Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Wednesday, March 30, 2011

Pokok Kucing yang akhirnya siap

sejak cuma ada aly dulu dah plan nak carikan dia cat tree tapi tak menyempat dan tak berapa nak mampu.. jeling - jeling jela

belikan dia single scratching post yang tinggi tak sampai 2 kaki tu pun dah patploh lebey harga.. phieww!

bila dah ade coki ni lagila rasa nak carikan budak2 ni cat tree.. bagi dorang panjat2 sikit walaupun pada hakikatnya aly dobot tu penakut nak panjat tingi2!

semangat nih..

pegi pet shop, tengok yang tinggi 4' ada 4 tingkatla lebih kurang macam gambar kat bawah ni... tapi sekali tengok harga nak pengsan! almost 500 hundred! itupun kununnya lepas less dan member price! huhu


sumber dari : dino direct.com

maafla nak.. mama tak mampula nak beli kalau macam tu... mama punye bajet ciput je

bila dah kempunan dengan cat tree kat kedai tryla pulak usha online, ebay, lelong dan segala tok nenek online pagela.. kut2 ade orang nak jual murah2 kalau dah guna tapi masih elok lagi pun ok je. tapi hampa.............................

bila dah keluar masuk forum sana sini terjumpala idea baru.

DIY Cat Tree!

lepas tu jadi semangat nak buat sendiri je. bolehla nak buat tinggi mana pun! asalkan kosnya masih lagi mampu. blog yang paling buat saya semangat nak buat sendiri >> dear cats kalau diorang boleh buat sendiri kenapa saya tak?

pastu mulala pk kaedah mana yang terbaik, sebab asben saya bukanlah orang yang suka @ minat bertukang. mana nak cari kayu2 semua tu sebab kat umah sahihla takde.. takkanla semua nak beli. konfemla sama mahal kalau beli siap!

sib baik la saya ni orang kampung, terfikir kat umah mak ada banyak papan & kayu lebih2 masa tambah rumah aritu. ngamla tuu

awal bulan ni balik kg walaupun sekejap gigih cari papan, potong, sebab nak buatkan platform utk cat tree tu nanti dan ade bonus sebab kat kg perasan mak punye dahan pokok mangga yang dah mula mereput. ambil yang ok utk jadikan tiang.

sampai mak tegur sambil geleng kepala "sanggupla berpeluh bagai nak buatkan anak2 mainan"

"daripada saya bazir duit sampai 400 baik saya buat sendiri sikit2 kan?"

mak cuma angguk ^_^

setelah 2 -3 minggu terbengkalai sebab ade je benda tak cukup akhirnya ahad lepas siap dah CAT TREE utk aly n coki yeay!!


sikit lagi nak siap

model sedang mencuba port baru

coki sukaaaaaa sangat gigit platform tuh

not bad huh?!

hasil kerja tangan seorang mama demi anak - anaknya! hahaaha

akan di tambahbaik lagi dari semasa ke semasa ^_^

ade jugak faedahnya saya ni jadi pengakap dulu. bergelumang dengan tukul, gergaji, tali, skang saya ulang lagi semua tu..

Tuesday, March 29, 2011

kot ye pun nak mengorat, janganla macam buat persidangan depan rumah aku!

hish bikin panas betul la korang ni


kot ye pun nak mengorat glah jauh - jauh


jangan buat laman rumah aku cam reta korang!



dahla selambe dekkk je lepak kat kete mama aku



wei! wei! ini tempat cuma aku yang punya tahu?!


nasib baik aku cume boleh perati korang kat sebalik cermin!


kalau tak siapla korang!

sila cepat blah sebelum aku perambat korang semua!!!



pesanan 'garangla sangat'...


