Monday, February 28, 2011

meet our new family member ~ coki

alhamdulillah... hasrat hati nak ambil anak kucing baru dah jadi kenyataan

terima kasih banyak - banyak pada ibu >> ida Suara Kalbu

nampak sangat ibu berat hati nak berpisah dengan anak kecil ni

si kecil ni pun macam tahu akan berpisah dengan adik beradiknya... menyorok bawah meja..

kesian pulak tengok, kalaulah mama ni mampu bela.. semua sekali mama angkut bawa balik rumah..

so,

jom kenal dengan adik aly

Coki


muka ketakutan kene sergah dengan aly

blur... pesal etiba adik beradik dia takde.. yang tingal kucing besar yang samseng!

kesian betul masa ni..... dia tengah nak membuang, tetiba kene sergah dengan aly, terus tak jadi!


huh?! sombong betul muka dia.... cer senyum sikit nak.... aly, aly...

tapi garang - garang dia pun takde nak gigit ke, lempang ke.. cume takat menderam sepanjang masa. malam tadi pun nampak gaya dah mula ok, dah boleh dekat sikit


anyway tq jugak pada cik tedi

sebab tulisan dalam blog dia, coki jadi sebahagian hidup kami

typical Malaysian


suka selesaikan kerja saat akhir....

rasanya semua pejabat pos, balai trafik, jpj kaunter jam arini kan? termasukla online service Myeg.... semua pulun nak bayo saman

selalu dok pakai nombor.. jadi adela yang datang amik nombor g soping2 pastu datang balik... la ni kene beratur! sapa keluar barisan nasiblah...

pastu mulalah macam2 komplen keluar... rata - rata merungut sebab kene tunggu lama dan salahkan kaunter sebab lembab

sebelum tuding orang lain ada baiknya kita tengok diri kita ni dah betul ke?

kalau kita dah bayar awal2 tak payahla kita baris macam hape je kan??


lepas ni kita sama - sama jadi pemandu berhemah ye....


Syazadini Atiqah is 5 years!


rasanya macam baru semalam je dengar dia menangis nyaring!


rupanya


dah 5 tahun lepas!


happy birthday sayang!

moga jadi anak bijak, solehah, berbakti utk ayah umi, keluarga dan negara.

Semalam dia boleh cakap kat ayah dia nak call mak usu nak cakap harijadi dini,

pastu mintak basikal! adeh... tunggu mak usu ada duit ye nak

lepas call mak usu call nenek pulak

sebab birthday adik sufi cuma jarak 2 minggu, ummi dah cakap siap - siap

" kek dengan belon takda hari ni tau.... nanti kita buat sekali dengan adik"

nasib baik dia faham..


Thursday, February 24, 2011

Dilema Professional exam > nak sit tahun ni ke tak..

kalau 2 tahun lepas saya dah layak untuk exam ni mungkin saya tak fikir panjang. Bayar, attend course, ulangkaji dan seterusnya sit for the exam..

tapi

tahun ni baru saya layak utk exam ni... ni yang jadi masalah besar sebab ekonomi keluarga tengah meruncing... mane nak cekau yuran exam rm700??! uwaaaaaaaaaaaaaaa




ralat betul sekarang ni


borang dah ade.. dekat dua minggu dok tenung borang ni...


nak ambil ke tak nak?



macam bidang lain jugak.. pass profesional exam jadi impian setiap orang

arkitek nak dapatkan Ar.


Engineer nak dapatkan Ir.


saya as Landscape Architect for sure nak dapatkan LAr.


hai... kusut betul!


tarikh tutup pendaftaran 11 April 2011





harap - harap saya boleh buat keputusan yang betul.. ::sigh::


**p/s: ade sape - sape nak derma kat saya tak?? heheh

Wednesday, February 23, 2011

aly dalam blog cik tedi

aly pun nak kenal2 dengan kawan - kawan bulus yang lain...

tq cik tedi sudi publishkan aly kat dalam blog ^_^

aly dalam blog cik tedi di sini >> blog cik Tedi

aly nak adik tak??

saya: aly nak adik tak?


saya: yela adik... aly ade kawan nanti

saya: nanti takla aly bosan main sorang - sorang.. asyik intai kawan2 ikut celah pintu je


saya: ala aly kan budak bijak.. ok ye.. jangan buli2adik nanti tau




saya: isk.. mama sayangla.. mane pulak tak sayang




tido lagi best... zzzzzzzzzzzz





Monday, February 21, 2011

tuisyen tu perlu ke?

sebelum ni saya tak tau macamana suasana sebenar dalam pusat tusyen sebab sejak zaman sekolah rendah sampaila habis degree saya tak pernah dihantar ke pusat tusyen berbayar macam yang biasa sekarang ni.

