Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker
Showing posts with label obat utk ari ini. Show all posts
Showing posts with label obat utk ari ini. Show all posts

Tuesday, May 25, 2010

surat memohon cuti

(sila klik imej untuk paparan lebih jelas ye)

boleh sakit jantung kalau dapat anak murid macam niiiii.....
haih..

Thursday, February 4, 2010

berehat sebentar...

mimpi

"setiap malam aku bemimpi berjalan ke sana sini....penat tau aku dibuatnya" keluh seorang pemuda kepada rakannya..."Abis,apa yang nak kau buat?" tanya si rakannya
itu..."Mulai malam nie aku nak bawa basikal naik atas katil..."


tak romantik langsung

Pada suatu pagi,bertanya si isteri pada si suami
Isteri : abang tengok jiran kita yang baru pindah tu?
Suami : kenapa?
isteri : Tiap pagi sebelum pergi kerja, suami dia akan cium isterinya.Bila pulang kerja,dia akan berikanisterinya sekuntum bunga mawar. Loving betullah mereka.Kenapa abang tak buat macam tu?
Suami : nak mampus...mana abang kenal isteri dia?

laut mati

Satu hari ada la 3 sahabat sekolah datang berborak di satu kedai kopi.
A : bapak aku teror tau.. korang tau tak gunung everest tu dia pernah daki tau!
B : bapak aku lagi hebat, dia pernah berenang dr semenanjung m'sia ke s'pura.
C : bapak korang tak hebat la. bapak aku lagi hebat. korang tau tak laut mati? dia yang bunuh...


bila perempuan cantik jatuh

seorang wanita cantik dan seksi terjatuh dari tingkat 80 sebuah bangunan. Sampai di tingkat 70,seorang lelaki inggeris berjaya menyambutnya.

Wanita : terima kasih anda telah menolong saya...
Lelaki inggeris : sama2, tapi anda harus membalas budi
Wanita : bagaimana?
lelaki inggeris : tidur dengan ku...
Wanita : tak guna, kau ingat aku pelacur?Takmahu!
Lelaki inggeris : baiklah!

Lelaki inggeris itu melepaskan semula wanita itu. Di tingkat 50, seorang lelaki perancis berjaya menyambut wanita itu.

Wanita : terima-kasih, anda telah menolong saya...
Lelaki perancis : sama2, tapi anda harus membalas budi
Wanita : bagaimana?
Lelaki perancis : tidur denganku...
Wanita : tak guna, tak mahu...
Lelaki perancis : kalau begitu tak guna akuselamatkan kamu


Lelaki perancis itu melepaskan semula wanita itu. Dari tingkat 50,40 dan 30,tidak ada sesiapa yang dapat menangkap wanita itu. Wanita itu mula ketakutan dan berharap,jika ada orang yang menyelamatkannya,dia tidak lagi kisah jika terpaksa tidur dengan orang tersebut.

Akhirnya ditingkat 20, seorang arab berjaya menyambut wanita itu.belum sempat lelaki arabitu bersuara,wanita itu terlebih dahulu berkata-kata...

Wanita : terima-kasih anda telah menolong saya. Sebagai membalas jasa,saya akan tidur dengan anda
Lelaki arab : Astaghfirullah....(lalumelepaskan semula wanita itu)

Tuesday, November 17, 2009

Suami Isteri Pemalas

Akob begitu asyik menonton perlawanan bolasepak di depan kaca tv, tiba-tiba isterinya menganggu konsentrasinya.

"Bang, lampu di hadapan rumah dah terbakar. Tolong ganti yang baru ye"
"Pasang lampu?Kamu ingat saya ni TNB ke?", jawab Akob.
"Kalau abang x mau tukar lampu, abg tlg betulkan paip air sebab airnya dah x boleh keluar", minta isteri Akob lagi.
"Betulkan paip?Kamu ingat saya ni Jabatan Bekalan Air ke?siul", jawab Akob mengelak.
"Kalau semuanya abg x mau buat x apalah, tapi kalau abg ke kedai nanti jgn lupa tlg belikan saya gas memasak sebab kita dah kehabisan gas", kata isteri AKob. sigh
"Minta maaf bebanyak, saya x kerja kat Petronas". jawab Akob dgn sinis.setan

adusKerana merasa terganggu Akob terus keluar ke rumah kawannya utk menyambung menonton perlawanan bolasepak. Kira2 jam 2 pagi kemudian Akob pulang ke rumah. Akob menjadi hairan apabila mendapati lampu di halaman terang benderang. Akob terus ke bilik air. Dia sekali lagi terkejut apabila mendapati paip air tiada masalah lagi. Apabila dia ke dapur Akob mendapati tong gas juga sudah berganti yang penuh.

Pada keesokan paginya Akob bertanya kepada isterinya.

"Awak minta tlg pada siapa?"


