Wednesday, January 6, 2010

putus kepala!

Kepala dipenggal

TAMPIN: Tanda tanya panggilan telefon yang tidak berjawab akhirnya bertukar menjadi hari paling menyedihkan dan mengerikan bagi seorang pelajar sekolah menengah apabila menemui mayat empat ahli keluarganya yang dibunuh kejam termasuk seorang dipercayai dipenggal kepala di rumahnya yang agak terasing di Kampung Batang Rokan, Gemencheh, dekat sini, petang semalam.... lagi berita klik sini

*******************

malam tadi tak sempat tgk berita pasal pembunuhan tu, pagi ni dalam perjalanan ke tempat kerja dgr berita radio baru tau berita pasal imam mati dibunuh kejam... dalam hati cume beristighfar apela nak jadi dengan dunia sekarang. nyawa manusia terlalu murah!!

sampai di ofis terus ke kedai mamak berdekatan join ofismate (reza) sekali.. sambil belek2 metro aku tanyela ape headline arini?

reza : "org mati kene penggal kepala" (sambil mengunjukkan metro pada aku)

aku : "tula ade jugak dengar berita radio tadik"

reza : "suspek tu member aku!!" (muke die saspen jek)

aku :"hush,ko biar betul reza?? budak ni??"

reza : "betulla... polis bertalu2 tepon aku malam tadi tanye kot die ade datang umah aku. aku
dah macam ngeri jek malam tadi. abis sume pintu aku carik solek lain.. tak boleh tido
aku"

aku : "ade masalah ke budak ni??"

reza : "die housemate aku dulu.. last aku jumpa dia bulan 11 last year, dia tumpang
umah aku 2 minggu. yang kene bunuh tu tok die, nenek die, bapak die, adik pompuan
die. budak ni aku nampak cam shot sket.. cam tekanan perasaan, 2 kali putus tunang,
keje tak dapat gaji..."

jadi berita hangatla kami kat kedai mamak tadi ngan citer die pasal suspek kejadian.... saspek tu dulu pernah jugak tolong2 kami mase pindah opis baru ni... tapi aku cam tak ingat sangat muka dia sebab mase tu ramai org keluar masuk opis nak pasang macam2 benda...

bila kat opis ni sekali lagi polis dari balai polis gemencheh call reza bagitau motor yang suspek bawak diorg dah jumpa kat stesen bas tampin. diorg syak suspek naik bas dan menuju ke kl dan yang lagi menakutkan polis syak die bawak kepala bapak die sekali!!!! gigitjarisebab kepala mangsa yang terputus tak jumpa kat tempat kejadian!

kami kat opis ni nasihatkan reza jangan balik ke rumah die sementara waktu...

isk.. bila perkara macam ni terjadi kat org yang kita kenal mesti jadi bingung.. pastu dok ingat perangai dia masa kita pernah kamceng...

**tapi ape2 pon semua ni masih dalam siasatan polis.... kami2 ni cume sembang2 kedai kopi... tataula ape fakta sebenarnya yang sebabkan sisuspek ni bertindak di luar kemanusiaan.. nauzubillah

6 comments:

xiiinam said...

Tengok berita dalam tv tadi...Sayu tengok..

Bekas budak IPTA tempatan rupanya suspek tu....


Al Fatihah untuk yang pergi..

sya said...

ish, takutnya...
dah hilang kewarasan.
ayah, atok, nenek, adik sendiri pun nak dibunuh.
kejam sungguh!

anyss said...

Subhanallah.
Susah kita nak komen apa-apa sebab kita pun tak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Saksi pun tak ada.
Lagi pula, sekarang ni kes terlebih stress tanpa kawalan memang jadi macam virus yang lebih bahaya dari selsema babi nun, tapi berapa ramai yang sedar hal ni. bila dah meletoppp, inilah jadinya...
Moga2 mereka ditempatkan bersama kekasih-kekasihNya. moga2 anaknya itu juga mendapat perlindungan Allah. moga2 kita juga terhindar dari situasi yang sama.

~mrs azmi~ said...

@xiinam,sya,anyss: moga jadi pengajaran buat kite...kisah menyayat hati jadi pembuka tirai tahun baru 2010

Tie said...

Kak tie dah baca semalam, tapi tak sempat nak komen. Tengok berita, memang betul laa...

Tu laa.. bila stress sangat, terus hilang pertimbangan. Simpati kepada keluarganya.

~mrs azmi~ said...

@tie:tula pasal...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

::peringatan buat pengunjung::

"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan

puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"