Monday, September 3, 2012

dah makan tu pandai pandailala bersihkan

Agak - agak kan, korang sentap dak bila jiran tak jemput makan kenduri kawin anak dia tapi pinggan makan + cawan polisterin bersepah - sepah kat compound kita?

.............memang menyirap rasanya kan?! kami ni tak kisahle tak dijemput kenduri pun walaupun cuma selang 2 rumah takde luak pun. hak masing2 nak tentukan sapa yang awak nak jemput.

tapi bila pinggan makan & cawan tu bersepah kat compound kita.... tu yang buat darah kita ni menggelegak!


kepada semua bakal2 pengunjung rumah kenduri.... jagalah adab sopan juga waktu makan kenduri ye... kalau dah tahu awak tu makan di luar boundary rumah kenduri yakni diluar kawasan khemah2 yang disediakan, tolonglah angkat semula pinggan makan korang yang tak berapa nak berat tu letak atas meja bawah khemah yang disediakan tu.. walaupun compound rumah yang korang masuk tu pintu pagarnya terbuka luas, tak bermakna korang boleh suka suki nak tinggalkan sisa makanan korang.
tak semestinya penanggah tu nak tolong bersihkan rumah jiran tu sekali walaupun sampah tu sampah dari kenduri! dalam kes aku ni memang haramle dorang nak bersihkan! dahla sentap tak dijemput kenduri.. lepas tu kene pulak bersihkan sampah yang bukan kita buat... memang idakle aku nak pulang sume pinggan cawan tu balik.. ku bakor je semua.


belajar2 hormat harta menda orang walaupun rumah tu nampak macam rumah tinggal... janganla buat muka tak malu buat macam harta menda sendiri..

8 comments:

Aidah said...

Maunyaa tak sentap! Kalau akak pun sentap jugak. Baru2 ni akak ada jugak insiden sentap. Inilah antara manusia2 mengong dalam dunia kan, dik. Okey sekarang kena tarik nafas dalam2....sabarrrrr..

~mrs azmi~ said...

@Kak Aidah: tarik napas..... hembus.... tarik napas... tahan... sampai muka biru! hihi

sI tEDI said...

baling pinggan mangkuk tu dekat rumah dia balik. hahahaha

Suara Kalbu said...

Ini sudahhhhhhhh lebey...

Kalau saya, saya kutip balik pinggan mangkuk tu tapi saya tak buang. Saya letak balik depan pintu pagar umah dia. Kasi sentap sikit hahahhahaah

Suara Kalbu said...

Ini sudahhhhhhhh lebey...

Kalau saya, saya kutip balik pinggan mangkuk tu tapi saya tak buang. Saya letak balik depan pintu pagar umah dia. Kasi sentap sikit hahahhahaah

~mrs azmi~ said...

@siTedi: ikut hati meluap2 nih memang nak buat aksi piring terbang jer.. tapi kenangkan hormat orang tua....

@Suara Kalbu: kira dah sentapla tu ibu, sebab kita letak pinggan tu bawah pokok depan rumah kita.. tempat kita selalu bakar daun kering.. esoknya kita balik kerja pinggan tu dah takde! haha

cikgu Naman said...

last weekend pergi kenduri makan dalam rumah jiran sebelah rumah pengantin..hehe..xpela dia siap ajak

tapi memang jaga betul² la..apa yang tumpah tu lap lah

sikap kat atas tu memang sinonim dengan kurangnya kesedaran sivik di kalangan rakyat malaysia

~mrs azmi~ said...

@Cikgu Naman: tula dianya.. tak semua orang prihatin macam cikgu ni....

hailah malaysian.. dah 55 tahun merdeka pun masih tak merdeka lagi kesedaran sivik

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

::peringatan buat pengunjung::

"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan

puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"