Tuesday, March 22, 2011

alamak takde air!

hujan turun mencurah - curah menyambut hari air sedunia... sebenarnya saya sendiri baru tahu kewujudan hari air sedunia ni ^_^ hujan - hujan ni enak sungguh tarik selimut semula, dan suruh suami ke pejabat sendiri tapi tu semua cuma imaginasi nakal semata - mata!

dalam perjalanan ke ofis seperti biasa saya memang setia dengan sinar pagi #senyum, sengih, ketawa sorang - sorang# sepanjang jalan gara - gara trio sinar pagi tu

topik pagi ni memang buatkan saya teringat zaman sekolah. topik pasal KISAH TAKDE AIR

rasanya semua yang pernah merasa duduk asrama mesti pernah alami keadaan ni. cuma tahap kritikal atau tak je. sepanjang 5 tahun duduk asrama mula form 1 - form 5 macam - macam keadaan kami pernah tempuh waktu takde air cuma sepanjang yang saya ingat tak pernah lagi takde air sampai ada lori hantar air.. eh?! ke ade tapi saya tak ingat??

kalau takde air di tingkat 3 sebab tekanan rendah kami akan cuba turun ke tingkat 2 atau 1 atau ke kolah di tingkat bawah sekali. kolah bersaiz 4meter x 6 meter x 1 meter tinggi sape bangun awal mandilah tak ingat dunia, yang bangun lambat nasiblah... dapat air takat seinci dua dari dasar jela.. tapi saya memang suka mandi kat kolah tu... sejuuuukkkkkk!

sekolah kami ade tangki tinggi yang besar punya! tapi entah kenapa selalu ada masalah tekanan air yang tak dapat mengepam air dan mengisi tangki berkenaan. disebabkan selalu ada masalah air kami sendiri dah alert dengan takuk penanda aras pada tangki dan sekaligus selalu buat langkah berjaga - jaga. tapi banyak manala kami boleh takung air kalau di asrama? paling banyak sebaldi dengan tambahan beberapa liter air dalam botol mineral.

keadaan terdesak ni jugak ade yang cuba mengkreatifkan diri macamana nak dapat air dengan tak payah susah - susah angkut air dari tingkat 1 ke tingkat 3. salah satu cara yang agak nakal adalah dengan mencuri! bukanlah curi sampai kering baldi orang tu... cuma ambil setengah gayung daripada setiap baldi yang ada dalam bilik air tu! maka dengan mudah dapatlah sebaldi air dengan tak bayah bersusah payah.. tapi saya tak pernah buat tau! lalalala

pernah kami terdesak nak cari air, sekolah benarkan kami ke masjid seberang jalan dan sebab ramai sangat kat masjid tu dan dapat pulak yang mandi macam-puteri-raja-bersiram-ingat-orang-lain-tak-nak-mandi, sekali lagi ade yang jadi kreatif buat muka tembok ketuk umah orang kampung nak tumpang mandi. dan ade yang sanggup panjat pagar sekolah rendah agama sebab nak mandi lepas tu kantoi dan tengah nak lari tu time panjat balik pagar, baju tersangkut sampai koyak! bukan saya juga tau!

paling sadis dan paling saya ingat, masa tu minggu percubaan PMR tahun 1998 boleh pulak takde air! takde air tahap kritikal.. paip yang keluar air cuma kat bawah tangki yang jaraknya dari ASPURI lebih kurang 700meter. esok nak ade paper sains ni...dahla baca buku belum abes maklumla saya ni kan budak baik, kalau tak sebab exam tak reti - reti nak bukak buku.. haih..
lepas maghrib warden suruh semua turun dan Q dari tangki sampai ASPURI, maka berbondong2lah semua membuat rantaian dari tangki sampai ke asrama yang jaraknya lebih kurang 700meter itu dan konon nak ringankan kami warden suruh pelajar tingkatan 3 yang nak periksa esok hari ni berada hujung sekali yang paling dekat dengan pintu pagar ASPURI. mula - mula happylah kami. bila baldi berganti baldi sampai pada kami yang dihujung ni barula kami tahu yang sebenarnya yang dihujung tu paling seksa sebab kene hantar baldi, baldi, baldi yang maha banyak tu untuk mengisi kolah yang jaraknya dari pintu pagar lebih kurang 50 meter lagi!

sebenarnya jugak rantaian tu takla efisien sangat pun, bayangkan baldi penuh bersi air bertukar tangan yang macam saiz, ade yang larat angkat baldi besar hulurkan pada budak form 1 yang kecik cinonet.. maka tumpahlah sedikit air, bayangkan 700 meter.. apa yang tinggal di hujung??

dan keesokan harinya waktu exam ramailah yang tumpas di medan tempur! errr... saya? hehe agak - agak?

ya, walaupun sekolah saya bertaraf sekolah asrama penuh kami bukanlah anak manja yang semuanya disediakan. kami tetap perlu kreatif untuk hidup. tapi tu kisah lebih 10 tahun lalu, mungkin sekarang kemudahan air dah dinaiktaraf....

8 comments:

maza said...

kalau setakat mandi boleh dimaafkan.. tapi kalau lepas nyak! aderkk.. mana ler nak cekau air nak cebok weiii.. hahahah

HEMY said...

samada dah dinaiktaraf atau kita je yg tak kena dah

~mrs azmi~ said...

@maza: kene kreatif lor.. cam en Yunus Badawi pakai duit kertas singgit! hihi..

@HEMY: aku rase dorang nasib baik tak kena dah kot..

Mr PenyuBiru said...

hmm..musykil gak ni.. camne ko bleh ingat detail ek sedangkan situasi tu bukan ko yg alami.hmm... haha

~mrs azmi~ said...

@Mrpenyubiru: ermm.. err...errr.. kira ala - ala tok nujumla boleh tau orang punya citer.. kihkih

gadisBunga said...

takde nyanyi2 macam citer hindustan ke masa pas-pas air tu?

~mrs azmi~ said...

@gadisBunga: adeeeeeeeeeeee.. tu sume geng-kipas-susah-mati pelem hindustanla punya keje..

tasekM said...

seksa kan dok asrama bila tak ada air...?



.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

::peringatan buat pengunjung::

"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan

puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"