Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Monday, December 20, 2010

pengeluaran KWSP utk bayaran PTPTN

salam to all..

pagi tadi saya ke KWSP selayang tuk submit borang dan
dokumen untuk keluarkan duit acc 2 kwsp..
sempena nak bayar utang PTPTN..(Pengeluaran pendidikan)

meh nak share kaedah nk apply..
:)

sile sediakan dokumen2 yg KWSP nak seperti :

1/ borang pengeluaran KWSP 9H (ahl) > download

2/salinan kad pengenalan

3/ penyata terkini akaun kwsp
print out dari web kwsp je... klu tak pun masa ke pwjabat kwsp print kat kiosk kat situ

4/Perjanjian Pinjaman Pendidikan ( agreement yg kite dok sign2 dulu tuh)
kalau x de...minta kat PTPTN > download
da isi borang tu..pos kat PTPTN..nnt PTPTN pos salinan agreement tuh..kene sertakan wangpos rm90 untuk bayaran ye.. salinan yang dalam simpanan saya entah kemana, jadi saya terus ke kaunter ptptn di kl sentral, kene tunggu lama sikitla tapi boleh terus buat bayaran rm 90 kat sana (tak perlu wang pos) dan borang tu pun confirm sampai kat ptptn kan?
dalam web dia kata akan dapat dalam masa 7 hari, tapi mungkin sebab perjanjian saya dah lama (tahun 2002) jadi dalam 2 minggu jugak baru terima.. ptptn akan hantar melalui pos laju

5/Penyata Baki Pinjaman Terkini (pon minta dr PTPTN) > download
(cari borang baki pinjaman) fax jugak..then tunggu smpi PTPTN pos kat korang..
penyata online tak diterima ye... pastikan minta dari ptptn, yang ni tak perlu bayar... cuma lama sikit nak tunggu dalam 3 minggula jugak.. tapi klu yang masih baru lagi mungkin lebih cepat

6/salinan transkrip korang & salinan degree/diploma

bila dah lengkap semua..
bleh la bawa semua dokumen ke pejabat KWSP berdekatan :D

saya pilih kwsp selayang, pukul 830 dah sampai
tak payah tunggu lama, semua delesai
duit akan terus dibayar kepada ptptn dalam masa 21 hari bekerja(mengikut pegawai kwsp tadi)
dan kemudian kita akan dapat surat pengesahan tu...

pastikan semua borang lengkap sebelum ke kwsp ya, kalau tak kene 2-3 kali kerja

moga panduan ringkas ni berguna utk kamu2 ya..

p/s : untuk rujukan lebih lanjut..sile ke website kwsp dan ptptn

**alang2 dah ke KWSP buat terus penamaan waris... alhamdulillah semua selesai... kurang2 kalau jadi apa2 pada saya mudahla keluarga nak uruskan

7 comments:

maza said...

maza kanak2 JPA dan tajaan sepeuhnya FAMA.. heheheh

hutang JPA belum lagi langsai...
insyallah tgh kayuh pelan2 ni. hehhee

~mrs azmi~ said...

@maza: tula.. kene carik jalan nak bagi hutang2 ni langsai.. baru rasa lega..

Lady of Leisure said...

kwsp ni cipur jer keje pun cuma dua bulan hehe

Yunus Badawi said...

Awak bayar semua hutang PTPTN tu sampai langsai atau berkala?

Nasib baik saya tak hutang dgn PTPTN hehehe

~mrs azmi~ said...

@lady: sy punya pun tak banyak mana.. tapi bolehla...

@YB: banyakkkkkkkkkkkkkkk lagi nak kene langsai YB, jadi plan nak buat berkala, buat tambah2 yang kita bayar bulanan

ala zaman YB PTPTN tu pun takde lagi!!!

Anonymous said...

thank you sgt2...lama saya cari jwpn utk pertanyaan ni..hehe...nk kene bayar hutang2 ni...huhu

post awk bantu sy byk...

tq~

~mrs azmi~ said...

@Anonymus: sama - sama.. benda baik tak salah kongsikan... sebab sebelum saya buat ni pun jenuh jugak nak tau proses n procedures

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

::peringatan buat pengunjung::

"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan

puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"