1 julai 2011
Lepas 2-3 hari plan thru telefon, kami sekeluarga mulakan perjalanan ke Mersing untuk memenuhi jemputan saudara disana. Selama 28 tahun ni memang saya langsung tak pernah jejakkan kaki ke Mersing! kira excitedla juga nak kesana.
Lebih kurang jam 1030, lepas dah tahu sapa yang jadi imam muda unggul barulah kami bertolak. 2 kereta gerak dari Alam Megah, Seksyen 27 Shah Alam dan 1 kereta dari Bandar Menjalara, dah set nak berjumpa di RnR Seremban. Sebenarnya langsung tiada perancangan yang khusus, dan semua tak dapat nak agak samada keadaan jalan ataupun jarak yang perlu kami tempuhi. Cuma berbekalkan sedikit petunjuk arah dari makcik disana, yang lain semua ikut signboard. GPS ada juga membantu, tapi ada ketika dia lebih banyak memeningkan pemandu!
waktu keluar dari rumah saya hanya jadi co-pilot, kakak yang memandu tapi sebab ada insiden yang hampir menghentikan jantung kami ketika di Putra Height, bila berkumpul di RnR Seremban, suami minta saya yang memandu (suami tak boleh memandu waktu malam). Tanpa banyak soal terus mengambil tempat di posisi pemandu, dalam fikiran mencongak takla jauh mana sebab kami sepatutnya akan singgah bermalam di Melaka sebelum meneruskan perjalanan keesokan harinya. Rupanya saya silap! dah sembang2 dalam kereta baru tau kami akan terus ke Mersing! uwaaaaaa!!!!! jauhnya nak kene drive! tapi sebab dah darurat, orang lain memang dah tak boleh nak memandu, kuatkan hati moga - moga perjalanan kami dilindungi-Nya
Sampai di tol Ayer Hitam lebih kurang pukul 2 pagi. Masa tu barula nak pasang GPS, kot ingatkan dah dekat, rupanya dekat 200km lagi! uwaaaaaaa!
dari Ayer Hitam ke Kluang overall jalan okla dari Kluang ke Mersing jalan yang mencabar! jalan bengkang bengkok lebih kurang 115km.. kiri kanan gelap gelemat, kabus tebal mengiringi perjalanan kami cuma sesekali berselisih dengan lori. Mak ada juga bersuara "takdeke masjid ke, rumah orang ke.... gelap je semua" "agaknya tak banyak rumah tepi jalan kot" cuma itu jawapan yang paling selamat saya boleh berikan pada mak.. huhu.. padahal ada cuak jugak kot2 ada pulak benda pelik2 melintas depan keta.
Alhamdulillah jam 430 pagi kami sampai ke bandar Mersing. Kami ke masjid nak tumpang rehat dan solat subuh ( tu pun sempat sesat lagi! sesat kat celah2 rumah orang) penangan GPSle ni
lepas solat subuh konon nak cari chalet, nak bagi driver2 ni rehat sementara nak tunggu tengahari. Ikut arahan GPS, sekali lagi terpusing - pusing kami di bandar Mersing tu, sudahnya jumpa kawasan letak kereta berhampiran Jeti ke Pulau. Anak2 semua dah menjerit seronok bila nampak pantai.
betapa tenangnya rasa dapat tengok matahari terbit.
ramai orang jogging kat sini. Gaya hidup sihat gitu..
punyala jauh nk datang sarapan.. hihi. Tengah sarapan nila nampak makcik tengah jalan2. pada diala kami bertanya mana pantai yang boleh budak2 ni mandi dan ada chalet utk driver berehat. Makcik tu suggest kat pantai Air Papan. Kesanala kami tuju lepas kenyang sarapan wajib tiap kali jalan jauh, nasi impit-kuah kacang-pulut kuning-asam pedas tulang dll
11km dari bandar Mersing - Pantai Air Papan, budak2 je yang mandi.. mak + bapak budak lagi suka layan mata. saya pun takat celup kaki jek.. penat.. baik tido! ^_^ Ombak boleh tahan kuat jugakla.
lepas dah kenduri, peluk2 dengan sedara mara tapi tak snap sekeping pun gambo pengantin. mak jumpa sepupu dia yang dah 30 tahun tak jumpa. solat zohor jamak asar siap2 terus gerak balik. Barulah nampak semuanya, hutan banat + felda + ladang kelapa sawit kiri kanan jalan kami.
Perjalanan balik, cuma singgah di Kluang, RnR Pagoh, Melaka(singgah rumah mertua kakak)
sampai balik di Shah Alam pukul 1130 mlm. cukup 24 jam perjalanan kami! fuhhh!!!! Dari shah alam ke rumah drive dah rasa macam dalam mimpi, melayang2 je. Alhamdulillah selamat sampai di Sg Buaya jam 105pagi.
Dapat tilam dan bantal terus lena sampai 11 pagi esoknya! keadaan kurang stabil mamai2 makan tengahari suami beli lepas zohor sambung tido balik sampai jam 6petang. bangun baru rasa siuman sikit.. hahah sian suamiku, dia gerak ajak g tesco beli barang dapur pun tak sedar... dia 3-4 kali keluar pun bini tak sedar donia jugak! nasib baik dia tak pakat bacakan yassin... hahaha
kalau ditanyakan nak pergi mersing lagi tak? lain kali kalau nak g mersing kita naik bas jelah.. T___T
4 comments:
hahaha.. sudah tekena satu kali.. heheheh
psst: lawa gambar pemandangan itew.. encem seh..
@maza: apa yang terkena?
tak jadi aar nak drive gi mersing
:D
thanks for the tips, saya & teman bakal ride motor melalui ayer hitam ke mersing 11 & 12 july ni
Post a Comment