masih dalam proses mendapatkan momentum kerja yang maximum.. lepas seminggu cuti raya.. lemau je masuk keje.....
nila dia manusia... bila keje tak cuti2 lemau sebab nak cuti...
dah lama sangat cuti lagi lemau rupanya bila nak start keje!! adoyai!
Alhamdulillah Aidilfitri kali ni disambut dengan penuh kesyukuran secara sederhana. kami suami isteri tak beli baju raya pun.. recycle jek baju yang sangat jarang dipakai.. tak sempat nak p sopingle katakan... pengajaran tuh.. lenkali soping raya sebelum puasa.. kihkihkih
balik kampung sabtu pagi, lepas sahur baru terkial2 nak pack baju.. nak cari barang2 yang cuma diguna setahun sekali. rumah memang tunggang langgang, tutup mata je.. sok balik dari kg baru kemas! budak 3 ekor pun ikut balik sekali.. tak sampai hati nak tinggal kat umah sampai seminggu... kat kg kene duk dalam cage, meroyanla masing2 sebab kene kurung.. nak lepas karang masing2 panik tengok orang ramai menyuruk sampai susah nak carik.. daripada pening kepala nak cari baik kurung jek! 2 hari terakhir kat kg baru lepaskan sekejap2 sebab dah tak ramai orang. dan hasilnya masing2 bawak balik kutu khinzir kat telinga! mana idaknya.. bila dapat lepas semua explore kebun nenek...isk.. popok je takde.. agaknye sebab dia dok melenting2 je kat kebun, kutu pun tak sempat nak hinggap.. akekekeke
kuih raya emak pun sempat siapkan, mujur dah amik cuti siap2 hari jumaat.. memang pulunla siapkan biskut dari lepas sahur sampai tengah malam. agaknya kalau oven tu boleh bercakap memang menyumpahla dia sebab kene kerja sehari suntuk. semua sekali 5 jenis biskut, 2 adunan setiap satu (biskut sarang semut, tart gulung, chocolate chips, biskut nestum, snow almond), dah hujung2 tu rasa ada lagi kederat buatkanla mak 3 biji kek (kek marble, kek coklat, kek chiffon). masukvraya kedua kebanyakan bekas biskut dah 'terang', bukan sebab ramai orang datang tapi anak2 buah yang bedal!! raya ke3 kitorang dah g kedai cari biskut lain pulok..
duit raya tahun ni bolehla bagi lebih sikit sebab dah tukar kerja.. walaupun tak dapat interim bonus sebab tak cukup haul.. T____T jadila.. dapat rasa sorang sikit...
memang aman tenteramla raya sampai tak heran pun nak charge telefon. charge pun habis bateri sesaje jek sebab kat kg susah gila nak dapat line. dari membazir bateri baik off je terus. lagipun chenta hati ada depan mata kanns.. lainla anak2 buah yang tengah mabuk bercinta tuh... masing2 gigih cari line telefon.. sanggup dok kat lorong depan rumah gelap2 kene gigit nyamuk asalkan dapat line telefon.
opssss.. nampak gaya memang lemau sungguh ni.. merepek merapu meraban je nih..
selamat bekerja semua!
**jangan meroyan ye maca tulisan banyak2 ni.. tak sempat pegang camera pun time raya T____T
Tuesday, August 28, 2012
Thursday, August 16, 2012
Salam Aidilfitri
kepada semua yang sudi singgah ke sini.....
saya mewakili keluarga saya menyusun sepuluh jari mohon ampun kalau ada tersalah kata terkasar bahasa pada anda semua
semoga kita semua selamat pulang ke kampung dan selamat kembali semula nanti.
....blog akan berehat lama...
Tuesday, August 14, 2012
Balloting day
balloting day @ orang putih kata 'hari pengundian' bukan mengundi pilihanraya ya.. ada sapa2 yang pernah melalui proses ni masa beli rumah? selalunya melibatkan projek perumahan baru.
