Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Thursday, July 26, 2012

jalan alternatif

sejak - sejak kerja tempat baru ni saya terpaksa rajin cari jalan alternatif, kalau dulu ada juga tau tapi tak guna sebab lebih selesa guna highway, kalau terdesak baru saya ambil jalan alternatif.. tapi memang jarang sangatla.

berbeza sejak saya  kerja baru ni. memang ada highway dan boleh kata sampai depan pintu ofis.. tapinya banyak sangat tol dan pastinya mengeringkan poket saya! kira serupa macam tak payah tukar kejela kalau gaji tolak dengan duit tol nih.. mana taknya sehari pergi balik hampir capai  rm13.. kalau sebulan? belum minyak lagi.. walaupun pakai kete kecik tetap kene isi minyak kan?

jadinya memang saya tahap terdesak cari jalan alternatif, yang saya boleh jamin sampai tepat pada waktunya, dengan minimum kos tak kira dari segi tol & minyak. tapi saya kene korbankan sikit bab masa.

so jalan alternatif yang saya jumpa takla beza sangat dari segi jarak dengan kalau saya guna highway.. tinggal lagi kalau guna highway boleh tekan sampai maximum speed. beza jarak tak sampai 10 km pun. sebab tu saya tekad guna jalan alternatif ni sebab saya cuma bayar tol rm 4.40 je sehari. kan ke dah jimat banyak kat situ? phiewwwww....


Tapi.......



bila sampai bulan Ramadan ni mula masalah timbul sebab banyak sangat pasar ramadan dekat jalan yang saya guna.... T____T nak ikut highway, bila fikir kos memang peningla.. sebab dari rm 13 hari biasa kalau bulan puasa jadi rm15! o_O'

kenapa jadi rm15? sebab bulan puasa saya tak boleh ambil risiko keluar tol rawang sebab memang confirm jam teruk! sapa - sapa yang biasa lalu jalan ni memang taula keadaannya macamana...mau berbuka dalam kereta pulak.. jadi saya akan keluar tol bukit beruntung dan patah balik ke Sg Buaya..

setakat ni bila lalu jalan alternatif memang saya sampai rumah 6.30 dan keatas.. memang kelam kabutla nak prepare makanan untuk berbuka.. masa ni penat memang letak tepila.. kalau kira penat memang alamat berbuka makan kurma jela..


7 comments:

YUS said...

Alahai.. siannya.. tp tu la kan.. Nak buat mcm mne! K'yus yg x berapa jauh keje ni pun, menempuh jammed yg teruk di bulan puasa ni.. kiri kanan blkg dpan sume jammed! pastu plak, sume duk berebut nk blk umah.. kete mmg cucuk-cucuk x kasi kita masuk.. sakit ati pun ada! tp kena berani cucuk jugak la kita.. klo x, alamaknya x bergerak la.. hahaaa..

Aidah said...

Betullah dik. Urut dada tau memikirkan kos tol nih. Akak kan kalau wiken yang kena pergi jemput Farah bawak balik, habis dekat RM30 dgn tol je. Tapi rindu anak punya pasal, kat tempat lainlah akak kena berjimat.

Umi Nazrah said...

kadang2 rasa kecian gak orang yg dok kat bandar besar. penah dengar kat dalam radio, ada orang tu bagitau dia berbuka kat dalam ofis sebab daripada ofis dia, leh nampak jalan jem gila. alhamdulillah sya yg dok kat pedalaman ni, mudah ja nak balik rumah & berbuka, huhu. alhamdulillah :D

maza said...

hehehe....

memang letih ler kalau hari2 macam tu..

tapi .. ala bisa tegal biasa..
eloklah tu cari jalan alternatif, kurang2nya kita mengerti mengelak bila berlaku emergency.. hehehe

maza said...
This comment has been removed by a blog administrator.
julietchun said...

duit gaji buat bayar tol je ya.

~mrs azmi~ said...

@Yus: kalau tak berani cilok memang berbuka dalam kete jela.. T__T

@Aidah: BUlan posa patut leh jimat banyak sebab tak makan lunch.. tapi kos tu pegi kat toll pulak.. huhu

@Umi Nazrah: how i wish to get a job kat kampung, dapat duduk dengan mak... tapinya memang takdela..

@maza: sanngat letih okeh... kul sepuluh lebur dah

@julietchun: macam gitule nampak gayanya... T_____T

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

::peringatan buat pengunjung::

"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan

puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"