~ALY DOBOT~





nota cap kaki aly: gambar kucing ke dua kat bawah tu tak bape nak nampak sebab gelap. mama dok salahkan kamera cap ayam.. entah2 dia yang tak pandai ambil gambar.. kihkihkih

Tuesday, March 22, 2011

alamak takde air!

hujan turun mencurah - curah menyambut hari air sedunia... sebenarnya saya sendiri baru tahu kewujudan hari air sedunia ni ^_^ hujan - hujan ni enak sungguh tarik selimut semula, dan suruh suami ke pejabat sendiri tapi tu semua cuma imaginasi nakal semata - mata!

dalam perjalanan ke ofis seperti biasa saya memang setia dengan sinar pagi #senyum, sengih, ketawa sorang - sorang# sepanjang jalan gara - gara trio sinar pagi tu

topik pagi ni memang buatkan saya teringat zaman sekolah. topik pasal KISAH TAKDE AIR

rasanya semua yang pernah merasa duduk asrama mesti pernah alami keadaan ni. cuma tahap kritikal atau tak je. sepanjang 5 tahun duduk asrama mula form 1 - form 5 macam - macam keadaan kami pernah tempuh waktu takde air cuma sepanjang yang saya ingat tak pernah lagi takde air sampai ada lori hantar air.. eh?! ke ade tapi saya tak ingat??

kalau takde air di tingkat 3 sebab tekanan rendah kami akan cuba turun ke tingkat 2 atau 1 atau ke kolah di tingkat bawah sekali. kolah bersaiz 4meter x 6 meter x 1 meter tinggi sape bangun awal mandilah tak ingat dunia, yang bangun lambat nasiblah... dapat air takat seinci dua dari dasar jela.. tapi saya memang suka mandi kat kolah tu... sejuuuukkkkkk!

sekolah kami ade tangki tinggi yang besar punya! tapi entah kenapa selalu ada masalah tekanan air yang tak dapat mengepam air dan mengisi tangki berkenaan. disebabkan selalu ada masalah air kami sendiri dah alert dengan takuk penanda aras pada tangki dan sekaligus selalu buat langkah berjaga - jaga. tapi banyak manala kami boleh takung air kalau di asrama? paling banyak sebaldi dengan tambahan beberapa liter air dalam botol mineral.

keadaan terdesak ni jugak ade yang cuba mengkreatifkan diri macamana nak dapat air dengan tak payah susah - susah angkut air dari tingkat 1 ke tingkat 3. salah satu cara yang agak nakal adalah dengan mencuri! bukanlah curi sampai kering baldi orang tu... cuma ambil setengah gayung daripada setiap baldi yang ada dalam bilik air tu! maka dengan mudah dapatlah sebaldi air dengan tak bayah bersusah payah.. tapi saya tak pernah buat tau! lalalala

pernah kami terdesak nak cari air, sekolah benarkan kami ke masjid seberang jalan dan sebab ramai sangat kat masjid tu dan dapat pulak yang mandi macam-puteri-raja-bersiram-ingat-orang-lain-tak-nak-mandi, sekali lagi ade yang jadi kreatif buat muka tembok ketuk umah orang kampung nak tumpang mandi. dan ade yang sanggup panjat pagar sekolah rendah agama sebab nak mandi lepas tu kantoi dan tengah nak lari tu time panjat balik pagar, baju tersangkut sampai koyak! bukan saya juga tau!

paling sadis dan paling saya ingat, masa tu minggu percubaan PMR tahun 1998 boleh pulak takde air! takde air tahap kritikal.. paip yang keluar air cuma kat bawah tangki yang jaraknya dari ASPURI lebih kurang 700meter. esok nak ade paper sains ni...dahla baca buku belum abes maklumla saya ni kan budak baik, kalau tak sebab exam tak reti - reti nak bukak buku.. haih..
lepas maghrib warden suruh semua turun dan Q dari tangki sampai ASPURI, maka berbondong2lah semua membuat rantaian dari tangki sampai ke asrama yang jaraknya lebih kurang 700meter itu dan konon nak ringankan kami warden suruh pelajar tingkatan 3 yang nak periksa esok hari ni berada hujung sekali yang paling dekat dengan pintu pagar ASPURI. mula - mula happylah kami. bila baldi berganti baldi sampai pada kami yang dihujung ni barula kami tahu yang sebenarnya yang dihujung tu paling seksa sebab kene hantar baldi, baldi, baldi yang maha banyak tu untuk mengisi kolah yang jaraknya dari pintu pagar lebih kurang 50 meter lagi!

