Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Thursday, October 1, 2009

PENAT~

pagi ni seperti biasa menjenguk sebentar ke dalam forum kegemaran saye ~ Ratuhati tertarik dengan topik ni. ada baiknya saya berkongsi dengan semua ya! maklumla bila kita dah berkeluarga ni terlalu banyak perkara yang perlu diselesaikan. keje umah~opis~anak2~suami~dsb. dek kerana terlalu penat selalu tak perasan yang kite merungut.

jomlah kite bace kisah ni ye!

......................................


Gembira hatinya, gembiralah Rasulullah s. a. w. Tertitis air matanya, berdukalah baginda. Dialah satu-satunya puteri yang paling dikasihi oleh junjungan Rasul selepas kewafatan isterinya yang paling dicintai, Siti Khadijah. Itulah Siti Fatimah r. a., wanita terkemuka di dunia dan penghuni syurga di akhirat.

Bersuamikan Sayyidina Ali bukanlah satu kebanggaan yang menjanjikan kekayaan harta. Ini adalah kerana Sayyidina Ali yang merupakan salah seorang daripada empat sahabat yang sangat rapat dengan Rasulullah s. a. w., merupakan kalangan sahabat yang sangat miskin berbanding dengan yang lain.Namun jauh di sanubari Rasulullah s. a. w. tersimpan perasaan kasih dan sayang yang sangat mendalam terhadapnya. Rasulullah s. a. w. pernah bersabda kepada Sayyidina Ali,"Fatimah lebih kucintai daripada engkau, namun dalam pandanganku engkau lebih mulia daripada dia."(Riwayat Abu Hurairah)

Wanita pilihan untuk lelaki pilihan. Fatimah mewarisi akhlak ibunya Siti Khadijah. Tidak pernah membebani dan menyakiti suami dengan kata- kata atau sikap. Sentiasa senyum menyambut kepulangan suami hingga hilang separuh masalah suaminya.
Dengan mas kahwin hanya 400 dirham hasil jualan baju perang kepada Sayyidina Usman Ibnu Affan itulah dia memulakan penghidupan dengan wanita yang sangat dimuliakan Allah di dunia dan di Akhirat.Bukan Sayyidina Ali tidak mahu menyediakan seorang pembantu untuk isterinya tetapi sememangnya beliau tidak mampu berbuat demikian. Meskipun beliau cukup tahu isterinya saban hari bertungkus-lumus menguruskan anak-anak, memasak, membasuh dan menggiling tepung, dan yang lebih memenatkan lagi bila terpaksa mengandar air berbatu-batu jauhnya sehingga kelihatan tanda di bahu kiri dan kanannya.

Suami mana yang tidak sayangkan isteri. Ada ketikanya bila Sayyidina Ali berada di rumah, beliau akan turut sama menyinsing lengan membantu Siti Fatimah menggiling tepung di dapur. "Terima kasih suamiku," bisik Fatimah pada suaminya. Usaha sekecil itu, di celah-celah kesibukan sudah cukup berkesan dalam membelai perasaan seorang isteri.

Suatu hari, Rasulullah s. a. w. masuk ke rumah anaknya. Didapati puterinya yang berpakaian kasar itu sedang mengisar biji-biji gandum dalam linangan air mata. Fatimah segera mengesat air matanya tatkala menyedari kehadiran ayahanda kesayangannya itu. Lalu ditanya oleh baginda, "Wahai buah hatiku, apakah yang engkau tangiskan itu? Semoga Allah menggembirakanmu."
Dalam nada sayu Fatimah berkata, "Wahai ayahanda, sesungguhnya anakmu ini terlalu penat kerana terpaksa mengisar gandum dan menguruskan segala urusan rumah seorang diri. Wahai ayahanda, kiranya tidak keberatan bolehkah ayahanda meminta suamiku menyediakan seorang pembantu untukku?" Baginda tersenyum seraya bangun mendapatkan kisaran tepung itu.

Dengan lafaz Bismillah, Baginda meletakkan segenggam gandum ke dalam kisaran itu. Dengan izin Allah, maka berpusinglah kisaran itu dengan sendirinya. Hati Fatimah sangat terhibur dan merasa sangat gembira dengan hadiah istimewa dari ayahandanya itu. Habis semua gandumnya dikisar dan batu kisar itu tidak akan berhenti selagi tidak ada arahan untuk berhenti, sehinggalah Rasulullah s. a. w. menghentikannya.

Berkata Rasulullah s. a. w. dengan kata-kata yang masyhur, "Wahai Fatimah, Gunung Uhud pernah ditawarkan kepadaku untuk menjadi emas, namun ayahanda memilih untuk keluarga kita kesenangan di akhirat." Jelas, Baginda Rasul mahu mendidik puterinya bahawa kesusahan bukanlah penghalang untuk menjadi solehah.

Ayahanda yang penyayang terus merenung puterinya dengan pandangan kasih sayang, "Puteriku, mahukah engkau kuajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kau pinta itu?" "Tentu sekali ya Rasulullah," jawab Siti Fatimah kegirangan. Rasulullah s. a. w. bersabda, "Jibril telah mengajarku beberapa kalimah. Setiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca 'Subhanallah' sepuluh kali, Alhamdulillah' sepuluh kali dan 'Allahu Akbar' sepuluh kali. Kemudian ketika hendak tidur baca 'Subhanallah', 'Alhamdulillah' dan 'Allahu Akbar' ini sebanyak tiga puluh tiga kali."

Ternyata amalan itu telah memberi kesan kepada Siti Fatimah. Semua kerja rumah dapat dilaksanakan dengan mudah dan sempurna meskipun tanpa pembantu rumah. Itulah hadiah istimewa dari Allah buat hamba-hamba yang hatinya sentiasa mengingatiNya

sumber : ratuhati.com

9 comments:

Kujie said...

ooo apa saja yg kit buat walau sebesar biji sawi pun, kalau redha dan ikhlas, insyaallah ada ganjarannya di akhirat

HEMY said...

wahhh....ada petua rupanya kan..kita je tak reti2 nk amalkan

Sifu Mirza said...

salam aidilfitri mrs azmi & family..

kisah yg sangat bagus dari insan-insan yang hebat buat menjadi contoh & ikutan ummat..

:-)

~mrs azmi~ said...

@kujie: ape yang penting?! ikhlas.....

@HEMY:tula pasalnye.. kite ni kunun dah moden tak perasan zikir tu sebenarnye mampu jadi penyembuh

@sifu mirza: salam aidilfitri juga untuk sifu sekeluarga. betapa sempurnanya insan agung itu.. segalanya boleh dijadikan contoh & ikutan

Tie said...

Laaa.... kak tie ingat dah komen tadi.. he he.. dah nyanyuk pulak mokcik nih!

Kak tie pernah baca kisah ni ... Betul tu, kak tie selalu amalkan. Badan terasa ringan dan cergas.

en_me said...

penat kannns.. siannyerrr

~mrs azmi~ said...

@kaktie: hmm... saye ni baru terantuk time bace kisah ni. selalu terlupa kelebihan zikir.. huhu

@en_me: hehe... penat tu biasalah kanns!

zino said...

bila penat sangat balik je terus nak cari bantal hehe.... hehe

~mrs azmi~ said...

@zino: bile perut dah overload ngan kuih raye. balik tak lalu nk tgk makanan dah. so.... tido jela!! wakaka

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

::peringatan buat pengunjung::

"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan

puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"