sampaila minggu lepas,

saya dapat kerja part time di salah sebuah pusat tuisyen yang ada dekat Kota Damansara ni.

pasal kerja part time ni memang berat hati nak buat, takut tak boleh nak manage masa antara keja tetap, family, part time dan diri sendiri.... tapi kerana keadaan mendesak, saya push jugak diri. lagipun sementara belum ada anak, kesibukan saya belum mencapai tahap maksimum dan dengan menyibukkan diri ni saya takla terfikir atau tertekan sangat dengan masalah lain.

aiseh.. ke laut sudah... ^_^

so sabtu lepas saya start keje, mula jam 11 pagi tamat 6.30 petang. masa tula baru saya dapat rasa macamana suasana pusat tusyen yang selama ni cuma dengar orang cakap "anak pergi tusyen" mak bapak saya memang tak pernah hantar saya ke kelas tuisyen, masa darjah 6 adalah PIBG sekolah buat kelas tambahan waktu malam utk kelas yang hadapi UPSR.. itupun selalu kene batal sebab sekolah blackout! maklumla... sekolah kampung yang serba kekurangan (masa tulah)

bila masuk sekolah menengah duduk asrama dari form 1 - form 5, lagila takde tuisyen! yang ada kelas prep yang kita kene tolong diri sendiri sediakan diri sendiri untuk peperiksaan yang datang. bila sampai form 3 akan adalah segala macam jenis program yang dibuat utk membantu pelajar yang 'kurang' - mentor mentelah, kelas ICUlah, latih tubi jangan cerita... boleh muntah keluar soalan tu balik! hahahaha

itu baru form 3, bila dah nak SPM 2x ganda teruknya...

masa tu memang dah rasa macam sekolah henry gurney!

isk.. merepek lagi.. tetiba sentimental teringat zaman sekolah.. haha

bila tengok yuran bulanan tuisyen ni.... gulp!?! telap air liur sendiri....

masa tu terus terasa nak bukak pusat tuisyen sendiri..... hahahaha

itu kos sebulan utk sorang, aiyoh! pastu asyik berfikir, sebenarnya perlu ke hantar anak ke kelas tuisyen utk semua subjek? bila tengok jadual lagila terkejut sebab ada mak bapak hantar anak darjah 1 utk tuisyen!

mungkin sebab saya belum ada anak jadi saya belum terfikir alasan - alasan munasabah tu, dan sebab saya sendiri tak pernah ke kelas tuisyen..


Thursday, February 17, 2011

ketagihan separa kronik

time panas - panas ni

syok kalau pekena cendol kan?


sejak baca pasal cendol yang en maza war - warkan dalam blognya


saya tak lepaskan peluang mencuba


dan sudahnya


sekarang saya semacam ketagihan!


seminggu paling tidak sekali MESTI beli cendol & laksa kat situ...


haih








nak tengok gerainya sila ke blog en maza itew ye....

Tuesday, February 8, 2011

MILO Yogurt Lassi ~ make me drooling all day long

semalam puasa... malangnya terlihat pulak 1 web nih...

website nestle

terus jadi tak keruan... dah macam budak umur 5 tahun yang baru belajar berpuasa... padahal masa tu baru pukul 11 pagi!! isk...

gambar pinjam dari website, sendiri punya tak sempat nak snap pic... heheh



disebabkan itu time balik kerja sanggup redah semua kedai sebab nak cari yogurt manggo tapi semua kedai takde!!! sedih sungguh!

sudahnya manggo yogurt tu saya tukar dengan yogurt drink... BOLEHLAAAAA

jom tgk resepi....

What You Need

1 cup NESTLÉ Fat Free Mango Yogurt
150 ml NESTLÉ Low Fat Milk
6 tablespoons MILO powder
2 tablespoons
sugar (optional)
1½ cups crushed ice
MILO powder, for sprinkling

Make It

Blend all ingredients together until smooth.
Pour lassi into chilled glasses and sprinkle with
MILO powder for that added ‘mmmm’.
Serve at once.





sampai je rumah terus gigih masak utk berbuka termasuk preparing the smoothies.

dan hasilnya,

AWESOME!!!!!!!

hihi

Friday, February 4, 2011

spring cleaning

fuh..


fuhhh...


berhabuk



bersawang



sian blog ni tade orang jaga...


emosi tuan dia masih tak stabil gara - gara chipset nvidia laptop dah rosak



nak ganti mahal!



........................


cuti lama ni.. tapi tak dapat balik kg.. mencik!!


spring cleaning rumah saje



dengan syarat aly si budak bulus kene kurung sepanjang hari...


alhamdulillah.. selesai


siap kereta sekali ai cuci!!


hihi


................................

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

::peringatan buat pengunjung::

"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan

puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"