Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Wednesday, March 30, 2011

Pokok Kucing yang akhirnya siap

sejak cuma ada aly dulu dah plan nak carikan dia cat tree tapi tak menyempat dan tak berapa nak mampu.. jeling - jeling jela

belikan dia single scratching post yang tinggi tak sampai 2 kaki tu pun dah patploh lebey harga.. phieww!

bila dah ade coki ni lagila rasa nak carikan budak2 ni cat tree.. bagi dorang panjat2 sikit walaupun pada hakikatnya aly dobot tu penakut nak panjat tingi2!

semangat nih..

pegi pet shop, tengok yang tinggi 4' ada 4 tingkatla lebih kurang macam gambar kat bawah ni... tapi sekali tengok harga nak pengsan! almost 500 hundred! itupun kununnya lepas less dan member price! huhu


sumber dari : dino direct.com

maafla nak.. mama tak mampula nak beli kalau macam tu... mama punye bajet ciput je

bila dah kempunan dengan cat tree kat kedai tryla pulak usha online, ebay, lelong dan segala tok nenek online pagela.. kut2 ade orang nak jual murah2 kalau dah guna tapi masih elok lagi pun ok je. tapi hampa.............................

bila dah keluar masuk forum sana sini terjumpala idea baru.

DIY Cat Tree!

lepas tu jadi semangat nak buat sendiri je. bolehla nak buat tinggi mana pun! asalkan kosnya masih lagi mampu. blog yang paling buat saya semangat nak buat sendiri >> dear cats kalau diorang boleh buat sendiri kenapa saya tak?

pastu mulala pk kaedah mana yang terbaik, sebab asben saya bukanlah orang yang suka @ minat bertukang. mana nak cari kayu2 semua tu sebab kat umah sahihla takde.. takkanla semua nak beli. konfemla sama mahal kalau beli siap!

sib baik la saya ni orang kampung, terfikir kat umah mak ada banyak papan & kayu lebih2 masa tambah rumah aritu. ngamla tuu

awal bulan ni balik kg walaupun sekejap gigih cari papan, potong, sebab nak buatkan platform utk cat tree tu nanti dan ade bonus sebab kat kg perasan mak punye dahan pokok mangga yang dah mula mereput. ambil yang ok utk jadikan tiang.

sampai mak tegur sambil geleng kepala "sanggupla berpeluh bagai nak buatkan anak2 mainan"

"daripada saya bazir duit sampai 400 baik saya buat sendiri sikit2 kan?"

mak cuma angguk ^_^

setelah 2 -3 minggu terbengkalai sebab ade je benda tak cukup akhirnya ahad lepas siap dah CAT TREE utk aly n coki yeay!!


sikit lagi nak siap

model sedang mencuba port baru

coki sukaaaaaa sangat gigit platform tuh

not bad huh?!

hasil kerja tangan seorang mama demi anak - anaknya! hahaaha

akan di tambahbaik lagi dari semasa ke semasa ^_^

ade jugak faedahnya saya ni jadi pengakap dulu. bergelumang dengan tukul, gergaji, tali, skang saya ulang lagi semua tu..

16 comments:

Suara Kalbu said...

Omaigod..... sangat gigih.. Tahniah tahniah

Dapat tengok muka coki kat sini. Mindu coki huhuhu

sya said...

mak aih...
rajin betul...
tapi, memang comel la rumah pokok tu... siap balut kain lagi... :)

maza said...

hahaha.. hebat.. demi anak2 gitew.. hehehe

anyway tahniah mrs.azmi.. kalau tak dibuat mcm tu, mcm sia2 jerk segala skill gaya hidup pengakap kan? hehehhe

well done sis...

adie said...

wah.. hebat. kira ok lah tu. sama macam kat kedai punyer. lepas ni bleh la buat part time dan jual online. :D

~mrs azmi~ said...

@Suara Kalbu: tq tq.. kembang semangkuk dah nih! hihi

@sya: mula2 nak buar natural tapi rupa dia buruk sangat! pastu kain lebih balut platform ade lagi.. guna jela

@maza: hehe.. barula sepadan dengan anugerah pengakap raja yang ada itew kanns?!

@MrPenyubiru: ish klu nak jual mau kene pukul saya ni sebab barang kurang kualiti! wakaka

gadisBunga™ said...

buat sendiri? wow!!! mcm yg dijual kat petshop lah!! cantik. :D

Anonymous said...

Pandainya!! Memang ada bakat. BOlehlah buat lebih sebagai hobi dan extra income...

~mrs azmi~ said...

@Gadis Bunga: awww! malu ai! hihih

@kayteeze: sambil2 duduk kak.. tak rugi ape pun ^_^

yonna said...

haaa cat tree? kucing pun ada cat tree? haha serius baru tau ni kak! and tahniah sbb dapat buat version DIY! mmg sangat jimatkan kos kan :)

~mrs azmi~ said...

@yonna: memang sangaaaaaaaaaaaaaat jimat.. orang2 yang passion kat kucing lebey je tau pasal cat tree ni..

Dr Singa said...

best kalau depa dok bercekau ni!
sekor atas
sekor bawah

lepas tu tergantung2..ngiau2..

~mrs azmi~ said...

jadi dahhhh

bercekau sudahnye coki jatuh terlentang dari platform atas sekali

Sharz said...

TERBAIK!!!!

~mrs azmi~ said...

@sharz: sekarang dah tak rupa cat tree pun.. lunyai dah

chie said...
This comment has been removed by the author.
chie said...

sis.. bley order? ehehe.. <3

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

::peringatan buat pengunjung::

"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan

puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"