Makan 2 biji pisang setiap hari dan anda akan temui penawar terbaik darinya.
Antaranya:
ANEMIA
Pisang kaya dengan iron. Baik untuk merangsang pengeluaran hemoglobin. Secara tidak langsung, ia turut membantu menyelesaikan masalah anemia.
TEKANAN DARAH TINGGI
Sebagai buah-buahan tropika, pisang kaya dengan potassium dan rendah kandungan garam. Ini menjadikan pisang sebagai buah yang paling baik untuk membantu mengurangkan masalah tekanan darah. US Food And Drug Administration telah memberi kelulusan kepada pengusaha-pengusaha perniagaan buah pisang di sana untuk membuat kenyataan rasmi bahawa pisang mampu mengurangkan tekanan darah dan angin ahmar.
KUASA BERFIKIR
200 orang pelajar di Twickenham (Middlesex) telah disarankan memakan buah pisang semasa bersarapan, waktu rehat dan masa makan tengahari untuk merangsang IQ masing-masing. Ini kerana, pisang yang kaya dengan potassium dipercayai berkesan untuk menjadikan para pelajar lebih peka terhadap pembelajaran mereka.
PENING DAN MUAL
Satu cara yang paling pantas untuk menghilangkan rasa pening dan mual ialah dengan menyediakan segelas "banana milkshake" yang dicampurkan dengan sedikit madu. Pisang mampu melegakan perut. Dengan bantuan madu pula, ia menurunkan paras gula dalam darah dan susu berkesan untuk melancarkan perjalanan sistem tubuh.
No comments:
Post a Comment