"Begini bang..setelah abg keluar dr rumah semalam, saya menangis di halaman rumah. Tiba2 ada seorang lelaki yg sedang melintas di depan rumah kita, bertanya kenapa saya menangis. S
aya ceritakan segala-galanya kepada dia. Dgn rela hati dia sedia menolong saya tetapi dgn bersyarat".

"Apa syaratnya?", tanya Akob ingin tahu.

"Syaratnya saya perlu pilih sama ada buatkan dia roti atau tidur dengannya".

"Jadi awak buat roti apa utk dia?", tanya Akob.
"Buat roti???!!!
Awak fikir saya ni Kedai Roti ke???" takbole

gelakgulinggelakgulinggelakgulinggelakgulingwomen

Thursday, October 1, 2009

PENAT~

pagi ni seperti biasa menjenguk sebentar ke dalam forum kegemaran saye ~ Ratuhati tertarik dengan topik ni. ada baiknya saya berkongsi dengan semua ya! maklumla bila kita dah berkeluarga ni terlalu banyak perkara yang perlu diselesaikan. keje umah~opis~anak2~suami~dsb. dek kerana terlalu penat selalu tak perasan yang kite merungut.

jomlah kite bace kisah ni ye!

......................................


Gembira hatinya, gembiralah Rasulullah s. a. w. Tertitis air matanya, berdukalah baginda. Dialah satu-satunya puteri yang paling dikasihi oleh junjungan Rasul selepas kewafatan isterinya yang paling dicintai, Siti Khadijah. Itulah Siti Fatimah r. a., wanita terkemuka di dunia dan penghuni syurga di akhirat.

Bersuamikan Sayyidina Ali bukanlah satu kebanggaan yang menjanjikan kekayaan harta. Ini adalah kerana Sayyidina Ali yang merupakan salah seorang daripada empat sahabat yang sangat rapat dengan Rasulullah s. a. w., merupakan kalangan sahabat yang sangat miskin berbanding dengan yang lain.Namun jauh di sanubari Rasulullah s. a. w. tersimpan perasaan kasih dan sayang yang sangat mendalam terhadapnya. Rasulullah s. a. w. pernah bersabda kepada Sayyidina Ali,"Fatimah lebih kucintai daripada engkau, namun dalam pandanganku engkau lebih mulia daripada dia."(Riwayat Abu Hurairah)

Wanita pilihan untuk lelaki pilihan. Fatimah mewarisi akhlak ibunya Siti Khadijah. Tidak pernah membebani dan menyakiti suami dengan kata- kata atau sikap. Sentiasa senyum menyambut kepulangan suami hingga hilang separuh masalah suaminya.
Dengan mas kahwin hanya 400 dirham hasil jualan baju perang kepada Sayyidina Usman Ibnu Affan itulah dia memulakan penghidupan dengan wanita yang sangat dimuliakan Allah di dunia dan di Akhirat.Bukan Sayyidina Ali tidak mahu menyediakan seorang pembantu untuk isterinya tetapi sememangnya beliau tidak mampu berbuat demikian. Meskipun beliau cukup tahu isterinya saban hari bertungkus-lumus menguruskan anak-anak, memasak, membasuh dan menggiling tepung, dan yang lebih memenatkan lagi bila terpaksa mengandar air berbatu-batu jauhnya sehingga kelihatan tanda di bahu kiri dan kanannya.

Suami mana yang tidak sayangkan isteri. Ada ketikanya bila Sayyidina Ali berada di rumah, beliau akan turut sama menyinsing lengan membantu Siti Fatimah menggiling tepung di dapur. "Terima kasih suamiku," bisik Fatimah pada suaminya. Usaha sekecil itu, di celah-celah kesibukan sudah cukup berkesan dalam membelai perasaan seorang isteri.

Suatu hari, Rasulullah s. a. w. masuk ke rumah anaknya. Didapati puterinya yang berpakaian kasar itu sedang mengisar biji-biji gandum dalam linangan air mata. Fatimah segera mengesat air matanya tatkala menyedari kehadiran ayahanda kesayangannya itu. Lalu ditanya oleh baginda, "Wahai buah hatiku, apakah yang engkau tangiskan itu? Semoga Allah menggembirakanmu."
Dalam nada sayu Fatimah berkata, "Wahai ayahanda, sesungguhnya anakmu ini terlalu penat kerana terpaksa mengisar gandum dan menguruskan segala urusan rumah seorang diri. Wahai ayahanda, kiranya tidak keberatan bolehkah ayahanda meminta suamiku menyediakan seorang pembantu untukku?" Baginda tersenyum seraya bangun mendapatkan kisaran tepung itu.

