Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Friday, February 1, 2013

Lost in translation ~

Kalau benda ni jadi kenyataan macamana? sejak masuk alam pekerjaan benda ni dah jadi asam garam sebab dalam bidang pembinaan kebanyakan kontraktor bukan bangsa melayu. lagi teruk bila saya satu - satunya orang yang berbangsa melayu satu - satu dalam mesyuarat.

Selalu lost! mula - mula mmg bahasa inggeris digunakan tapi bila sorang dah mula guna bahasa ibunda habislah mmg keseluruhan discussion akan bertukar bahasa T__T walaupun dah ditegur tetap akan berulang... naik fed up!

kejadian yang buat saya mmg terasa hati, project manager call kata boss dia nak jumpa bos sy untuk discussion, tapi sebab bos tak available saya sorangla yang pegi jumpa client. From the beginning of the discussion mmg client guna bahasa ibunda dia dan terangkan semua benda pada project manager dia walaupun saya depan mata! mmg takde sepatah pun bahasa melayu / inggeris masa tu! baik dia terus je ckp kat projek manager tanpa sy perlu ada kat situ! pastu nanti tiba - tiba nakkan input saya kat tengah2 discussion walaupun sy tak tau hujung pangkal amende yang dia cerita.... haih...

kat ofis sekarang pun ada jugak lagi berlaku... keadaan macam ni seolah - olah nak bercerita benda rahsia walaupun sebenarnya benda tu benda general yang semua orang perlu tahu.


memang menggunakan bahasa ibunda adalah benda yang kita selesa. tapi dalam masa yang sama kena perhatikan keadaan. kalau waktu tu kita dalam perbincangan yang ada multi racial dan kaum lain tak faham dengan bahasa yang kita guna, kan ke lebik baik guna bahasa inggeris yang semua orang faham.. takla orang syak wasangka dengan apa yang kita cerita....





...............rasa nak ambil kelas bahasa asing.

5 comments:

Aidah said...

Akak paling tak suka dgn situasi ini. Nampak macam arrogant pulak diorang tu. Dulu masa akak form 6 selalu jadi macam ni. Sebab akak sorang budak melayu dalam kelas tu. Tapi tak semua buat camtu lah.

~mrs azmi~ said...

@Aidah: mmg sakit hati.. jam2 tu jugak rasa nak amik kelas bahasa tu...T_T

gadisBunga™ said...

saya rasa kite kene belajar bahasa diorang tak cakap pun takpe. asalkan faham.

bagus kan dapat menyampuk masa diorang tengah bercakap bahasa diorng dah buat diorang terdiam.

~mrs azmi~ said...

@GB: tula.. tengah berkobar2 nak amik kelas bahasa nih..

quashiegahm said...

Betway Casino - 2021 Mobile App Review & Download
It was built to offer 원주 출장샵 online 강원도 출장마사지 casino players a 광주광역 출장샵 range of quality and top quality games, including online slots, video poker, bingo, and 용인 출장샵 bingo. Rating: 4.7 · 평택 출장샵 ‎Review by Matt Amato

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

::peringatan buat pengunjung::

"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan

puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"