Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Friday, December 24, 2010

Niquitin mampu jinakkan perokok tegar?

Suami saya sorang perokok tegar, memang boleh pengsan kat umah tu dengan asap rokok

bila kita bersuara mulala SENTAP!

banyak kali saya pujuk dia berhenti merokok, tapi mantul! hish... saya yang rasa stress setiap kali pengumuman harga rokok naik sebab melibatkan pertambahan kos. walaupun duit takde, rokok tetap ada -_-" macamana pun akan usaha jugak nak dapatkan rokok...

setiap kali bersuara mesti sy timbulkan pasal kos rokok tu, dok bakar saje2 je kurang2 300ringgit sebulan! klu buat beli barang dapur complete tuuuuu
setiap kali tu jugakla dia cakap "abang CUBA"

tapi

masih macam tu jugak...... langsung tak mencuba walau untuk mengurangkan kekerapan...

kalau masa dia mengadap game lagila tension, lepas sebatang sebatang lagi. sampaikan aly tanak lalu kat dia setiap kali dia merokok, aly pun tau asap tu membahayakan kesihatan! haih....

ahad lepas buat kesekian kalinya saya merayu pada dia supaya berhenti merokok. sebab utama adalah kos.... keadaan ekonomi kami sudah semakin genting dan tidak memungkinkan utk sebarang pembaziran lebih2 lagi untuk sesuatu yang langsung tidak memberikan manfaat!

alhamdulillah, kali ni dia tidak menolak mentah2 permintaan saya seperti kebiasaan

"aband dah mula ambil niquitin"

alhamdulillah... dia pilih niquitin [dlm bentuk losenge] untuk bantu dia menghentikan tabiat buruknya. Saya menganggap ini adalah hadiah ulangtahun perkahwinan kami.

saya berikan sokongan penuh dalam usahanya kali ini, walaupun terpaksa menata semula bajet bulanan kerana losenge ini agak mahal. Sedikit pengorbanan untuk mendapatkan sedikit manfaat dari produk berkenaan

"memang perlukan semangat dan azam yang kuat untuk mengikis ketagihan nikotin yang sudah bertapak lama dalam diri, moga abang kuat dan seterusnya berjaya menghapuskan tabiat buruk tu"


sedikit info mengenai NiQuitin



Terapi penggantian nikotin tidak mengandungi tar dan gas berbahaya seperti yg didapati dalam asap rokok.
Dengan terapi ini keinginan dan keperluan terhadap nikotin (bahan dalam rokok yg menyebabkan ketagihan) akan berkurang secara beransur2. Ia akan mengurangkan simptom2 biasa apabila seseorang itu berhenti merokok seperti ketagihan, resah & gelisah.
Beberapa kajian mengenai Niquitin:
>> terbukti secara klinikal dalam membantu berhenti merokok
>> menggandakan peluang berhenti merokok
>> perlindungan 24 jam - walaupun terhadap ketagihan kuat di awal pagi
>> melegakan ketagihan dalam beberapa minit

lagi maklumat disini

8 comments:

Queen said...

semoga berjaya!..

yabang dah berjaya..dengan gunakan e-cigar..masih adala smoking sikit2... itu pun bile die lepak dgn kawan2... kene la sebatang..tu pun pow kawan...haih..kalau dah pengaruh kawn tu memang susah

adie said...

aku doakan semoga usaha ini berjaya. yg penting sentiasa memberi sokongan dan dorongan.untuk berhenti merokok ni memerlukan keazaman yg sgt tinggi.

maza said...

maza tak merokok.. sbb bila merokok boleh semput.. hahahha

~mrs azmi~ said...

@Queen: masa kenal dia 6 tahun dulu tak merokok.. tapi dek kerena kawan2 terjebak jugak... bila nak benti 1 hal lagi

@Mr Penyubiru: amiin... tq...memang kene kuat klu nak benti rokok ni

@maza: bagusla tuuuuu.. jimattttttt

Lady of Leisure said...

nak kene suruh my dad baca ni, dia pun perokok tegar jugak hehe

~mrs azmi~ said...

@lady: klu memang takde hasrat nak benti, makanla ape pun... TETAP tak jalan..

Dr Singa said...

syabas !!!
membazir kan merokok ni!!
mak kiss pun kadang2 terkensel.. bau!!
:)

~mrs azmi~ said...

@DrSinga: kan?kan?kan?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

::peringatan buat pengunjung::

"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan

puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"