Dengan lafaz Bismillah, Baginda meletakkan segenggam gandum ke dalam kisaran itu. Dengan izin Allah, maka berpusinglah kisaran itu dengan sendirinya. Hati Fatimah sangat terhibur dan merasa sangat gembira dengan hadiah istimewa dari ayahandanya itu. Habis semua gandumnya dikisar dan batu kisar itu tidak akan berhenti selagi tidak ada arahan untuk berhenti, sehinggalah Rasulullah s. a. w. menghentikannya.

Berkata Rasulullah s. a. w. dengan kata-kata yang masyhur, "Wahai Fatimah, Gunung Uhud pernah ditawarkan kepadaku untuk menjadi emas, namun ayahanda memilih untuk keluarga kita kesenangan di akhirat." Jelas, Baginda Rasul mahu mendidik puterinya bahawa kesusahan bukanlah penghalang untuk menjadi solehah.

Ayahanda yang penyayang terus merenung puterinya dengan pandangan kasih sayang, "Puteriku, mahukah engkau kuajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kau pinta itu?" "Tentu sekali ya Rasulullah," jawab Siti Fatimah kegirangan. Rasulullah s. a. w. bersabda, "Jibril telah mengajarku beberapa kalimah. Setiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca 'Subhanallah' sepuluh kali, Alhamdulillah' sepuluh kali dan 'Allahu Akbar' sepuluh kali. Kemudian ketika hendak tidur baca 'Subhanallah', 'Alhamdulillah' dan 'Allahu Akbar' ini sebanyak tiga puluh tiga kali."

Ternyata amalan itu telah memberi kesan kepada Siti Fatimah. Semua kerja rumah dapat dilaksanakan dengan mudah dan sempurna meskipun tanpa pembantu rumah. Itulah hadiah istimewa dari Allah buat hamba-hamba yang hatinya sentiasa mengingatiNya

sumber : ratuhati.com

Wednesday, September 2, 2009

teka teki chekgu murni~

musim anak2 nak pekse dah nak mula kan? bila baca blog2 n dgr bite baru perasan next week UPSR... diikuti ngan PMR... tak lame pastu SPM... saye doakan anak2 n adik2 yang nak hadapi exam penting tu berusaha sebaiknya eh... chaiyok!!

lame giles tak apdet....

nak share ngan sume teka teki dalam cite ni... korang cubela jawab jugak ye. ^_^

................................

Seorang guru, Cikgu Murni (Umur: 22) menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya (Abu). Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut :

"Apa sebenarnya masalah awak, Abu?"

Lalu Abu menjawab, "Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama juga!".
Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat pengetua.Sementara Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada Pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan baik. Abu dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu Murni terangkan pada Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan.
Pengetua: Apa 3 x 3?
Abu: 9
Pengetua: Apa 6 x 6?
Abu: 36

Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian murid2 UPSR dan si Abu mampu menjawab tiap soalan yang diberikan. Lalu pengetua memandang Cikgu Murni dan berkata, "Saya rasa murid ini sepatutnya berada di darjah 6", Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua, "Saya ada soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?".
Pengetua dan Abu bersetuju.

Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?
Abu: (berfikir) Kaki

Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?
Abu: Saku

Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan huruf "K" akhir dengan "A", ianya berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?
Abu: Kelapa

Cikgu Murni: Apakah yang masuk keras dan berwarna "pink", bila keluar lembik dan melekit?
Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, siAbu terus menjawab.
Abu: Gula-gula getah (Bubblegum)

Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara duduk dan anjing secara tiga kaki?
Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempat hendak menahan si Abu terus menjawab.
Abu: Bersalaman

Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah saya, okay?
Abu: Baik Cikgu

Cikgu Murni: Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak.
Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni.
Abu: Khemah

Cikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dulu.

Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas Nescafe 3in1.

Abu: Cincin perkahwinan
Cikgu Murni: Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak hembuskan saya, akan berasa lega.

Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan oleh Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya.
Abu: Hidung

Cikgu Murni: Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan masuk dengan lajunya.
Abu: Anak panah

Cikgu Murni: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay?
Abu: Okay

Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and end in 'K' that means lot of heat and excitement?

Abu: Firetruck

Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and ends in 'K' & if you dont get it you have to use your hand.
Abu: Fork

Cikgu Murni: What is it that all men have one of. It's longer on some men than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife after they are married?
Abu: Surname

Cikgu Murni: What part of the man has no bones but has muscles, lots of veins and loves pumping?
Abu: Heart

Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan oleh si Abu, lantas berkata "Baik hantar murid ini ke Universiti Malaya; jawapan yang saya fikirkan semuanya salah".
...........................

Psst! jawapan korang camne pulak? klu jawapan anda semua salah, anda adalah sama spesies dengan pengetua yang mempunyai pemikiran kuning.....hehehe

Monday, August 3, 2009

mulakan dari hati~

Bila orang pandang rendah pada anda, sebenarnya itu satu ujian buat hati anda dan juga satu ujian pada sikap anda. Ada orang, bila dipandang rendah, hatinya jadi panas membara. Dia marah, terasa dirinya diperlekehkan. Maruahnya tercabar, egonya juga tercabar.