start dari 2/8 - 10/8 dah diadakan sales preview untuk Eco Glades di Cyberjaya, alhamdulillah sambutan menggalakkan dan senarai mendaftar lebih 2kali ganda dari unit yang ditawarkan. Ada 6 jenis rumah dari 3 fasa berbeza dilancarkan serentak. 1 fasa Superlink(starting rm1.1 M), 1 fasa SemiD(start rm1.7M), 1 fasa island(mix - superlink(start rm1.2M), semiD(rm1.9M), banglo( start rm2.4M))
jadi semalam semua staff yang berkaitan dikerah untuk melicinkan proses 'ballot' ni. Masa mula2 dapat task memang blur tak boleh nak bayangkan amendela menatang balloting nih. Padahal tengah bagi explaination kat customer ni, time tu buat muke confident sudah... waktu briefing pasal proses pun masih blur lagi.. cume fahamkan betul2 ape task saya.. proses keseluruhan tetap tak reti nak bayangkan (sebab tak pernah beli rumah kennnn)
akhirnya ahad lepas sampai jugak balloting day nih.. patut saya jadi sales assistant tapi sebab registration kaunter tak cukup orang maka tolonglah dorang dulu. keluar rumah kul 5 pagi tau! sebab kene kumpul kat ofis kul 6 & van hantar kami ke cyberjaya.. memandu waktu awal pagi memang mencabar.. jenuh tampar muka sendiri nak bagi bukak mata
Balloting day ni dibuat di Cyberview Lodge Resort & Spa, Cyberjaya. registration start 7.30 - 10.00am masa tu macam2 kerenah buyers boleh tengok. ada yang guna sampai 4 nama (wife / husband / anak / parents) dan kebanyakannya buyers cina. melayu boleh kira dengan tangan, india kurang 5 orang. selambe je dorang beli rumah juta2 ni. macam soping kat kedai runcit! ada juga yang datang as cash buyer!! boleh bayang dak orang beli rumah juta2 bayar cash? ada yang datang invitation letter takde.. yang tu memang mintak ampun takleh masuk ye. kena pastikan nama on invitation letter, purchasers detail form & pre assessment letter dari bank adalah dari orang yang sama. untuk balloting ni nak pakai proxy pun boleh dengan syarat ada authorised letter. kalau takde sila balik... ada yang register nama 2 kali dengan harapan nak dapat 2 nombor tapi kirim salam.. memang dapat 1 je sebab kami dah tapis siap2.. kalau nak dapat no lebih kene pakai nama orang lain.
ade tak buyer yang mengamuk sebab takle masuk? mestilah ada..... tapi nak wat camne.. dah memang takle... even kalau dia nangis guling2 pun kami takle bagi masuk
10.30am start cabut no. start dengan 5 lot banglo. dan lepas tu untuk superlink & semiD. lepas no dipanggil kene Q pula untuk masuk pilih lot yang disukai ya. time nila naik sakit tekak saya panggil no yang berkenaan sebab bila dah hujung2 ramai dah balik sebab lot yang dorang nak dah habis. Fasa island memang selling fast! fasa yang paling cepat habis! diikuti dengan superlink. paling slow fasa untuk semiD. cume semiD ye yang masih ada available lot waktu balloting tamat. 2 fasa lagi sold out dalam masa 4jam!
lepas buyer ni pilih lot, kene jumpa lawyer kami untuk handover booking cheque. Lepas tu dah boleh balikla. g cari loan sume siap2, S&P akan sign dalam masa 1-2bulan.
bila dah hujung2 tu kaki memang dah rasa cam nak tanggal jek.. penat gilos! dan proses ni tamat lebih kurang pukul 3 petang. Kesian juga tengok ade sorang tu ada 3 nombor terlekat kat badan dia tapi 1 pun tak naik! sampaila hujung2 tu akhirnya kami kumpulkan no orang2 yang tinggal n cabut undi. semua yang tinggal tu dapatla unit semiD sebab tu je yang ada..
ada juga yang saya nampak ada sorang tu 4 kali kot no dia naik. memang pakat sedara mara adik beradik beli kottt.
Fuhhhh...... skang dah tau camne proses balloting.. lenkali kalau kene duty memang sapsapsoi jelah... hihi
hujung tahun ni Nov/Dec mungkin akan launch lagi 3 parcel. sapa2 minat bolehlah register nanti ya
boleh tengok di website ni ya ----> Setia Eco Glades
ade tak buyer yang mengamuk sebab takle masuk? mestilah ada..... tapi nak wat camne.. dah memang takle... even kalau dia nangis guling2 pun kami takle bagi masuk
10.30am start cabut no. start dengan 5 lot banglo. dan lepas tu untuk superlink & semiD. lepas no dipanggil kene Q pula untuk masuk pilih lot yang disukai ya. time nila naik sakit tekak saya panggil no yang berkenaan sebab bila dah hujung2 ramai dah balik sebab lot yang dorang nak dah habis. Fasa island memang selling fast! fasa yang paling cepat habis! diikuti dengan superlink. paling slow fasa untuk semiD. cume semiD ye yang masih ada available lot waktu balloting tamat. 2 fasa lagi sold out dalam masa 4jam!
lepas buyer ni pilih lot, kene jumpa lawyer kami untuk handover booking cheque. Lepas tu dah boleh balikla. g cari loan sume siap2, S&P akan sign dalam masa 1-2bulan.
bila dah hujung2 tu kaki memang dah rasa cam nak tanggal jek.. penat gilos! dan proses ni tamat lebih kurang pukul 3 petang. Kesian juga tengok ade sorang tu ada 3 nombor terlekat kat badan dia tapi 1 pun tak naik! sampaila hujung2 tu akhirnya kami kumpulkan no orang2 yang tinggal n cabut undi. semua yang tinggal tu dapatla unit semiD sebab tu je yang ada..
ada juga yang saya nampak ada sorang tu 4 kali kot no dia naik. memang pakat sedara mara adik beradik beli kottt.
