Tuesday, June 21, 2011

first attempt making buns

saya bukan seorang yang pandai masak. Dulu masa kecik2 memang sangat jarang tolong mak kat dapur. sampailah besar dah berlaki ni, kalau balik kg ramai - ramai memang saya lebih pada bersihkan rumah daripada masak!

lepas kawen barula saya selalu ke dapur. nasib baik dapat suami yang tak cerewet, kalau sedap dia makan pasti bertambah - tambah. Kalau dia cuma makan sepinggan tak bertambah paham - paham sendiri sudahlah! hehe

saya belajar masak bergurukan internet, takde kelas khas ataupun buku resepi masakan yang harga boleh tahan tu. Cuma google resepi, pilih mana agak - agak paling senang dan print! (banyak yang saya dah print tapi ada yang belum cuba pun!... haha)

eh.. ke laut sudah....

balik topik...

dulu2 suka sangat makan roti boy, masa kat upm dulu sanggup ke klcc semata - mata nak beli roti dia. turun lrt dah terbau roti yang berperisa kopi yang sangat wangi!

teringin punya pasal, last week cuba jugak nak buat sendiri roti ni. siap google camne nak uli roti!! hahaah

resepi yang saya ambil dari laman myresepi, tapi saya cuma buat separuh adunan.



lihat! roti yang tak semenggah rupanya.. senget benget

nampak beno tangan tak cukup seni, tula asyik pegang mouse & ketuk keybod je keje

first trip. oven tak cukup beso nak masuk sume skali.. haha


dalam banyak2 yang dah siap langsung lupa nak snap pic. dah tinggal seketoi baru terhegeh2 nak snap.. wakaka



pasni bolehla pujuk rayu suami belikan bread maker bior bini dia ni laaaagi rajin buat roti! haha

9 comments:

Suara Kalbu said...

Perghhhhhhhhhhhhh.. dasat dasat..

Pas ni boleh la order kat awak je hihihi

Ida pun suka roti ni ... dari jauh bau dia tu memang la sangat meruntuhkan nafsu hihihi

~mrs azmi~ said...

@Suara kalbu: kan? bau dia tu yang buat teringat2.. dapat mkan yang freshly baked lagi best!

DrSinga said...

nak oder sembilan!!
boleh deliver tak... ??

:)

julietchun said...

wuihhh, dia punya bulat buat tangkap leleh beb :P

Ku Tak Sempurna said...

boleh kalahkan roti boy ni!

pasni bukak kedai roti. letak nama roti girl eh. kita akan sokong!

hihihi

maza said...

Oh maza tak pandai bikin roti.. tukang makan boleh lah.. tapi roti bukanlah maza minat sangat.. gitew2 aje.. hehhe

psst: bila pandai masak, dan masakan sedap2 tak lama lagi badan suami pun meningkat naik.. tulah tandanya bahagia, makmurrr gitew.. ahaks..

Rosmawati Yusof said...

Yum, yum.. sedapnyer..... hidang dgn ayor kopi, auw...

Mr PenyuBiru said...

seni itu subjektif.hehe

tapi bun tu nampak cam roti boy aaa.maybe bleh namakan bun tu roti girl plak.hehe

~mrs azmi~ said...

@DrSinga: deliver belom ada! hahaha

@julietchun: gebu kanns! hikhik

@kts: kalau takde topping tu rasa dia cam donat taw... mesti awak suka
yeay roti girl!

@maza: kebahagiaan diukur dengan pertambahan ukur lilit perut suami :wink::wink:

@Rosmawati Yusof: memang ummph cecah denga ayor kopi

@Mr PenyuBiru: pasni register jadi Roti Girl lah.. beli taw! hihi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

::peringatan buat pengunjung::

"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan

puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"