::peringatan buat pengunjung::

"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan

puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"