Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Thursday, June 2, 2011

kenangan roti lilit

bila blogwalking resipi roti teringat zaman sekolah dulu, zaman comot - comot masuk pengakap - camping sana sini - sampai tak ingat nak studi. masak roti lilit yang tak kepoh nak pakai miver ke pelembut roti ke, baking powder ke, oven jauh sekali! manala nak carik cucukkan soket oven tu klu dah camping kat ceruk kampung - yang dah serupa hutan tu... setiap ahli pengakap WAJIB tahu pasal roti lilit ni tau. kalau fail bab ni takut tak dapat lencana. bila tak lulus satu tak boleh nak proceed ke lencana lebih tinggi

sapa yang tak berapa nak familiar dengan roti lilit tu tak payah nak bayangkan roti yang gebu macam baru keluar oven ye sebab roti lilit ni langsung takde rupa roti! lebih baik anda bayangkan tepung yang dililitkan ke ranting kayu dan kemudian dibakar diatas bara dan biasanya output yang dapat tu takla cantik. nasib tak baik ada yang rentung!


sila fokus pandangan anda pada pinggan - pinggan berisi selain daripada sosej tu ya. Itula outputnya bila bakar atas api, bukan atas bara... tapi kalau dah nama camping, makanan yang huduh pun rasa sedap jugak! nak - nak tengah lapo! hahaha cube kalau kat rumah jangan harap nak makan benda gitu

tapi ada jugak yang agak kreatif, hasilnya roti lilit ni boleh tahan comel jugak.

selalunya time camping pengakap ni yang seksa nya pengujila. Pening dengan macam2 roti lilit yang perlu diberi markah kalau yang sedap penguji makan sampai abis. Kalau yang cantik, siap bubuh kaya, gula untuk finishing dapatla markah lebey.. penguji pun tolong makan habiskan.. tapi kalau yang macam gambar first tu sendiri mau ingatla.. kene habiskan depan penguji juga walaupun tak berapa nak sedap.

meh nak share resipi roti lilit ni


bahan-bahan utama:
Tepung gandum, air, gula sebagai perasa, batang kayu yang di cuci bersih, dan api...

Cara membuat:
mula, mula campurkan sedikit air kedalam tepung, dan mula uli tepung. setelah tepung sudah kering, lakukan proses yang sama untuk beberapa kali, . dalam masa yang sama unggun api hendaklah di buat.
setelah tepung sudah sebati, lilitkan tepung tadi di atas kayu, pastikan tepung di lilit dengan kemas. sesudah itu, taburkan gula. dan mula memanggang. ingat, bakar dengan bahang dan haba, bukan dengan api. nanti roti akan hangus. lepas tu, apa lagi... makan la... selamat mencuba ya...



oh zaman comot2 berpengakap dulu sangat mengujakan!

8 comments:

maza said...

wakakak...

maza juga ahli pengakap, setingkat lagi mahu pengakap raja.. siap pergi kursus utk pengakap raja.. last2 sampai pengakap kelana separuh jalan jerk..

bab makan roti lilit dan roti lilit kering ni dah biasa sangat..kekadang kreatif punya pasal sampai masak roti dlam tanah tu.. ahaks..

terima kasih kerana mengembalikan nostalgia yg best2 itew..

~mrs azmi~ said...

@maza: punyela degil dulu.. mak tak bagi g camping sebab nak spm pegi jugak.. semata2 nak dapatkan pengakap raja dan alhamdulillah dah dapat pun sijil

julietchun said...

betullah kan, tem camping dulu nasi separuh masak pun buleh abes pakat makan :P

lupie said...

Ohhh... begitu rupanya roti lilit!

~mrs azmi~ said...

@Julietchun: makan nasik tak berapa nak masak pun jarang kene cirit birit kan? nampak sangat perut ngada2 kalau kat rumah!haha

@lupie: ehehe rasanya sangat sedap! wakaka

Dr Singa said...

awak ada badge apa masa pengakap dulu...?

~mrs azmi~ said...

@DrSinga: Lencana Pengakap Muda + Lencana Pengakap Remaja = Pengakap RAJA ^_^

en_me said...

sodappnyerr makk.. ehehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

::peringatan buat pengunjung::

"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan

puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"