Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Tuesday, February 17, 2009

ketentuan Allah~

sudah ketentuan Allah~ sekiranya DIA inginkan hambanya kembali.. janjinya itu pasti kan terjadi.. baru je dapat khabar dari kakak yang nenek saudara telah tiada ~_~ jenazah telah selamat dikebumikan..

ahh! ralat rasanya! aku tak sempat balik menziarah.. satu lagi khabar duka, pakcik ::abg sulung mak:: diserang strok! sekali lagi.. kali ni keadaan pakcik sangat tenat.. perlukan bantuan oksigen.. kami akan balik secepat mungkin takut2 kami tak berpeluang menziarah..

sebenarnya malam tadi baru je telefon mak kat kg.. bertanya khabar mak.. dah lame sangat rasenye tak balik kg.. mak cerita pakcik dimasukkan ke wad sebab strok, tak sedar.. tapi bile mak bisik yang die dtg melawat, hanya air mata yang mengalir, ::uhh! sebak sungguh dgr.. aku nekad nak balik kg jugak this week wlaupun en suami mesti keje, takpela aku boleh drive sendiri balik:: lepas tu mak jugak khabarkan nenek saudara tenat, kerap meracau memanggil nama2 org yang dah tiada ::nampaknye Allah lebih menyayangi nenek, harini janjinya telah sampai belum sempat kami pergi menziarah:: nenek meracau rupanya petanda dia akan pergi meninggalkan kami.

kali ni aku takkan bertangguh utk pergi menziarah pakcik, aku tak mahu rase terkilan lagi dek kerana suka bertangguh ::sebelum ni aku terkilan kerana tidak berkesempatan bertemu dgn bakal ibu mertua sebelum ibu pergi... semuanya kerana aku bertangguh!::

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

::peringatan buat pengunjung::

"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan

puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"