Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Tuesday, June 29, 2010

pusat 'PENETASAN' bayi

hiks.. itu kalau kita translate baby hatch centre kan?? gatai

hep - hep sila serius sedikit puan...

di muka depan akhbar berita harian hari ini memaparkan gambar bayi pertama yang diserahkan ke Pusat Jagaan Bayi tidak diingini di Petaling Jaya. Melihat wajah tidak berdosa itu terasa sayu hati. Kita yang sangat mengharapkan kehadiran sikecil masih belum berhasil tetapi ibubapa bayi ni sebaliknya.... syukurlah nasib anak ini tidak semalang bayi lain dibuang merata - rata kan?

janganla pulak satu hari nanti baby hatch centre ni jadi jalan mudah pada nak lakukan 'dosa' itu

takut satu hari terdengar budak - budak remaja bersembang

"ala... ape nak risau?? kalau mengandung hantar jela kat BABY HATCH!"

nauzubillah...

11 comments:

Queen said...

betul2..risau..tapi demi menyelamatkan bayi yangtak berdosa...sepatutnya ada lagi langkah kawalan dari kerajaan utk elakkan maksiat tu berlaku....kalau kita nak pi main dgn baby tu dekat pusat hatch centre tu buleh ke?

Lady of Leisure said...

i tgk the link comel baby tu...

Izzah said...

bayi yang tak diingini...
sedihnye baca statement nih...
cuba fikir..what will the baby feel..kalo dia tau dia adalah bayi yang tidak diingini...poor baby..
:(

maza said...

Tak der ke nama mulia lain drpd nama baby hatch tu? mcm hampeh jer kanzz... mcm ngeri jerk..

huhuhu

~mrs azmi~ said...

@Queen: sy pun tataula.. agaknya kalau kita nak jadi volunteer kat situ boleh kotttt

@Lady of leisure: comel sangat kan? sampai hati betul tinggalkan anak

@izzah: selalunya baby2 ni dia dari dalam perut dah terasa suma ni..... dan selalunya baby2 macam ni senang sangat nak jaga....

@maza: entahnye..org bagila name sweet2 sket kanns? ade pulak baby hatch!

yonna said...

aihh kan akak? :( mentang2 dah ada pusat macam2 utk selamat kan baby, jgn la remaja2 sekarang ni jadikan platform untuk diorg buat benda2 terkutuk tu.

adie said...

ini salah satu penyelesaian utk perkara yg dah terlanjur.pihak yg bertanggungjawab yg lain pula kena pikirkan macamana nak jauhkan remaja ni dari gejala ni termasuklah ibubapa.

~mrs azmi~ said...

@yonna: nauzubillah

@Mrpenyubiru: semua pihak kene sedar semua ni.. lebih2 lagi parents, jgn sebab nak kejar harta dunia 'harta' yang bawak sampai akhirat tu terabai.

Thoha said...

salam..macam2 yg berlaku sekarang ni..semakin menakutkan kes buang bayi ni..

Aida Ali said...

At least ada tempat yang boleh menyelamatkan nyawa bayi malang tu. Tahniah kepada pusat tersebut

~mrs azmi~ said...

@Thoha: manusia sekarang makin susut nilai kemanusiaan.. entahlah..

@Aida Ali: sekurang2nya anak2 ni berpeluang hidup kan?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

::peringatan buat pengunjung::

"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan

puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"