Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Tuesday, August 14, 2012

Balloting day

balloting day @ orang putih kata 'hari pengundian' bukan mengundi pilihanraya ya.. ada sapa2 yang pernah melalui proses ni masa beli rumah? selalunya  melibatkan projek perumahan baru.

start dari 2/8 - 10/8 dah diadakan sales preview untuk Eco Glades di Cyberjaya, alhamdulillah sambutan menggalakkan dan senarai mendaftar lebih 2kali ganda dari unit yang ditawarkan. Ada 6 jenis rumah dari 3 fasa berbeza dilancarkan serentak. 1 fasa Superlink(starting rm1.1 M), 1 fasa SemiD(start rm1.7M), 1 fasa island(mix - superlink(start rm1.2M), semiD(rm1.9M), banglo( start  rm2.4M))

jadi semalam semua staff yang berkaitan dikerah untuk melicinkan proses 'ballot' ni. Masa mula2 dapat task memang blur tak boleh nak bayangkan amendela menatang balloting nih. Padahal tengah bagi explaination kat customer ni, time tu buat muke confident sudah...  waktu briefing pasal proses pun masih blur lagi.. cume fahamkan betul2 ape task saya.. proses keseluruhan tetap tak reti nak bayangkan (sebab tak pernah beli rumah kennnn)

akhirnya ahad lepas sampai jugak balloting day nih.. patut saya jadi sales assistant tapi sebab registration kaunter tak cukup orang maka tolonglah dorang dulu. keluar rumah kul 5 pagi tau! sebab kene kumpul kat ofis kul 6 & van hantar kami ke cyberjaya.. memandu waktu awal pagi memang mencabar.. jenuh tampar muka sendiri nak bagi bukak mata

Balloting day ni dibuat di Cyberview Lodge Resort & Spa, Cyberjaya. registration start 7.30 - 10.00am masa tu macam2 kerenah buyers boleh tengok. ada yang guna sampai 4 nama (wife / husband / anak / parents) dan kebanyakannya buyers cina. melayu boleh kira dengan tangan, india kurang 5 orang. selambe je dorang beli rumah juta2 ni. macam soping kat kedai runcit! ada juga yang datang as cash buyer!! boleh bayang dak orang beli rumah juta2 bayar cash? ada yang datang invitation letter takde.. yang tu memang mintak ampun takleh masuk ye. kena pastikan nama on invitation letter, purchasers detail form & pre assessment letter dari bank adalah dari orang yang sama. untuk balloting ni nak pakai proxy pun boleh dengan syarat ada authorised letter. kalau takde sila balik... ada yang register nama 2 kali dengan harapan nak dapat 2 nombor tapi kirim salam.. memang dapat 1 je sebab kami dah tapis siap2.. kalau nak dapat no lebih kene pakai nama orang lain.

ade tak buyer yang mengamuk sebab takle masuk? mestilah ada..... tapi nak wat camne.. dah memang takle... even kalau dia nangis guling2 pun kami takle bagi masuk

10.30am start cabut no. start dengan 5 lot banglo. dan lepas tu untuk superlink & semiD. lepas no dipanggil kene Q pula untuk masuk pilih lot yang disukai ya. time nila naik sakit tekak saya panggil no yang berkenaan sebab bila dah hujung2 ramai dah balik sebab lot yang dorang nak dah habis. Fasa island memang selling fast! fasa yang paling cepat habis! diikuti dengan superlink. paling slow fasa untuk semiD. cume semiD ye yang masih ada available lot waktu balloting tamat. 2 fasa lagi sold out dalam masa 4jam!

lepas buyer ni pilih lot, kene jumpa lawyer kami untuk handover booking cheque. Lepas tu dah boleh balikla. g cari loan sume siap2,   S&P akan sign dalam masa 1-2bulan.

bila dah hujung2 tu kaki memang dah rasa cam nak tanggal jek.. penat gilos! dan proses ni tamat lebih kurang pukul 3 petang. Kesian juga tengok ade sorang tu ada 3 nombor terlekat kat badan dia tapi 1 pun tak naik! sampaila hujung2 tu akhirnya kami kumpulkan no orang2 yang tinggal n cabut undi. semua yang tinggal tu dapatla unit semiD sebab tu je yang ada..

ada juga yang saya nampak ada sorang tu 4 kali kot no dia naik. memang pakat sedara mara adik beradik beli kottt.

Fuhhhh...... skang dah tau camne proses balloting.. lenkali kalau kene duty memang sapsapsoi jelah... hihi

hujung tahun ni Nov/Dec mungkin akan launch lagi 3 parcel. sapa2 minat bolehlah register nanti ya

boleh tengok di website ni ya ----> Setia Eco Glades





6 comments:

YUS said...

Oooo.. ni la maksudnya! baru la k'yus paham! hehehe... *bestnya klo dpt umah besar-besar ni.. hiksss....

bujal X said...

saya mampu rumah kos rendah je~~he~~

Dr K said...

tu rumah urang urang kaya....

~mrs azmi~ said...

@yus: kita pun mampu tengok je kak.. kihkih

@BujalX: saya pun sama... kita tolong jual jerr

@Daddy Ziyyad: tula pasal.. kita ni tolong design jer

Cikgu DrDJ said...

hadoii...x mampu ler mak ni nyah oii..nak beli umah million2 bagai...hohooho

Cikgu DrDJ said...

hadoii...x mampu ler mak ni nyah oii..nak beli umah million2 bagai...hohooho

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

::peringatan buat pengunjung::

"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan

puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"