Thursday, February 19, 2009

khabar duka~

belum sudah satu episod duka berlalu.. keluarga kami sekali lagi menempuhi episod kehilangan.. wak <--nama panggilan pakcik yg diserang angin ahmar isnin lepas telah kembali ke rahmatullah pukul 5.45petang semalam.. *_* alfatihah ke atas almarhum moga ditempatkan bersama2 org yang beriman.. insyaAllah..

minggu ni keluarga kami kehilangan 2 org yang kami sayangi.. masih terngiang2 lagi rasenye kenangan bila kali terakhir kami berkumpul bersama... tapi aku tetap bersyukur masih sempat menziarah arwah ketika masih di hospital.. mujur aku tidak bertangguh, after ofis terus bergegas ke hospital di kampung<--2 jam perjalanan dari rumah aku & aku yg drive coz en suami takle drive mlm.. sebak sungguh bila tgk wak dalam keadaan mcm tu.. bernafas dengan pertolongan mesin.. hanya air mata mengalir bila kami berbisik di telinganya.. ~_~ kami hanya mampu berdoa yang terbaik untuknya.. mlm tu jugak aku dgn en suami bergegas pulang ke rawang sebab en suami ada tugasan penting esoknya.. aku drive sepanjang jln.. sgt penat dan mengantuk tapi kuatkan jugak diri..

esknya aku cuti..lepas zohor dapat sms dari kakak "wak dah dibwk keluar. hospital mintak wak dibwk balik, keadaan dah tak stabil..doakan wak dipermudahkan". aku doakan dari jauh moga2 wak selamat.. tapi janjinya dgn Allah telah sampai.. pukul 615 kakak call bagitau wak dah takde.. innalillahiwainnalillahirajiun....

aku terus call en suami ajak balik..<--mlgnye tak dpt reach!!uhh! kenape saat mcm ni die hilang pulak?? aku terus siapkan semua baju2 dia n terus ke kilang, otw kesana berpuluh2 miscall aku buat. dan lepas tu terus ke kampung....

sampai di kampung aku terus ke rumah wak<--tak singgah rumah dulu pun.. mak pon dah ade kat sane.. baca yasin kat sebelah jenazah arwah wak.. aku terus buka penutup muka wak nak tgk wak buat kali terakhir.. sejuk hati bila tgk arwah seolah2 tersenyum, berseri2 mukanya.. alhamdulillah.. lepas tu aku duduk sebelah mak, baca yasin sedekahkan untuk arwah..

moga arwah ditempatkan bersama2 org yang beriman.. amin

3 comments:

kujie said...

al fatihah....semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama org2 yg beriman...

zino said...

al-fatihah ... amin

kEy said...

sdEy~~
hukhuk^^
yupZ, alfatihah~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

::peringatan buat pengunjung::

"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan

puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"