Ada orang, bila dipandang rendah, dia cool saja. Dia tak berapa ambil kisah, tetapi dia tahu orang itu siapa dan apa yang dicakapkan olehnya. Dia melupakan yang negatif, mengingat selalu pada yang positif.

Orang yang cool biasanya bersikap positif sebab dia tak suka menyemakkan fikiran dengan perasaan sakit hati, dendam, marah atau rasa tak puas hati. Seboleh mungkin dia akan mengelak sikap-sikap negatif sebegitu dari bersarang di hatinya.

Anda tergolong dalam kategori mana satu? Sama-sama kita check attitude kita dan hati kita. Orang-orang berjaya, hati mereka sentiasa bersih, sikap, perangai dan kata-kata mereka baik-baik belaka kerana mereka tahu sikap itu akan mempengaruhi tahap kejayaan mereka.

Nak cemerlang, kita kena mulakan dari dalam. Nak merubah diri, membina peribadi, kita kena mulakan dari hati. Hati kita melambangkan tahap kejayaan kita

Tuesday, July 28, 2009

si comel~

lame tak update~ tade masela... so uols layan jela gambo mereka2 di bawah ini... cuci2 mata sket spesis yang dapat mengubat hati bila dirundung duka...






















**entri tade motif.... nak bagi aktif jek~ maap ye**

Wednesday, April 29, 2009

kisah hari ini~

A man feared his wife wasn't hearing as well as she used to and he thought she might need a hearing aid. Not quite sure how to approach her, he called the family Doctor to discuss the problem. The Doctor told him there is a simple informal test the husband could perform to give the Doctor a better idea about her hearing loss.

"Here's what you do," said the Doctor, "stand about 40 feet away
from her, and in a normal conversational speaking tone, see if she hears you.
If not, go to 30 feet, then 20 feet, and so on until you get a response."

That evening, the wife is in the kitchen cooking dinner, and he was
in the den. He says to himself, "I'm about 40 feet away, let's see what happens."
Then in a normal tone he asks, "Honey, what's for dinner?"


No response.


So the husband moves to closer to the kitchen, about 30 feet from his wife
and repeats, "Honey, what's for dinner?"


Still no response.


he moves into the dining room where he is about 20 feet from his
wife and asks, "Honey, what's for dinner?"


Again he gets no response so;


He walks up to the kitchen door, about 10 feet away. "Honey, what's
for dinner?"



Again there is no response.



So he walks right up behind her. "Honey, what's for dinner?"

"James, for the FIFTH time I've said, CHICKEN!"

Moral of the story:

The problem may not be with the other one as we always think - could
be very much within us..! SO don't always blame others for the things
that you may lack.

=)

Tuesday, April 7, 2009

kisah hari ini

Kambing Hitam & Kambing Putih
Seorang gembala sedang menggembalakan biri-birinya yang berbulu hitam dan berbulu putih. Dia kemudian didatangi seorang pemuda lalu bertanya:
Pemuda : "Baguskah ternakan biri-biri engkau. Boleh tak saya tanya beberapa soalan?" Gembala : "Oh, boleh saja"
Pemuda : "Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : "Yang putih"
Gembala :"Ah, yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari" Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama."
Pemuda : "Dan berapa banyak rumput mereka makan setiap hari?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : "Yang putih."
Gembala : "Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari."
Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama."
Pemuda : "Dan berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : "Yang putih."
Gembala : "Aaa...menurut perkiraan saya, yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun kalau mereka dicukur."
Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama."
Pemuda : (Dengan perasaan geram ) "Kenapa engkau membezakan biri-biri engkau yang putih dengan yang hitam setiap kali nak jawab soalan saya, padahal jawapan semuanya sama saja" Gembala :"Mestilah saya beza-bezakan sebab biri-biri yang putih itu adalah milik saya." Pemuda : "Ooo, begitu, fahamlah saya,kalau yang hitam tu pulak siapa punya?"
Gembala : "Yang hitam pun sama, saya punya juga" Pemuda : (benggang, geleng kepala dan berlalu)



Komunikasi
Seorang Managing Director memberi arahan kepada General Manager nya...
"Besok akan ada gerhana matahari penuh pada jam sembilan pagi. Ini adalah kejadian yang tak boleh kita lihat setiap hari. Untuk menyambut dan melihat peristiwa ini, seluruh pekerja diminta untuk berkumpul di padang dengan berpakaian kemas.. Saya akan menjelaskan fenomena alam ini kepada mereka. Jika esok hujan.. dan kita tidak boleh melihatnya dengan jelas.. kita akan berkumpul di kantin saja."

Lalu General Manager itu menyampaikan arahan bos nya kepada Ketua Jabatan..

