Friday, August 3, 2012

double joy and happiness

Nampaknya raya kali ni kene tambah lagi bilangan sampul duit raya untuk anak buah....

tahun ni kena sediakan 22 sampul duit raya + isinya sekali.. phiewwww! berpeluh maksu korang ni tahu?! tapi takpelah.. bukan selalu... 

alhamdulillah rabu lepas, cucu mak saya bertambah lagi menjadikan 22 orang semuanya.. dan baby girl kali ni dari abang saya.. anak ke 4 (dah kira bongsu le ni) tapi terpaksa lahir memalui pembedahan caesarean sebab uri kat bawah....  


.......tapi maksu ni tak sempat g melawat lagi T_____T padahal bukan jauh sangat punnnn cumenye sebab bulan puasa ni rasa masa berlalu cepattttt sangat. maybe hari ahad baru boleh g melawat

semalam pulak dapat 1 lagi berita gembira, kakak ipar (kakak suami) pun dah selamat bersalin anak sulung, baby girl juga. Dia pun terpaksa bersalin melalui caesarean sebab baby terbelit tali pusat.... alhamdulillah semuanya selamat.. yang ni lagile tak tahu nak g melawat bila! huuuuu


esok dahla kena kerja! uwaaaaaaaaa 


anyway congrats to both family on ur new bundle of joy! moga membesar jadi anak bijak, solehah,   sihat..... 








**kalau nak g melawat baby - baby ni kene saya perlu siapsediakan perisai hati, keringkan hati, tabahkan hati.... for sure orang akan tanya "kau bila lagi??", kalaulah saya sendiri boleh tentukan bila anak kecil tu akan tiba dalam hidup kami..  

7 comments:

doc said...

dalam Ramadhan yang berkat dan mulia ni... saya doakan.....

~mrs azmi~ said...

@Doc: amin... amin....Tq Doc..

maza said...

alamak! tak sempat lagi nak tuko duit lah..

huhuhu

Suara Kalbu said...

Samalah kita mama,

Memang kena bertabah hati. Bila orang tanya, mulut senyum tapi hati menangis. Soalan mereka tu kadangkala melukakan hati.

Dah 9 tahun ibu kawin, masih orang tanya " korang ni bila lagi ? tak nak anak ker ? "

Mudahnya bertanya tanpa usul periksa hati saya

Aidah said...

Akak doakan semoga adik dikurniakan zuriat sendiri. Amin.
Jangan sedih, ada rezeki tu, insyaAllah.

zino said...

baru 22 mak su....hehe

~mrs azmi~ said...

@maza: dah tuko duit ke belom! ke nak bagi note 50 kat sume budak2? hihihi

@Suara Kalbu: kita buat muka selamba je kat mana2.. jadi orang ingat kita tak nak... takkan nak suruh semedang bersedih sebab kurniaan tu belum tiba?

@Aidah: amin...tq kak

@zino: 'baru' 22 pun dah pening zino.. kehkehkeh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

::peringatan buat pengunjung::

"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan

puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"