Tuesday, July 31, 2012

kenapa saya tak berniaga

sebab memang takde bakat kottt.. heheh

satu lagi sebab dan yang paling obvious sekalilah.. 

sebab saya tak sampai hati nak letak harga! 

ada juga saya buat part time design job dulu sebab ada masa dan ada kemahiran, nak buat bisnes lain modal pulak takde. tapinya bila client minta buat quotation mulala garu kepala nak letak harga

bila dah letak harga.. padam pat lima nam kali... 

bila dah letak harga final tunjuk kat member dia gelak je... tau dia kata apa?

"kau ni nak buat kerja amal ke apa??" 

pernah juga exbos saya tegur, waktu tu saya dah siap wat design, tapi saya tak tau bagi harga berapa. Dia bagi suggestion tapi saya rasa berat hati nak charge banyak tu last2 saya charge cuma separuh dari sugestion je

sebab..


TAK SAMPAI HATI


hahaaha...


bila sembang2 ngan adik beradik ni masing2 pakat gelak la sebab semua ada masalah serupa... 

agak2 menurun dari sapala sifatt tu ye

dulu pernah juga kitorang suggest kat mak buka kedai runcit kat kg sebab kedai kat kg tu serupa macam takpayah buka pun takpe sebab barang banyak takde, tapi mak tak nak sebab mak kata nanti ramai orang amik kesempatan 'masuk buku' sebab mak jenis mudah kesian kat orang!

sekarang anda dah tahu mana datang rasa TAK SAMPAI HATI saya tu? 


dan sebab tula kami adik beradik takde yang meniaga sendiri... kalau ada yang mencuba pun sume bermusim jek.. hihi

4 comments:

doc said...

liver no reach

maza said...

heheh.. kira macam penyakit juga ek?


maza dulu2 ada gak ler penyakit itew.. tapi sekarang bolehlah berkira sikit2 gitew.. ahaks..

Aidah said...

Macam tu ke, dik. Akak ni pulak susah nak mintak duit kat orang. Kalau orang tak bayar, akak selalu biar halal je. Lepas tu sesuka hati bagi discount kat orang walaupun dia tak mintak. Ini pun kira penyakit jugak ni. Hihihi.

~mrs azmi~ said...

@doc: huduh sungguh bunyinya bila di translate

@maza: bolehla belajar dari maza nih.. hihi

@Aidah: kita serupa lah kak.... ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

::peringatan buat pengunjung::

"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan

puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"