"Ini adalah arahan Managing Director.. esok pada jam sembilan pagi akan ada gerhana matahari penuh.. Jika esok hujan.. kita tidak boleh berkumpul di padang untuk melihatnya dengan berpakaian kemas.. Dengan demikian, peristiwa gerhana matahari ini akan dijelaskan oleh Managing Director di kantin sahaja. Ini adalah kejadian yang tak boleh kita lihat setiap hari."

Dan Ketua jabatan pula menyampaikan pada ketua seksyen..

"Ini adalah arahan dari Managing Director.. esok kita akan mengikuti peristiwa gerhana matahari di kantin pada jam sembilan pagi dengan berpakaian kemas.. Managing Director akan menjelaskan apakah esok akan hujan atau tidak. Ini adalah kejadian yang tak boleh kita lihat setiap hari."

Seterusnya Ketua seksyen pula menyampaikan amanat tadi kepada penyelia..

"Jika esok turun hujan di kantin.. kejadian yang tak boleh kita lihat setiap hari, Managing Director, dengan berpakaian kemas akan gerhana pada jam sembilan pagi."

Akhir sekali penyelia menyampaikan arahan tersebut kepada para pekerjanya..

"Esok pagi.. pada jam sembilan.. Managing Director akan gerhana.. Sayang sekali, kita tidak boleh melihatnya setiap hari.

Mary Sue
Mary Sue datang ke sebuah kota besar untuk pertama kalinya. Dia check-in di sebuah hotel mewah dan seorang pelayan membawakan begnya menuju ke bilik yang Mary Sue akan menginap.
Mary Sue mengikuti langkah-langkah pelayan itu dan ketika pelayan tersebut menutup pintu,
Mary Sue melihat ke sekeliling dan marah-marah kepada pelayan tersebut. "Anak muda, aku mungkin tua dan kekampungan, tapi tidak bererti aku ini bodoh! Aku membayar mahal untuk tinggal di hotel ini tapi bilik ini bukanlah bilik yang sesuai dengan bayaran itu! Bilik ini begitu kecil, tidak ada kemudahan, tidak ada televisyen, bahkan tempat tidur pun tidak ada!"
"Nyonya, ini adalah lif" jawab pelayan tu selamber


Nenek Ani
Nenek Ani dirawat di rumah sakit. Menurut doktornya, asmanya sudah semakin teruk hingga perlu dipasangkan salur oksigen. Sudah beberapa hari dia tidak bercakap dan seperti orang koma. Dikira sudah menjelang ajal, anaknya memangilkan seorang Mudhin (tukang do'a) agar di doakan. Sedang asyik Pak Mudhin berdoa, tiba-tiba muka nenek Ani bertukar warna biru seolah-olah tidak boleh bernafas.
Tangannya menggigil. Dengan menggunakan bahasa isyarat nenek Ani minta diambilkan kertas dan alat tulis. Sisa-sisa tenaga yang ada digunakan oleh nenek Ani untuk menulis sesuatu dan memberi kertas tersebut kepada Pak Mudhin.
Sambil terus berdoa Pak Mudhin langsung menyimpan kertas tersebut tanpa membacanya kerana fikirannya dia tidak sanggup membaca surat wasiat tersebut didepan Ani.
Tak lama kemudian nenek Ani meninggal dunia. Pada hari ketujuh meninggalnya nenek Ani, Pak Mudhin diundang untuk datang kerumah Ani. Selesai memimpin do'a, Pak Mudhin berbicara, "Saudara-saudara sekalian, ini ada surat wasiat dari almarhum nenek Ani yang belum sempat saya sampaikan, yang saya pasti nasehat untuk anak cucunya semua. Mari kita sama-sama membaca suratnya".
Pak Mudhin membaca surat tersebut, yang ternyata berbunyi : "Mudhin jangan berdiri di situ...! Jangan pijak saluran oksigen aku..!"


Sakit jiwa
Seorang lelaki sakit mental menganggap dirinya adalah jagung dan terlalu takut dengan ayam. Jika ternampak haiwan itu, dia akan lari lintang pukang kerana menyangka ayam akan memakannya. Akhirnya, lelaki itu dimasukkan ke rumah sakit jiwa. Setelah beberapa bulan, doktor pun melakukan ujian ke atas lelaki itu bagi mengenal pasti apakah dia telah pulih ataupun tidak.
Doktor : Adakah kamu tahu siapa diri kamu sekarang?
Lelaki : Ya doktor.
Doktor : Siapa kamu sebenarnya.
Lelaki : Saya ini manusia doktor.
Doktor : Ya ke? Bukan jagung?
Lelaki : Bukan, saya manusia doktor.
Doktor : Kamu takut dengan ayam?
Lelaki : Tidak doktor.
Doktor : Hmm..bagus. Nampaknya kamu dah sembuh.
Lelaki : Tapi doktor, saya ada satu pertanyaan.
Doktor : Apa dia? Lelaki : Ayam tahu tak yang saya ni dah berubah jadi manusia.
Doktor : "??$$??"