sebenarnya jugak rantaian tu takla efisien sangat pun, bayangkan baldi penuh bersi air bertukar tangan yang macam saiz, ade yang larat angkat baldi besar hulurkan pada budak form 1 yang kecik cinonet.. maka tumpahlah sedikit air, bayangkan 700 meter.. apa yang tinggal di hujung??

dan keesokan harinya waktu exam ramailah yang tumpas di medan tempur! errr... saya? hehe agak - agak?

ya, walaupun sekolah saya bertaraf sekolah asrama penuh kami bukanlah anak manja yang semuanya disediakan. kami tetap perlu kreatif untuk hidup. tapi tu kisah lebih 10 tahun lalu, mungkin sekarang kemudahan air dah dinaiktaraf....

Monday, March 21, 2011

bila dah puas bergomol, boleh pulak kamu tido rapat - rapat ye?!



kadang - kadang geram betul dengan budak - budak ni

habis bersepah rumah dibuatnya

hyperactive!

macam orang ada anak 10

baru je duduk habis buat keja rumah boleh pulak dia jatuhkan bakul sampah sampai terabur isi semua!

maunya tak jadi singa mama ni!





tapi.



.



.



.



.


bila tgk budak2 ni tido macam tu

hati mana tak tersentuh?

siang punyala bergomol bagai nak rak.....

bila dah malam

si abang hilang, mula si adik terpanggil - panggil



Friday, March 18, 2011

Wednesday, March 16, 2011

Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita!


"..................mungkin ada kesusahan kita sekarang adalah sedikit kifarah Allah atas kesilapan lalu kita.
syukurilah nikmat Allah pada kita yang tak terhitung jumlahnya."

**entri cube menstabilkan emosi

Tuesday, March 15, 2011

kitty toilet training [part 1]

sekarang berusaha nak ajar budak - budak bertuah tu guna toilet

Langkah 1

bermula dengan cari flushable cat litter... jenama apa yang ada.. puas google sana sini, masuk keluar forum . akhirnya saya pilih guna feline fresh. tapinya harga memang bisa tersedakla untuk bagi kucing berak!

ini pun dah dalam golongan boleh beli.. ada lagi mahal! sebab susah nak cari.. ada petshop yang saya tanya tak tau pun amende flushable cat litter *_*

ini pack yang kecil, berat dalam 1.5kg tapi masa nak beli kat petsmore cuma ada pack besar pack 7kg tak silap. 'terpaksala' berkorban bajet sikit.. mintak2 menjelang habis bende ni aly & coki pandai guna toilet sepenuhnya.. amiiinnnn^_^

Langkah 2

bermula dengan tukarkan normal clay litter sand kepada flushable type litter sand.. pastikan litter sand tu flushable tau.. takut nanti toilet kita pulak tersumbat! 1 hal pulak nak panggil orang betulkan.

mula - mula saya tukar je litter sand tu tapi masih letak bekas kat tempat biasa... nak biasakan aly and coki dengan menda alah tu, seminggu lebih la jugak. baru tukar tu aly cam pelik dengan bau dan tekstur sebab tak macam clay litter sand biasa yang lebih halus.

lepas seminggu budak2 tu dah ok dengan feline fresh ni and coki pun dah pandai share litter box dengan aly (sebelum ni saya bagi coki litterbox lain, letak dekat2)

