sapa yang tak berapa nak familiar dengan roti lilit tu tak payah nak bayangkan roti yang gebu macam baru keluar oven ye sebab roti lilit ni langsung takde rupa roti! lebih baik anda bayangkan tepung yang dililitkan ke ranting kayu dan kemudian dibakar diatas bara dan biasanya output yang dapat tu takla cantik. nasib tak baik ada yang rentung!
sila fokus pandangan anda pada pinggan - pinggan berisi selain daripada sosej tu ya. Itula outputnya bila bakar atas api, bukan atas bara... tapi kalau dah nama camping, makanan yang huduh pun rasa sedap jugak! nak - nak tengah lapo! hahaha cube kalau kat rumah jangan harap nak makan benda gitu
tapi ada jugak yang agak kreatif, hasilnya roti lilit ni boleh tahan comel jugak.
selalunya time camping pengakap ni yang seksa nya pengujila. Pening dengan macam2 roti lilit yang perlu diberi markah kalau yang sedap penguji makan sampai abis. Kalau yang cantik, siap bubuh kaya, gula untuk finishing dapatla markah lebey.. penguji pun tolong makan habiskan.. tapi kalau yang macam gambar first tu sendiri mau ingatla.. kene habiskan depan penguji juga walaupun tak berapa nak sedap.
meh nak share resipi roti lilit ni
bahan-bahan utama:
Tepung gandum, air, gula sebagai perasa, batang kayu yang di cuci bersih, dan api...
Cara membuat:
mula, mula campurkan sedikit air kedalam tepung, dan mula uli tepung. setelah tepung sudah kering, lakukan proses yang sama untuk beberapa kali, . dalam masa yang sama unggun api hendaklah di buat.
setelah tepung sudah sebati, lilitkan tepung tadi di atas kayu, pastikan tepung di lilit dengan kemas. sesudah itu, taburkan gula. dan mula memanggang. ingat, bakar dengan bahang dan haba, bukan dengan api. nanti roti akan hangus. lepas tu, apa lagi... makan la... selamat mencuba ya...
Cara membuat:
mula, mula campurkan sedikit air kedalam tepung, dan mula uli tepung. setelah tepung sudah kering, lakukan proses yang sama untuk beberapa kali, . dalam masa yang sama unggun api hendaklah di buat.
setelah tepung sudah sebati, lilitkan tepung tadi di atas kayu, pastikan tepung di lilit dengan kemas. sesudah itu, taburkan gula. dan mula memanggang. ingat, bakar dengan bahang dan haba, bukan dengan api. nanti roti akan hangus. lepas tu, apa lagi... makan la... selamat mencuba ya...
oh zaman comot2 berpengakap dulu sangat mengujakan!
8 comments:
wakakak...
maza juga ahli pengakap, setingkat lagi mahu pengakap raja.. siap pergi kursus utk pengakap raja.. last2 sampai pengakap kelana separuh jalan jerk..
bab makan roti lilit dan roti lilit kering ni dah biasa sangat..kekadang kreatif punya pasal sampai masak roti dlam tanah tu.. ahaks..
terima kasih kerana mengembalikan nostalgia yg best2 itew..
@maza: punyela degil dulu.. mak tak bagi g camping sebab nak spm pegi jugak.. semata2 nak dapatkan pengakap raja dan alhamdulillah dah dapat pun sijil
betullah kan, tem camping dulu nasi separuh masak pun buleh abes pakat makan :P
Ohhh... begitu rupanya roti lilit!
@Julietchun: makan nasik tak berapa nak masak pun jarang kene cirit birit kan? nampak sangat perut ngada2 kalau kat rumah!haha
@lupie: ehehe rasanya sangat sedap! wakaka
awak ada badge apa masa pengakap dulu...?
@DrSinga: Lencana Pengakap Muda + Lencana Pengakap Remaja = Pengakap RAJA ^_^
sodappnyerr makk.. ehehe
Post a Comment