Kek Hari Jadi
Seorang lelaki telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji kek sempena hari jadi isterinya.
"Apa yang hendak ditulis pada kek ulang tahun ini, encik?" tanya si gadis manis yang bertugas di kaunter kepada lelaki itu.
"Mmmm, tulis saja "Sayang tidak bertambah tua" di bahagian atas, kemudian sambung dengan "Sayang cuma bertambah cantik" di bahagian bawah," kata lelaki itu.
Esoknya, lelaki itu datang mengambil kek yang ditempahnya itu dan terus membawa pulang ke rumah untuk dipersembahkan kepada isterinya yang tersayang di hadapan tetamu-tetamu yang lain.
Dan ketika kek itu dibuka di depan isteri dan tetamu undangan yang lain, lelaki itu setengah pengsan ketika membaca tulisan yang tertera di kek itu:
"SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS. SAYANG CUMA BERTAMBAH CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH."


Mamak oh Mamak
Suatu hari sedang Ali minum teh di gerai Mamak yang biasa dikunjunginya, tiba-tiba Mamak gerai tersebut bersorak gembira dan terus datang kepadanya.
Ali : Apa yang suka sangat Mamak ni?
Mamak: Saya bini juga surat India mari.
Ali: Apa dia cakap? Tentu good news....
Mamak: Dalam dia punya surat ada cakap sudah beranak. New baby! Ayo.... saya banyak suka hati la. Saya belanja awak free minum jugak!
Ali: Tahniah! Mamak. Ini kena balik India cepat ni?
Mamak: Ya la, saya sudah tiga tahun tarak balik.
Ali: ?????????????


Mat Punk
Seorang orang tua sedang duduk di kerusi di sebuah taman bunga sambil menikmati udara petang.. Tiba-tiba seorang anak muda bergaya punk duduk di sebelah si atok tersebut... Rambut anak muda itu dicat kuning dan hijau, sementara rambut-rambut yang berdiri dicat jingga dan ungu. Di sekeliling matanya diwarnakan hitam. Orang tua itu lama menatap si punk tersebut... Merasa terganggu dengan tatapan orang tua itu..
pemuda punk itu bertanya.. "Eh, pakcik.. kenapa tenung saya macam tu..? apakah dulu waktu muda pakcik tidak pernah buat kerja yang gila-gila?"
Setelah menarik nafas panjang... orang tua itu menjawab..
"Tentu saja pernah. Dulu aku pernah mabuk teruk.. dan ketika mabuk itulah aku merogol seekor burung kakaktua. jadi sekarang ini aku keliru... jangan-jangan kamu adalah anakku..


Pelatih Baru
Rosman Diterima Bekerja Sebagai Pelatih Di Sebuah Syarikat Multimedia.
Selepas Melaporkan Diri Pada Hari Pertama Dia Masuk Ke Biliknya... Terus Mendail...
"Tolong Buatkan Saya Kopi Cepat!" Katanya Menengking.
"Maaf, Awak Salah Sambungan. Awak Tahu Dengan Siapa Awak Bercakap Ni?" Kata Suara Di Hujung Talian.
"Tidak" Jawab Rosman.
"Saya Pengarah Urusan Syarikat Ini, Awak Tahu?" Balas Suara Itu.
Rosman Terkejut. Barulah Dia Sedar Dia Tersalah Dail. Hajatnya Mahu Menghubungi Kantin. "Encik Tahu Dengan Siapa Encik Bercakap Ni?" Tanya Rosman.
"Tak, Awak Siapa?" Balas Pengarah Urusan Itu.
"Kalau Tak Tahu Bagus..." Kata Rosman Terus Meletakkan Gagang Telefon.
Zaman berkembar
Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka diruang rehat sebuah hospital. Kegelisahan jelas diriak muka mereka…
Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata kepada lelaki yang pertama, “Tahniah! Isteri Tuan selamat melahirkan anak kembar dua.” “Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di menara berkembar Petronas,” kata lelaki yang pertama dengan riangnya. Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang memberitahu kepada lelaki kedua, “Isteri Tuan selamat melahirkan bayi kembar tiga. Tahniah!” “Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation, kata lelaki yang kedua. Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu kepada lelaki ketiga, “Tahniah! Isteri Tuan selamat. Tuan dikurniakan anak kembar empat” kata jururawat itu dengan tenang. “Kembar empat! Sungguh saya tak menduga kejadian ini, saya pula bekerja di Four Season Hotel,” kata lelaki ketiga dengan gembira.
Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan.
Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu.
Mereka bertanya, “Apakah yang merunsingkan awak?”
Dengan perasaan gelisah dia menjawab “Saya bekerja di Seven Eleven.”