Langkah 3

ahad lepas saya ubahkan litterbox dalam toilet. Letak sekali aly dengan coki dalam tu agak - agak bagi diorang perasan litterbox tu dah berubah tempat. sebenarnya saya tak risau pasal aly sebab aly ni jenis yang ikut mana litterbox dia pegi, tak pernahla eksiden 'ter'buang kat tempat lain. saya cuma risaukan si kecik tuuuu, masa mula2 bela aritu dia sudah 'ter'lepas kat atas kain baju yang dah basuh! T_T

alhamdulillah tengok 2-3 hari ni takde masalah.. coki pun ok, agaknya sebab dia selalu mengekor aly g mana - mana jadi dia tau litterbox tu dah berubah tempat..

lepas ni ada banyak lagi step baru aly & coki boleh lulus dengan cemerlang dalam toilet training!

mudah - mudahan berjaya usaha saya ni... doakan ye ^ _^




**Nota: ada terbaca, ada orang kurang senang dengan toilet train ni sebab menentang fitrah semulajadi kucing... entahlah

Monday, March 14, 2011

Sufiyasmin Balqis is 3 Years!

Happy Birthday sayang

jangan nakal - nakal!

Friday, March 11, 2011

Bumi semakin marah

hari ni Jepun dilanda gempa bumi kuat 8.9 Skala Richter <-- eh betul ke eja ni?? dan tsunami setinggi 6 meter membadai Jepun! bila tengok video air tu bergerak sangat menyeramkan... kereta cuma nampak dot. dot. je.. sedangkan air yang bergerak macam kita nampak ombak bergerak mulus atas pasir! punyala besar skala kemusnahan yang dia bawa

ada beberapa rakan saya yang berada di kawasan gempa, ada yang terperangkap di stesen keretapi, ada juga yang terperangkap di pejabat dan tak dapat balik sebab tren takde! tak boleh nak sms or call wife sebab handfon tak boleh guna. mujurlah masih boleh berhubung dengan email utk pastikan semua ok

ramai rakyat kita di sana.. moga semuanya selamat dan dalam lindunganNya

**bumi kita dah semakin marah, semakin tua umurnya makin banyak kemusnahan yang manusia lakukan atas nama pembangunan..

Thursday, March 10, 2011

si besar dan si kecil

si kecik

si besarrrrr


dah 2 minggu coki jadi family kami.. alhamdulillah semua dah ok.. aly seronok sangat ada adik asik main kejar2 kesana sini kalau nak tido malam dua dua ada dalam bilik alamat tak boleh nak tidola.....

mana idaknya, dorang ni main abeh sume di pijaknya! kalau coki pijak muka tahanla lagi, agak2 macam masage jela... kalau aly?! adeh! cedera parah dibuatnya.. ari tu dia lari main langgar je perut orang tengah baring tengok tv, senak sungguh!

tapi aly ni masih ada cam dengki sikit dengan coki. kalau makan especially wet food dia akan hijack makanan coki... member tu dapatla makan saki baki jer
so nak elakkan tu saya bahagi dua walaupun makanan tu utk kitten! bahagi dua masing2 dapat 1 bekas,

tau apa aly buat??

dia makan makanan dia sikit, lepas tu dia beralih dekat bekas makanan coki dia makan banyak2, tinggalkan sikiiit je dalam tu lepas tu dia beralih balik ke bekas dia makan macam biasa.. boleh??

bagi dry food pun sama! isk..

Monday, March 7, 2011

Friday, March 4, 2011

obes... eh?! obsesla

kalau dulu saya rasa aly dobot tu dah super active,

sikecik ni lagi hyperactive!


coki sangat obses dengan hairband , kalau masih terikat kat rambut pun dia boleh lompat2 nak capai

getah gelang yang biasa tu pun sama... aritu dia kunyah sampai putus! ada bahagian yang selamat masuk dalam perut dia...

Tuesday, March 1, 2011

Coki meet aly


tengok jela aly dengan muka penuh iri hati bila tgk mama main dengan Coki

**abaikan kaki yang tak semenggah tu ye.. hihi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

::peringatan buat pengunjung::

"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan

puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"