Monday, May 30, 2011

hantaran serba satu, dengan tambahan seekor kucing gemuk

minggu lepas suami minta tolong buatkan hantaran untuk kawan dia nak bertunang. Dah lama tinggalkan mende gubah menggubah ni, last masa wedding sendiri hampir 3 tahun lepas.. terasa macam dah ketinggalan dengan fesyen - fesyen sekarang. takutla tak memenuhi kehendak kawan tu, tapi sebab suami buat jugalah. buat yang ringkas dan senang nak bawa maklumlah perjalanan jauh.

seminggula mengadap semua hantaran tu, dan dua budak bulu tu pun sama sibuk! sapa kata senang nak buat kerja kalau takde anak kecik?? jenuh nak mengalihkan si coki. suka sangat masuk dalam plastik, gigit bunga, gigit riben pastu bawak lari, masuk dalam bakul... alahai...

Hari jumaat sampaila giliran bakul buat nak dideco, dah siap sebahagian saya letak tepi sebab nak sediakan bunga riben lain. rupanya ada yang berminat dengan bakul tu!

v


v


v


v


v


v


v


hantaran tambahan - kucing gemuk seberat 7 kilo!


rilek je dia masuk dalam tu, betul2kan position, muat - muat je

siap tido pulak tu!


selama saya buat hantaran lain dia cuma dok tepi tak pernah pula mengacau, ingatkan dia tak heran dengan suma tu. Rupanya teringin jugak! haha

17 comments:

maza said...

hahahah... memang cute sungguh si aly itew. hahahaha

rasa mcm nak gheghet aje.. hehehehe

bujal X said...

7 kilo? makan kanji ke hapa?haha~~

*saya suka kucing gemok~~

Daddy Ziyyad said...

hahaha..sangat comel !

nasib baik kucing tak beranak dalam tu!

~mrs azmi~ said...

@maza: kitorang gelak besar bila perasan dia nak masuk dalam bakul tu... muka inesen, slow motion masuk takut kene marah. haha

@bujalX: makan kanji pon tak gemok camtu tau!

@Daddy Ziyyad: takle nak beranakla daddy ziyyad sebab dalam perut tade baby, ade lemak je.. ^_^

gadisBunga said...

dia tgk dari jauh sambil plan timing yg paling sesuai nak conquer bakul tuh...bijak...bijak...hahaha!

Ismail N said...

oikkk kalau ler benor2 org hantar kucing sbg hantaran, agak2 pihak yg sebelah lagi tu nak cakap apa?

julietchun said...

ngam-ngam sungguh dgn dia :P

~mrs azmi~ said...

@GB: tula pasal! baeeek punya timing.

@Ismail N: errr... kalau saya, sukaa!! bukan senang nak bagi kucing gemok! haha

@julietchun: dia ni suka duduk tempat yang ngam2 badan dia.. ade sensor kott hahaha

DrSinga said...

terbalik tak bakul tu lepas tu!?

~mrs azmi~ said...

@DrSinga: idak pulak.. elok je muat2, sampai tido2 dia dalam tu

hamzah ian said...

gemok kucing.. hahahha

Muhaimin said...

Kucing tuh buat macam tak bersalah je ;p.

Rosmawati Yusof said...

He,he...dia pun teringin nak kawin tu...

~mrs azmi~ said...

@hamzah ian: kucing dobot yang malas heheh

@Muhaimin: dia memang! selambe je...

@Rosmawati Yusof: taklw nak kawenla kak.. dah kena zasss! hahaha

Suara Kalbu said...

Mak oiiiii.. cutenya dia tido dalam bakul tu..

lupie said...

So sweet!!!!

~mrs azmi~ said...

@Suara Kalbu: mekasih ibu! ^_^

@lupie: tq ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

::peringatan buat pengunjung::

"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan

puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"