Friday, March 1, 2013

Bila duit RM 150 tak dapat dikesan

Semalam hari gajji.. yeay banyak duit dalam akaun! tapinye duit tu cam lalu je tiap2 bulan...  sejam lepas kehadiran amaun tu dalam akaun, tinggal seciput je! bayar sana sini semuanya melalui page bank rimau tu je.. tak gerak kemana2..... kecuali touch n go kene g topup sendiri.

bila dah buat banyak transaction tak perasanla pasal baki tu..... sebelum balik umah, siap singgah topup touch n go kat atm bank rimau. senang nak gerak kemana2.. takla pening pasal duit tol... dan perjalanan lagi cepat walaupun kalau kat tol shah alam tu lane smart tag lagi lembab dari lane ticket

opss lari topic sudah! ampun!

bila dah balik umah.... dah golek-golek atas katil sambil layan u-tube tetiba terperasan + teringat... eh?! kenapa macam amaun baki dalam akaun macam sikit gila? waktu tu baru kelam kabut cari balik bank slip time topup TnG n keluarkan duit tadi. Sungguh, amount tu ada short 150! aiseh.... mulala kelam kabut bukak balik budget planner takut mmg tersalah kira.. pat lima kali tekan amoun tu tetap sama dan betul sejak dari mula. hati memang dah tak senang... dok track balik mana pegi 150 tu... bukak M2U thru phone tak reti nak carik kat mana transaction history.... laptop tak bawak balik.. semua slip online banking dalam tu.. mmg cuak... dok pk mana pegi 150 tu... 

pada awak - awak yang gaji banyak mungkin 150 tu tak banyak....tapi pada saya yang gaji yang cuma atas sikit dari paras kemiskinan bandar ni, 150 banyak! tu bajet nak beli makan anak2 kat umah tu, pasir, duit makan lunch sy.... T____T 

sampai tak boleh tido.... nak bagi tido saya pujuk hati, mungkin saya ada terlebih bayar kat mana2 dan tak perasan... pasrahhhhhh... reshuffle balik budget. yang penting ada budget utk makanan anak2

pagi ni masuk office terus selongkar balik semua slip online banking. semua betul! takda yang terlebih bayar... adoih memang misteri! last step sebelum saya g serang bank nak cari mana duit 150 saya tu jom check account transaction thru page bank rimau....

Dengan penuh debaran...... check satu - satu  tetiba nampak 1 debit transaction RM160 + RM1.... ooooooohhhhhhhhh... nila culprit yang buat orang risau tak tentu hala ni.... isk....

Rupanya insurance dah buat potongan. so that the balance yang ada dalam akaun adalah balance bersih ^_^ . sebelum ni dari baki akaun tu saya tolak lagi dengan insurance yang akan debit dari akaun. tu yang baki lagi sikit, sebabnya selalu insurance debit selepas 5hb... tu yang langsung tak terfikir dorang dah tolak duit tu.

nasib baik tak g serang bank rimau tu... kalau tak malu sendiri je...pasal 150 pun nak kepoh... lainla macam Lisa Surihani yang hilang 50K tu kanns?



8 comments:

MamaBetty said...

weiii...150 pon dia apa...kan..wajibla panik! hahha

MamaBetty said...

dia pulak..typo..duittt

Daddy Ziyyad said...

hahahaha...mmg kena aware pasal auto debit / standing instructions tu...

gadisBunga™ said...

aishhh...even 5 inggit pun kene kepoh kalau bank yang silap tau!!!

tapi takpe, this time bukan salah sesapa. heheh~

http://wonderfurrworld.blogspot.com/ said...

RM150 tu banyakkk tu..bleh wat stok pasir anak bulus utk 4 bulan wooo.. heheheh

ckLah @xiiinam said...

Semoga jumpa suatu masa nanti. Harap-harap adalah tu terselit di mana-mana...


ckLah pulang hilang kad touch n Go...baru isi RM100. Tercicir di Aeon agaknya sebab warna kad hampir sama, hari tu terkeluar ke dua-duanya masa nak bayar di Aeon.

~mrs azmi~ said...

@MamaBetty: tula sampai nak meroyan carik tuuu

@Daddy Ziyyad: ehehe.. malu sendiri... nasib baik tak g kepoh ke bank

@Gadis Bunga: Sejak kes Lisa Surihani tu, jadi paranoid dengan bank rimau.. hahaha

@wonderfurrworld: tula! boleh pitam kalau pasir dorang habis...

@ckLah: Mujur dah tau kemana peginya duit tu... kalau tak memang kene kepoh ke bank jugak nak tau kemana peginya. huih kalau TnG dah isi 100 jauhh boleh pegi tu!

saifudin abu izzudin said...

nice day :)
Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan,
pergilah ke tempat-tempat kamu inginkan,
Jadilah seperti yang kamu inginkan,
karena kamu hanya memiliki satu kehidupan
dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal
yang ingin kamu lakukan

http://www.nolimitadventure.com/

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

::peringatan buat pengunjung::

"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan

puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"