Thursday, February 7, 2013

DIY Freak: tshirt Folding tools

lipat kain yang menimbun adalah kerja yang laaaaaast sekali yang akan sy buat kat rumah dan selalunya saiz lipatan takkan sama.. lagi2 kalau tshirt yang dah lama, dah herot2, memang asal berlipat jela........pastu bila stack dalam almari mulala nak mengamuk sebab senget benget macam nak tumbang. Berangan nak belajar lipat baju macam kat shopping complex  tapinya tinggal harapanle...... memang idakle saya nak habiskan masa belek baju selai2 nak ukur kasi sama besar lipatan

sampaila saya jumpa offer kat groupon

v

v

humangaih!! mende plestik camtu pun sampai 28 hengget sekeping? (ada juga web yang jual dekat rm40 sekeping!!)  bukan dia  automatik amik,lipat dari dalam bakul keluar-keluar terus siap boleh simpan. tetap kita jugak nak kene hadap selai2 baju tuuuu... tak berbaloi langsung! 

dasar chapskate kan?! doploh lapanhengget pun sangat kira....tapi kalau kita ada option lain yang lagi murah apa salahnya kan? yang penting matlamat tercapai ^_^

mula carik jalan cemana nak benda alah tu.....

try carik kat you tube.. mmg ada! lepas tu laju2 fikir nak berDIY

Saya suka sangat buat projek DIY.. dalam folder DIY dalam laptop ni ada list of projek yang kunun nak dibuat tapinya virus M kuat sangat... memang 'sekali waktu bulan biru' (baca: once in a blue moon) baru projek - projek tu dapat laksana dan disiapkan. ada juga projek yang terbengkalai tak tau bila nak dapat mood nak teruskan.. 

Disebabkan perangai suka meng'DIY' nih, saya susah nak buang barang. kalau masuk gomen memang faillah bab 5S sebab susah nak betul2 'sisih' sebab rasa semua boleh guna balik T__T

meh tgk cara DIY foldable tshirt machine tu... errr.. boleh kira sebagai machine ke? tools la kot kan

v

v





senangkan?! tak payah beli foam board macam dalam video tu pun takpe... foam board mahal kat sini.. pakai je kotak2 yang dah tak guna. saya pakai mounting board.. harta karun zaman belajar dulu guna tu je 2 keping. modal beli cloth tape tu je sebab kat umah dah habis. adala dalam rm4 tu pun ada balance lagi boleh guna untuk benda lain. kan ke dah jimat banyak kat situ?!


ni yang saya buat sendiri... takla lawo mana pun... janji boleh pakai! hehe

fungsi dia sama je dengan  yang harga 28 ringgit tu. 

last week angin rajin datang terus buat benda ni. malam tu jugak punggah almari nak lipat balik semua tshirt suami bagi sama saiz! semangat tak semangatla... hihihi... bila dah siap seronok je tgk baju tu tersusun cantik macam kat shopping mall ^_^ gigih lipat baju sampai kul 2 pagi!



masuk 5 tahun kawin baru nak dapat cam gini cantik lipat baju... kalau tak asal berlipat jelaaaaa

siap warning suami awal2 ambil baju elok2 sebab dah penat lipat! 

dasar bini kejam

14 comments:

Dr Singa said...

* tutup muka *
saya beli yang 28 hinggit tu..

guna kejap je..
tak terpikir pun boleh buat sebdiri!!

❤Kamsiah❤ said...

yg penting,ada minat dan kesungguhan..
salam kenal dari akak..follow sini

Aidah said...

Gigih dik. Syabas dapat buat sendiri. Save jugak kan. Akak punya mesin lipat baju, tangan 2 ni je lah. Mak akak kan, kalau lipat baju depan dia, siaplah. Dia perhati kita macam supervisor tau.

MamaBetty said...

fuiyooo...i loike!!

Daddy Ziyyad said...

ada mesin nama BIBIK boleh lipat sendiri baju tu..bahahahaa

julietchun said...

saya sangat suka lipat baju walau tak cantik jadi saya tak perlukan benda2 tu :D

~mrs azmi~ said...

@Dr Singa: takpe.. klu sume org buat sendiri rugi orng yang jual menealah tu ^__^

@Kamsiah: tq sebab singgah ya. jalan segan datang lagi

@Aidah: klu depan mak memang! serba tak kena nak buat keje umah sebab standard dia tinggi sangat!

@Mama Betty: silalah buat juga ya ^_^

@Daddy Ziyyad: malangnya BIBIK Korea saya cuma tolong basuh je... lain2 sila buat sendiri.. ahaha

@Julietchun: tabikla orang yang suka lipat baju nih..

http://wonderfurrworld.blogspot.com/ said...

HAHAHA

saya kat umh pun lipat asal boleh jer...pastu bila dah lipat, asik ngamuk bila baju lipat tinggi2, pastu tumbang sebab x belen..geram tauu.,.!! pastu siap warning2 hubby + tampal note supaya ambik elok2 & pastikan tersusun balik.. hahahh!!

berangan nak lipat baju kemas2 mcm tu..huhuhu

Suara Kalbu said...

Waaaaaaaaaaaaaaaaaa..manyak syok ini macam. Tolong buat satu untuk ibu bleh ? muahahhaah

irul said...

wah.. sangat kreatif. kalau saya berjaya buatkan utk isteri mesti dia senyum lebar. heheh

ckLah @xiiinam said...

Kat asrama dulu warden ajar sukat dengan lipatan kain batik....

P/s: nice to see you...walau tak sembang apa sangat. Yalah, di tempat kematian. Takziah untuk seisi keluarga.

~mrs azmi~ said...

@http://wonderfurrworld.blogspot.com/: lipat nak cepat siap pastu berangan lipatan tu cantik mcm kat soping complex.. pastu mengamuk sendiri.. ahaha

@Suara Kalbu: nanti mama suruh si demok coki buatkan ya!

@irul: sila2.. dah alang2 buatkan tu kalau terus tolong lipatkan baju mesti isteri lagi sayang! ^_^

@cklah: nice to meet u too! terharu cklah kenal kita... insyaAllah lain kali ada rezeki kita ketemu ya.

Sharz said...

wah!! menarik sangat2!!! kite nak try buat jugak la!! :D

fiezabaiduri said...

kreatif. nak try buat jugak lah.hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

::peringatan buat pengunjung::

"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan

puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"