Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Friday, October 16, 2009

Jangan Lupa Jadi Isteri Setelah Jadi Ibu

Jangan Lupa JAdi Isteri Setelah Jadi Ibu..........
(Datuk Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah)

Menurut beliau kebanyakkan lelaki yang berumahtangga mahukan seorang isteri. Suami tidak peduli samada isterinya melahirkan seorang anak atau 10 orang anak, yang penting baginya dia masih memerlukan isteri. Tetapi, sambungnya, ramai isteri selepas mempunyai tiga atau empat orang anak menjadi ibu dan kurang menjadi isteri.

Peringkat awal mungkin suami boleh bertahan, menyenduk nasi sendiri, ambil nasi sendiri, ambil air sendiri sebab isteri sibuk melayan anak-anak tetapi lama-kelamaan suami menjadi bosan. Penat di pejabat dan di rumah pula tidak mendapat layanan isteri. Beliau menekankan, ramai suami tidak tahan apabila isterinya menjadi ibu sehingga suami merasa terpinggir. Di luar banyak terdapat gejala-gejala yang mengambil alih tugas isterinya di rumah untuk melayan makan-minumnya.

Ada wanita lain dengan ramah akan bertanya, "Encik nak minum, saya siapkan kopi, encik nak makan nanti saya hidangkan nasi....". Ini akan membuatkan suami merasa wanita itu melayannya dengan baik sedangkan di rumah dia hanya mendengar kata-kata, "You buat sendirilah, I sibuk nak layan budak-budak ni. I penatlah..."

Suami yang longgar pengetahuan agamanya dan tidak tahu tanggungjawab akan mudah berlaku curang walaupun sepatutnya dia membantu dan faham keadaan isteri. Pesan beliau, "Isteri jangan lupa menjadi isteri". Sambut suami balik dari pejabat, ambil begnya, layan sekejap, tuangkan air dan berikan sentuhan saying walaupun hanya dua atau tiga minit walau sibuk bagaimana sekalipun. Jangan disebabkan dua atau tiga minit ini, akhirnya suami lebih senang dilayan oleh wanita lain.

Ramai wanita, menurut beliau, selepas mendapat dua atau tiga orang anak akan mulai terlalu yakin diri dan bongkak. Mereka merasakan sudah lama berkawin dan tidak perlu menjaga tubuh badan atau bahasa tuturan. Mereka lupa kebanyakkan lelaki mudah tertarik pada yang cantik dan lemah-lembut. Lelaki berumur atau tua tetapi kalau melihat wanita muda mereka lupa yang diri sudah bergelar suami. Walaupun sudah tua tetapi jiwa muda keluar kembali kecuali di tabir oleh keimanan yang tebal. Yang ada sengaja membahasakan diri tua dengan perempuan dibahasakan dirinya 'Pak cik' adalah dengan sengaja di lakukan demikian untuk memadam segala keinginan.

Seperti yang sering beliau nyatakan, orang lelaki mudah perasan. Apabila ada wanita muda menunjukkan minat, berbuat baik, lelaki yang berumur akan mudah perasan. Malah tambahnya lagi, ada wanita lain yang menghargai dirinya lebih dari isteri yang dirumah yang sentiasa mengomel dan memperkecilkan diri suami.

sumber: Ratuhati



** sebagai igatan kite2 ni ye~ walaupun saye belum ade title 'ibu'**

11 comments:

Anonymous said...

oowh........ sesuatu yg pnah terjd kt diriku.. sob sob sob.. T_T

Kujie said...

suami jgn lupa jadi suami..hehehe

betullah tu, ramai yg lupa sbb bila dah kahwin, perempuan tu kena jadi isteri, ibu, menantu , kakak ipar, adik ipar , biras dsbnya..

kena dibimbing mana yg tak betul, itu tugas suami

~mrs azmi~ said...

@eus: sabo jela ye kak ^_^

iza~de~bintang said...

erm besar tanggungjawab bila kawen kan.. bukan utk seronok2 semata. eish macam seriau ja sekali ingat hahaha.

~mrs azmi~ said...

@kujie: hehe.. manusia mmg cepat lupe... lagi2 klu dilimpahi kesenangan.

@iza~de~bintang: mmg besar tanggungjawab bile kawen tapi itulah fitrah hidup yang tak boleh ditentang ^_^

azlanlin said...

Kebiasaannya, si suami silap kerana tak menegur isteri. Mungkin kerana terlalu sayangkan isterinya menyebabkan terkeluar perkataan 'takpa la', boleh la..dan sewaktu dengannya.

Akhirnya, si suami yang kurang dinding keimanan...kompom, cair dengan wanita2 muda di sekitarnya yang mampu mencairkan hatinya..

Hakikatnya, si suami bertambah manja dan ingin dibelai apabila makin berumur.. hehehheh

~mrs azmi~ said...

@azlanlin: heheh makin berumur manja org lelaki ni lain macam ek? ^_^

azlanlin said...

Makin manja, makin mengancam...jgn sampai kurang kasih sayangnya..hehehhe

Awal berkahwinan, si suami amat bijak mengambil hati dan emmanjakan isteri...lama2 watak tu kena bertukar..nanti2 faham le..;)

~mrs azmi~ said...

@azlanlin: insyaAllah.. terima kasih atas ingatan itu ye

chekgu Bani Hassim said...

jgn lupe jadi suami kalau dah jadi bapa...huhu

~mrs azmi~ said...

@chekgu BaniHassim: betul.. betul.. betul!! ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

::peringatan buat pengunjung::

"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan

puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"