Friday, March 13, 2009

Sufiyasmin Balqis 1 tahun!

sufi from the 1st day she was born at DEMC 13/3/08

Harini birthday buah hatiku!!
Sufiyasmin Balqis sudah 1 Tahun!!
~HAPPY BIRTHDAY TO YOU~
sangat pantas masa ni...
2 minggu sudah b'day kakak
harini b'day sufi pulak...

nanti maksu suruh paksu bg hadiah ek ^_^
moga sufi membesar jadi anak yang solehah
jadi budak bijak
dgr cakap umi & ayah...
ah! rindu bangat sama budak kecil ini!!!
~_~
tak sabar nak jupe diorg..
maksu sayang sufi!

ulang tayang gambar.. hahaha :lol:

Friday, February 27, 2009

~selamat ulang tahun sayang~

harini bday dini..
dah besar anak aku ni
rasenye baru semalam die kecik lagi
nangis melalak sampai satu tmn dgr
tapi bile org tgk saiz babynye
tak madan ngan suara!hahaha
hmm rindunye kat diorg adik beradik
lame tak main ngan sufi n dini
sori.. maksu takle selalu kesana skang
maksu dah dok jauh..
sedar tak sedar dah genap 3 tahun dini
HAPPY BIRTHDAY SAYANG!
jgn nakal2
dgr cakap umi dgn ayah
jadi budak bijak..
maksu sayang dini...mmmmuah!

Monday, February 16, 2009

xtvt bermalas-malasan di opis

gambar sebelum

gambar selepas
main2 ngan gambar sufi.. heheh..


mengedit gambar kat atas nile xtvt aku harini... hahaha selambe je bermalas - malasan di opis... rindunye kat anak aku sorang ni.. dah sebulan rasenye tak jupe huhu... klu tak dulu hari2 boleh main2 ngan die.. tgk gelagat diorang adik beradik.. tension2 kat ofis pon hilang serta merta bile dah balik umah.. ahh! rindu bangat sama mereka! ~_~

Thursday, February 12, 2009

cinta tidak harus berbentuk bunga~

malam tadi pas dah lelah melayan bosan.. en suami pulak balik lambat.. banyak keje katenye.. aku pon layan tv3, start 360 - Bersamamu - layan 8tv jap - ALLY ::tang rancangan ALLY ni aku nak story heheh::
diorg dok diskas psl CINTA SEJATI wujud ke tak?? wujud kot.. ^_^ cumenye cinta sejati tak semestinya cinta sesama manusia kan.. it can be anything.. depends kite nak interprete <--betul ke eja?

so pagi ni aku jalan2 g page ALLY tuh n jupe 1 comment yang menarik pasal topik cinta sejati ni.. so aku pon pinjam n tepek kat umah aku ni.. pinjam ek cik/pn anisz 2009 hehe