Fuhhhh...... skang dah tau camne proses balloting.. lenkali kalau kene duty memang sapsapsoi jelah... hihi
hujung tahun ni Nov/Dec mungkin akan launch lagi 3 parcel. sapa2 minat bolehlah register nanti ya
boleh tengok di website ni ya ----> Setia Eco Glades
Monday, August 13, 2012
persiapan raya
ahad ni nak raya dah.. tapi persiapan raya saya masih kelam kelibut!
baju raya tak de lagi
kuih untuk mak pun tak siap lagi
kemas rumah pun belum lagi
.....termenung......
bilanya nak buat semua ni??
sepanjang bulan puasa ni tiap2 weekend kene keje T____T, kemuncaknya semalam saya kena kerja untuk balloting day (menatang apa balloting day ni? nanti citer dalam entry lain eh)... penat jangan cakaplah.. tahap nak pengsan dah rasanya 7 days direct kene kerja, sabtu dapatlah juga balik awal ... huhu. habis lari sume planning.... sebab cadangnya nak cari baju raya hari sabtu lepas, hari ahad pulak nak concentrate siapkan kuih raya mak. sekali hari jumaat jumpa bos ada discussion dia suruh keje hari ahad!! hari sabtu memang dah tau kene kerja sampai pukul 3
tahun ni tukang buat kuih raya mak bersalin, jadinya saya kenala take over.... harapan mak dah tinggi menggunung minta saya buatkan untuk dia.. tak sedap hati pula kalau tak buatkan... bila dah 3 tahun buat kuih sendiri rasa tak sedap pulak nak beli2 je... dulu2 saya banyak masa free time bulan posa tu yang rajin beno buat kuih.. bila dah kerja baru ni kebanyakan masa weekend saya fully occupied. lagi2 bila project dah launching... sume staff kene turun tolong buat sales duty on weekend.
setakat ni dah siapkan sikitla kuih.. sume stok bulat2 n leper jek.. sebab tak jumpa acuan.. ada dalam kotak2 time pindah kot taklarat nak bongkar 1 - 1.. nak start buat tart gulung yang masih takde kederat lagi.. takkan sume jenis nak pulun hari jumaat. mau meletop oven saya tu... kalau tak pun dengan saya sekali blackout!
maka terpaksalah kensell nak buat biskut yang remeh temeh. kecuali tart nenas... That one cannot be avoided, a must have cookies T____T
.......belek - belek kaledar sambil list down to do list untuk siapkan sume persiapan dalam masa yang suntuk ni.........
Thursday, August 9, 2012
boleh buat gambo pasport nih...
mama!
boleh popok pakai gambo ni buat pasport tak??
**first time dapat amik gambo budak2 ni dapat yang betul2 dia tengok camera.. kalau tak semedang mata pejamlah.. gambo goyang2lah....
Wednesday, August 8, 2012
kempunan nak makan sahur
ni cerita ahad lepas...
macam biasa kalau sahur biasanya saya panaskan lauk je. bila dah bukak lampu, aly-coki-popok memang jadi bertambah activela lagi - lagi si popok...
pagi tu dengan mamai2 bangun tido cuci muka dulu b4 nak panaskan lauk, bila keluar je dari bilik air nampak si popok lari dengan sangat laju (memang semedang dia lari laju macam kene kejo hantu) sepantas kilat dia lari lompat atas tudung saji dan terbang! terbang landing kat sofa depan meja kecik tuuu
waktu dia lompat ats tudung saji, tudung saji tu bergerak bawak sekali lauk bawah tudung saji dan......... terus terlungkup atas KARPET!!!!
uwaaaaaaaaaaaaa!!!!!
nampak tak kerosakan dah dibuat dek budak kecik tuu??
terlungkup semua... T______T
nak masak yang baru? masa tu dah pukul 520 kotttt mane sempat nak masak yang baru
sudahnya mama masak air sikit, bancuh horlicks 3in1..
kempunan nak ulang makan ayam masak hitam lagi....
