Wednesday, June 23, 2010

BERAPA AGAKNYA UMUR KUCING?

Umur kucing

Pernahkah kamu tertanya-tanya berapa lamakah jangka hayat seekor kucing? Kebanyakkan kucing hidup selama 11 hingga 12 tahun. Tetapi kucing yang hidup dan di pelihara dalam rumah, biasanya boleh menjangkau sehingga 16 tahun dan 20 tahun.

Manakala kucing yang terbiar kebanyakkanya terdapat di tepi-tepi jalan hanya boleh menjangkau selama 4 hingga 8 tahun sahaja. Apa yang menyedihkan lagi kucing yang terbiar ini mati akibat dari tidak mendapat penjagaan yang sempurna dan kurangnya mendapat nutrisi yang sepatutnya.

Bayangkan sahaja berjuta-juta anak kucing yang lahir dari induk yang terbiar. Bagaimanakah nasib anak-anak kucing itu. Walhal sepatutnya umur yang begitu kecil sepatutnya mendapat penjagaan yang sempurna tetapi banyak pula yang mati akibat dari tidak mampu mencari makanan sendiri ataupun dilanggar kenderaan.

Tetapi apakah hal dengan kucing yang dipelihara tetapi di biarkan berkeliaran di luar rumah? Biasanya kucing seperti ini jangka hayat mereka lebih lama jika di bandingkan dengan kucing liar. Ini kerana walaupun kucing ini berkeliaran tetapi makan minum masih terjaga. Cuma kucing seperti ini mempunyai risiko mati akibat dari jangkitan kuman daripada kucing-kucing liar yang lain.




Pelik jangka hayat kucing lebih cepat berbanding dengan manusia. Tahukah kamu kucing yang beumur 1 tahun sama dengan 6 tahun umur manusia. Jadi bererti jika umur kucing 10 tahun sama dengan 60 tahun umur manusia??

Tidak kisahlah berapa beza umur dan jangka hayatnya. Apa yang penting kita sudah memberikan rawatan dan perlindugan yang terbaik kepada si comel kita.

6 comments:

en_me said...

koff koff .. ahaha

Lady of Leisure said...

takut nak pikir jangka hayat kucing... kalau boleh i tak nak kehilangan dorang... i want them to be with me sampai bebila... huhuhu

yonna said...

tak boleh bayangkan kalau yonna yg bela kucing T___T mungkin jangka hayat dia tka sampai 2 tahun T______T

mrsshahril said...

tumpang lalu ...tuan rumah....

~mrs azmi~ said...

@LOL : memang.... tak sanggup nak bayang kalau aly 'pergi' T_____________T

@Yonna: kalau 'dia' pergi dulu mungkin akak tabahkan hati tapi kalau kita pergi dulu?? sapa nak jaga 'dia'?? uwaaaaaaaaaaaaa

@mrsshahril: lalu2 sila bayar ufti yer... mane ade mende freee skang! muahahaha

argien_cippux said...

kucing ku taon ini umur 12 taon,, setiaa bnget dya,, emang kliatan udah tua bnget,kulitny aj udah kendor2 gt,jd 2013 nanto si blacko umurny 13 tahun.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

::peringatan buat pengunjung::

"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan

puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"