setahun dah bekerja di cyberjaya, setahun sudah saya berulang alik setiap hujung minggu... setakat ni, masih belum nampak jalan untuk tamatkan siri PJJ kami. Ah, alah bisa tegal biasa! memag berat, memang penat, memang perit, tapi dengan keadaan ekonomi golongan marhaen yang semakin menghimpit sekarang... telan sahaja semua itu. moga ada jalan terbaik utk kami di kemudian hari
2013 tahun yang bercampur baur, ada manisnya, ada juga pahitnya... tapi yang pahit dijadikan teladan untuk masa akan datang. Alhamdulillah 2013 banyak urusan saya dipermudahkanNya. Wishlist hampir semua dapat digapai walau ada perkara yang terpaksa dilepaskan.
syukur.. syukur... syukur....
tahun yang akan datang nampaknya semakin mencabar dengan kenaikan pelbagai jenis kos. memang terasa lebih - lebih lagi pasal tol! memang boleh capai rm300 sebulan!!
ah pasal permasalahan negara ni makin difikir makin kusut...
keluh kesah golongan marhaen hanya dipandang sepi, agaknya tak tercuit langsung dalam hati 'mereka' dengan kesempitan kita. walau perit pun, hidup mesti diteruskan.... nak mengadu ke pemimpin negara masakan mereka ambil pusing, mengadulah pada yang Esa... moga dilapangkan dada, dipermudahkan segala urusan, dilimpahkan rahmat dan sentiasa dibawah lindunganNya.
SELAMAT TAHUN BARU 2014!!
2 comments:
Lama tak nampak awak! Happy New Year!!! hehe..
Selamat Tahun Baru.
Kata orang tahun ni tahun penuh cabaran :D
Post a Comment