Saturday, August 4, 2012
kereta pun mintak duit raya T______T
nampak gaya banyak bajet raya kena slash nih.. sebab kereta pun mintak duit raya! huwaaaaaaaaaa
start ari isnin lagi tiba2 clutch kete rasa cam longgar lepas tu susahhhhh sangat nak masuk gear. bayangkan nak masuk gear reverse pun jenuh pump clutch pat lima kali.. siap bunyi2 lagi pulak tu!
dari sehari ke sehari nak hantar ke wshop tak sempat2 kalau keja lama ikut suka hati nak keluar bila.... sekarang tak boleh... T_____T
sebab pagi tadi nak g keje rasa problem tu tambah kronik.. tengah2 highway takleh nak tukar gear o_O
dahla otot2 kaki ni masih sengal lagi sebab practice show tuh.. kene pulak jenuh pump clutch baru boleh tuka gear. rasa nak nangis dah tahu....
so minta tlg ofismate teman g bengkel, sebab nak tinggal kereta kat sana. baru ni bengkel call bagitau super looooooooong list mende yang problem.. so pick yang major dulu (pasal clutch + gear) plus servis. tu pun dah makan separuh bajet raya ai tau!
tu belum tukar 2 tayar belakang yang dah botak licin tuh!! nanges lagi T_________T
tukar tayar maka tinggal bape sen jela.....
baju raya belum beli, kuih belum ada, duit raya untuk anak buah.... and the list goes on
sume perlukan RM
**minta - minta claim masuk b4 raya.. kalau tak memang tak berbaju raya la...
Friday, August 3, 2012
double joy and happiness
Nampaknya raya kali ni kene tambah lagi bilangan sampul duit raya untuk anak buah....
tahun ni kena sediakan 22 sampul duit raya + isinya sekali.. phiewwww! berpeluh maksu korang ni tahu?! tapi takpelah.. bukan selalu...
alhamdulillah rabu lepas, cucu mak saya bertambah lagi menjadikan 22 orang semuanya.. dan baby girl kali ni dari abang saya.. anak ke 4 (dah kira bongsu le ni) tapi terpaksa lahir memalui pembedahan caesarean sebab uri kat bawah....
.......tapi maksu ni tak sempat g melawat lagi T_____T padahal bukan jauh sangat punnnn cumenye sebab bulan puasa ni rasa masa berlalu cepattttt sangat. maybe hari ahad baru boleh g melawat
semalam pulak dapat 1 lagi berita gembira, kakak ipar (kakak suami) pun dah selamat bersalin anak sulung, baby girl juga. Dia pun terpaksa bersalin melalui caesarean sebab baby terbelit tali pusat.... alhamdulillah semuanya selamat.. yang ni lagile tak tahu nak g melawat bila! huuuuu
esok dahla kena kerja! uwaaaaaaaaa
anyway congrats to both family on ur new bundle of joy! moga membesar jadi anak bijak, solehah, sihat.....
**kalau nak g melawat baby - baby ni kene saya perlu siapsediakan perisai hati, keringkan hati, tabahkan hati.... for sure orang akan tanya "kau bila lagi??", kalaulah saya sendiri boleh tentukan bila anak kecil tu akan tiba dalam hidup kami..
Wednesday, August 1, 2012
bolehla bajet retis lepas nih.. kehkehkeh
ade pulak yang muntah hijau tgk tajuk kanns
kihkihkih
sebenarnya saya dinominate untuk satu musical show, untuk Annual dinner & charity dinner company. mende ni memang dah jadi tradisi kat sini.. persembahan Annual dinner memang dibuat oleh staff - staff yang dikumpulkan dari semua business unit seluruh malaysia dan luar malaysia. Pemilihan samada secara sukarela @ dinamakan oleh orang atasan, ni untuk supporting cast. Untuk main cast committee siap buat casting 3 hari untuk pemilihan. Oleh kerana saya salah seorang orang baru kat dalam department ni makanya memang obviouslah saya kena! huhu
dah bertahun tak involve benda gini... last saya ada persembahan pentas ni time sekolah menengah, 15tahun dulu kottttt! itupun buat persembahan bodo - bodo jek.. nama pun budak2, yang ni??
adeh... nervous! siap ada professional choreographer untuk musical show ni untuk train sume pelakon - pelakon amateur nih..
yang bestnye saya bukan dalam golongan orang yang kene menari
yang tak bestnya saya ada dialog yang boleh tahan panjang!
bila dah nervous sume tunggang langgang, yang mula2 dah ingat terus terabur... T______T
respek betul dekat main cast yang boleh ingat semua lines yang banyak tuuu, kita yang baru 5-6 lines pun dah berterabur
hoho.. ada pat bulan lagi untuk practice, this week baru separuh 1st scene
harap2 malam ni boleh ingat betul2 semua lines... kalau tak mampus kene drill dengan director!
o_O"
Subscribe to:
Posts (Atom)
::peringatan buat pengunjung::
"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan
puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"
puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"