Tuesday, August 28, 2012

Lemau.. mabuk kuih raya....

masih dalam proses mendapatkan momentum kerja yang maximum.. lepas seminggu cuti raya.. lemau je masuk keje.....

nila dia manusia... bila keje tak cuti2 lemau sebab nak cuti...

dah lama sangat cuti lagi lemau rupanya bila nak start keje!! adoyai!

Alhamdulillah Aidilfitri kali ni disambut dengan penuh kesyukuran secara sederhana. kami suami isteri tak beli baju raya pun.. recycle jek baju yang sangat jarang dipakai.. tak sempat nak p sopingle katakan... pengajaran tuh.. lenkali soping raya sebelum puasa.. kihkihkih

balik kampung sabtu pagi, lepas sahur baru terkial2 nak pack baju.. nak cari barang2 yang cuma diguna setahun sekali. rumah memang tunggang langgang, tutup mata je.. sok balik dari kg baru kemas! budak 3 ekor pun ikut balik sekali.. tak sampai hati nak tinggal kat umah sampai seminggu... kat kg kene duk dalam cage, meroyanla masing2 sebab kene kurung.. nak lepas karang masing2 panik tengok orang ramai menyuruk sampai susah nak carik.. daripada pening kepala nak cari baik kurung jek! 2 hari terakhir kat kg baru lepaskan sekejap2 sebab dah tak ramai orang. dan hasilnya masing2 bawak balik kutu khinzir kat telinga!  mana idaknya.. bila dapat lepas semua explore kebun nenek...isk.. popok je takde.. agaknye sebab dia dok melenting2 je kat kebun, kutu pun tak sempat nak hinggap.. akekekeke

kuih raya emak pun sempat siapkan, mujur dah amik cuti siap2 hari jumaat.. memang pulunla siapkan biskut dari lepas sahur sampai tengah malam. agaknya kalau oven tu boleh bercakap memang menyumpahla dia sebab kene kerja sehari suntuk. semua sekali 5 jenis biskut, 2 adunan setiap satu (biskut sarang semut, tart gulung, chocolate chips, biskut nestum,  snow almond), dah hujung2 tu rasa ada lagi kederat buatkanla mak 3 biji kek (kek marble, kek coklat, kek chiffon). masukvraya kedua kebanyakan bekas biskut dah 'terang', bukan sebab ramai orang datang tapi anak2 buah yang bedal!! raya ke3 kitorang dah g kedai cari biskut lain pulok..

duit raya tahun ni bolehla bagi lebih sikit sebab dah tukar kerja.. walaupun tak dapat interim bonus sebab tak cukup haul.. T____T jadila.. dapat rasa sorang sikit...

memang aman tenteramla raya sampai tak heran pun nak charge telefon. charge pun habis bateri sesaje jek sebab kat kg susah gila nak dapat line. dari membazir bateri baik off je terus. lagipun chenta hati ada depan mata kanns.. lainla anak2 buah yang tengah mabuk bercinta tuh... masing2 gigih cari line telefon.. sanggup dok kat lorong depan rumah gelap2 kene gigit nyamuk asalkan dapat line telefon.

opssss.. nampak gaya memang lemau sungguh ni.. merepek merapu meraban je nih..

selamat bekerja semua!




**jangan meroyan ye maca tulisan banyak2 ni.. tak sempat pegang camera pun time raya  T____T





2 comments:

Aidah said...

Rajin betul buat kuih. Tapi kalau buat sendiri memang berkat, dik. Cepat je habis kan. Elok, tak membazir pun. Gambar raya kat kampung tak de ke, dik?

~mrs azmi~ said...

@Aidah: gambo kat kg tak sempat nak copy dari anak2 buah lagi...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

::peringatan buat pengunjung::

"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan

puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"