CINTA TIDAK HARUS BERBENTUK BUNGA
Aku mencintai suamiku kerana sifatnya yang semulajadi dan aku begitu menyukai perasaan hangat yang muncul di hati ketika bersandar di bahunya yang bidang.Tiga tahun dalam alam perkenalan, dan dua tahun dalam alam perkahwinan, harus aku akui bahawa aku mulai rasa bosan dan lelah dengan kehidupan berumahtangga dengannya dan alasan-alasan mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Aku seorang wanita yang berjiwa sentimental dan benar2 sensitif serta berperasaan halus. Aku merindui saat-saat romantis seperti seorang anak yang menginginkan belaian. Tetapi semua itu tidak lagi aku perolehi. Suamiku jauh berbeza dari apa yang aku harapkan dulu. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah memusnahkan semua harapan tentang kehidupan cinta yang ideal. Suatu hari, aku beranikan diri untuk menyatakan keputusan untuk bercerai. “Mengapa?”, dia bertanya dengan terkejut. “Aku lelah, kamu tidak pernah memberikan cinta yang aku inginkan” Dia terdiam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak. Kekecewaan aku semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang dapat aku harapkan darinya? Dan akhirnya dia bertanya, “Apa yang dapat aku lakukan untuk mengubah fikiranmu?”. Aku menatap matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan, “Aku ada satu pertanyaan, jika kau dapat menemui jawapannya, aku akan mengubah fikiranku: Seandainya, aku menyukai setangkai bunga indah yang ada di tebing gunung dan kita berdua tahu jika kau memanjat gunung itu, kau akan mati. Apakah kau akan melakukannya untukku?” Dia termenung dan akhirnya berkata, “Aku akan memberikan jawapannya esok.” Hatiku langsung gundah mendengar reaksinya. Keesokan paginya, suamiku tiada di rumah, dan aku menemui selembar kertas dengan coretan tangannya di bawah sebuah gelas yang berisi susu hangat yang bertulis… “Sayang, aku tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan aku untuk menjelaskan alasannya.” Kalimat pertama ini menghancurkan hatiku. Aku lantas terus membacanya. “Sayang, kau biasa menggunakan komputer dan selalu menghadapi masalah kerosakan program di dalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Aku harus memberikan jari-jariku supaya dapat membantumu dan memperbaiki programnya.” “Kau selalu lupa membawa kunci rumah ketika keluar rumah, dan aku harus memberikan kakiku supaya dapat menendang pintu, dan membukakan pintu untukmu ketika pulang.” “Kamu suka jalan2 ke luar kota tetapi selalu sesat di tempat-tempat baru kamu kunjungi, Aku harus menunggu di rumah agar dapat memberikan mataku untuk mengarahkan jalan untukmu.” “Kamu selalu kelelahan pada waktu ‘teman baikmu’ datang setiap bulan, dan aku harus memberikan tanganku untuk memicit kakimu yang kebas.” “Kamu seorang yg suka diam di rumah, dan aku selalu khuatir kamu akan menjadi ‘aneh’. Dan aku harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkanmu di rumah atau meminjamkan lidahku untuk menceritakan hal-hal lucu yang aku alami.” “Kamu selalu menatap komputermu, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan matamu, aku harus menjaga mataku agar ketika kita tua nanti, aku masih dapat menolong memotong kukumu dan mencabuti ubanmu.” “Tanganku akan memegang tanganmu, membimbingmu menyusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna2 bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu”. “Tetapi sayangku, aku tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, aku tidak sanggup melihat air matamu mengalir menangisi kematianku.” “Sayangku, aku tahu, di luar sana ada banyak orang yang mampu mencintaimu lebih dari aku mencintaimu.” “Untuk itu sayangku, jika semua yang telah kuberikan dengan tanganku, kakiku, mataku, tidak cukup bagimu. Aku tidak dapat menahan dirimu mencari tangan, kaki, dan mata lain yang dapat membahagiakanmu.” Air mataku jatuh di atas tulisannya dan membuat tintanya menjadi kabur, tetapi aku tetap berusaha untuk membaca selanjutnya… “Dan sekarang, sayangku, kamu telah selesai membaca jawapanku. Jika kau berpuas hati dengan semua jawaban ini, dan tetap menginginkanku untuk tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, aku sekarang sedang berdiri di luar pintu menunggu jawapanmu.” “Jika kamu tidak puas, sayangku, biarkan aku masuk untuk mengambil barang-barangku, dan aku tidak akan menyusahkan hidupmu. Percayalah, kebahagiaanku adalah apabila kau bahagia.”. Aku segera berlari membuka pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah keliru sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaanku. Oh, kini baru aku tahu, tidak ada orang lain yang pernah mencintaiku lebih dari dia mencintaiku. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasakan pasangan kita tidak dapat memberikan cinta dalam bentuk yang kita inginkan, maka cinta itu sesungguhnya telah hadir dalam bentuk lain yang tidak pernah kita bayangkan sebelumnya. Seringkali yang kita perlukan adalah memahami bentuk cinta dari pasangan kita, dan bukan mengharapkan bentuk tertentu kerana cinta tidak selalu harus berbentuk “bunga”.
anisz2009
so sendiri pikirla kot... heh

Thursday, February 5, 2009

gelagat kat opis ^_~

Bila boss tak ada di ofis: MyEm0.CoM

Bila boss panggil: MyEm0.CoM

Bila kene attend meeting: MyEm0.CoM

Bila boss suruh gi training: MyEm0.CoM

Bila time tea break: MyEm0.CoM

Bila nk dekat2 pukul 5ptg: MyEm0.CoM

Bila esok hari cuti: MyEm0.CoM

Bila dpt 'assignment' baru dr boss: MyEm0.CoM

Bila 'assignment' yg boss bg susah giler nk buat: MyEm0.CoM

Bila dpt tau adalah mustahil untuk siapkn 'assignment' boss: MyEm0.CoM

OT untuk 2 jam:MyEm0.CoM

OT untuk satu malam: MyEm0.CoM

Boss suruh kita buat OT waktu weekend:MyEm0.CoM

Bila dah terbuat silap: MyEm0.CoM

Bila berjaya 'perform' sikit jer: MyEm0.CoM

Bila gagal, kecewa nk mati: MyEm0.CoM

Bila org finance lambat byr claim staff: MyEm0.CoM

Bila dpt tau takder BONUS tahun nih: MyEm0.CoM

comel mende alah ni... betul2 wat aku gelak besar hikhik.. lega rasenye dapat mengubat sikit hati ni.. tapi malangnye bile aku masukkan dalam entry ni mende alah ni takle gerak2 pulak ~_~ maap ye semua!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

::peringatan buat pengunjung::

"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan

puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"