Bila orang pandang rendah pada anda, sebenarnya itu satu ujian buat hati anda dan juga satu ujian pada sikap anda. Ada orang, bila dipandang rendah, hatinya jadi panas membara. Dia marah, terasa dirinya diperlekehkan. Maruahnya tercabar, egonya juga tercabar.
Ada orang, bila dipandang rendah, dia cool saja. Dia tak berapa ambil kisah, tetapi dia tahu orang itu siapa dan apa yang dicakapkan olehnya. Dia melupakan yang negatif, mengingat selalu pada yang positif.
Orang yang cool biasanya bersikap positif sebab dia tak suka menyemakkan fikiran dengan perasaan sakit hati, dendam, marah atau rasa tak puas hati. Seboleh mungkin dia akan mengelak sikap-sikap negatif sebegitu dari bersarang di hatinya.
Anda tergolong dalam kategori mana satu? Sama-sama kita check attitude kita dan hati kita. Orang-orang berjaya, hati mereka sentiasa bersih, sikap, perangai dan kata-kata mereka baik-baik belaka kerana mereka tahu sikap itu akan mempengaruhi tahap kejayaan mereka.
Nak cemerlang, kita kena mulakan dari dalam. Nak merubah diri, membina peribadi, kita kena mulakan dari hati. Hati kita melambangkan tahap kejayaan kita
Monday, August 3, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
::peringatan buat pengunjung::
"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan
puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"
puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"
7 comments:
uhuh...mula kan dengan hati yg suci dan bersih
wkakaka.. den jenis terus bunuh org kalau dio cakap bukan2 dan merapu tontang den!
wakaka
apo mcm, zalim tak?
wakakakaka
Maza tu memang suka terjah. Boleh dapat sakit jantung....
Memang kena banyak bersabar. Semua orang ada kelemahan dan kelebihan. Kita terima aje laa... kita pun tak sempurna, kan....
kesabaran itu senjata bagi org mukmin....
@suezensuzanna: bila baca rasa senang.. tapi tang nak buat payah beno!
@maza:humangaaiih!! dasat tol! sampai bunuh orang bagai!!
@kak tie: betul..betul..betul!!
@dinding cantik: betul... cume senjata tu senang luntur bila terus diberi tekanan.
sentiasa perlu berbesar hati.. mengambil sikap positif dalan semua keadaan.. dan selalu berprasangka baik terhadap keadaan keliling.. tak ambil pusing dengan apa tanggapan orang...
@zino: betul! bila tak berprasangka, hati tak sakit!
Post a Comment