Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Friday, July 29, 2011

spaying coki

bulan disember 2010 aly kita dah neuterkan

kali ni giliran coki pulak.

kesian?

memang kesian sebab sebabkan dia menanggung sakit

tapi saya lagi kesian kalau dia bising2 tiap2 bulan sebab 'onheat'

lepas tu saya nak nak buang habit dia kencing merata waktu dia onheat

Ahad : 10/7/2011

saya join CATS SPEUTERING DAY with HVC anjuran KTAJ (Kucing Terbiar Anjing Jalanan) di Bangi. HVC ni official vet untuk KTAJ

bila cakap kat suami nak bawak coki ke vet swasta dia cakap

"oo aly dulu bawak klinik kerajaan je, adik bawak g klinik swasta pulak"

ehehe... dah rezeki coki, lagipun harganya lebih kurang ja... aly dulu kena rm70, dan untuk speutering day ni female cat cuma rm85. Kalau ke klinik kerajaan tu kalau female mau 100++ , mungkin kalau dikira transport kos dari rawang ke bangi tu same je dengan kalau buat kat rawang macam aly dulu, tapi sebab sambil2 nak kenal dengan kawan - kawan KTAJ kira ok jelah.. ^_^

start pukul 12 malam mula puasakan coki, dia tak mengganas sangatla walaupun lapar cuma bising mintak kesian - minta dilepaskan.. tahankan ajelah.. hihi

pagi - pagi kul 8 kami dah keluar rumah, singgah hantar suami ke ofis dia baru kami anak beranak ke bangi. Aly ikut sekali sebab nak dewormed kan dia so aly duduk dalam cage coki dalam carrier, dalam kereta aly yang bising lebih - lebih sedangkan coki rileks je.. hihi


aly buat muka bila dah sampai kat vet... dan seperti biasa, dia adalah pelakon hebat! hihi sangat behavela kunun macam dia yang nak masuk OT, padahal cume nak bagi pil je. berat terkini budak dobot ni dah turun... berkat paksa exercise tiap2 petang kat luar! haha berat tinggl 4.5kg jek

cage atas, fluffy dah siap dioperasi baru sedar dan cage bawah sam, tunggu turn selepas coki dan disebabkan masa tu banyak kucing betina terpaksala tunggu lama sikit...



coki atas meja pembedahan..


time ni dah siap pun. thanx alot to Dr Joe n Dr Nurul for the good service!


berapa lama dia recover?

hari ke-2 , ya hari kedua budak ni dah melompat sana sini dan mama yang sangat risau kalau perutnya terburai! alhamdulillah walaupun kejenya melompat sana sini, dia tak jilat tempat luka jadi luka tu cepat baik. Mama ni sangat risau kalau dia gigit benang sampai rabak perut.. huhu

dalam waktu tu jugak aly ambil kesempatan atas wetfood coki, bila dia nampak cage terbukak terus masuk wat muka selenga habiskan makanan adik! isk...

Saturday, July 23, 2011

ready.. posing... klik!!

ok duduk diam - diam, mama nak amik gambar nak masuk dalam blog....


"isk.. aly tak nakla ma..."
~dudukla diam - diam.. kejap jeee.. tgk coki tu, rilek je




"yelah - yelah... "

~udah ghope makhluk menakutkan je kamu aly! hikhik

"tu yang aly malas tuuuuu.. tadi suruh sangat.. pastu kutuk2 pulak"
~sori la.. nanti mama suruh abah beli kamera canggih utk ambik gambar korang cantik - cantik ye... heheh

Friday, July 22, 2011

AWAS tapir melintas


Lokasi : Kawasan Hutan Simpan antara Felda Sg Tengi & Felda Soeharto

sejak 2 tahun lalu inila jalan saya untuk pulang ke kampung dan dalam 2 tahun ni jugak teringin sangat nak tengok kalau - kalau ada tapir lintas jalan waktu kami lalu kawasan ni! heheh


Tuesday, July 19, 2011

[Updated] Sufi's Condition

rentetan peristiwa ini >> Sufi Accident

alhamdulillah,

syukur dan terima kasih atas doa semua.... Sufi makin sihat, hari ketiga di hospital dia dah mula boleh bercakap dan makan... menjelang hari ahad dah boleh cakap macam biasa, petah sampai kami selalu ketawa dengar ayat - ayat yang keluar dari mulut dia. Selera makan pun tiada masalah, sekarang cuma pengawasan lanjut doktor sahaja. mungkin dalam 1 - 2 hari ni dah boleh balik,
balutan dikepala pun dah dibuka dan menyerlahkan parut yang ada!

meh kita tengok.. (gambar ni agak ngeri... sila tarik nafas dalam2 sebelum skrol ke bawah)



v



v



v




v





v






budak yang kuat...

gambar atas ni ade rupa macam budak bawah ni kan??


v


v

v
v
v


gedebush! adeh!! sape baling ai pakai kasut ni?? ala... gurau2 jelah...
budak chucky ni lagi ngeri muka dia.... huhu

Thursday, July 14, 2011

uncle & auntie dokan sufi cepat sembuh ya...




semalam anak kecil ni ditimpa kecelakaan... accident dengan avanza waktu main depan rumah. Sebahagian kulit kepala tersiat, tapi alhamdulillah tiada sebarang pendarahan dalaman. CT scan pun ok, takda darah beku dalam otak. yang lain cuma calr balar pada tangan dan kaki.

sekarang di wad pediatrik PPUM. doakan sufi cepat sembuh ya!




Wednesday, July 13, 2011

How to deactivate a cat


menarik! nak cuba pada aly dan coki.... nanti upload apa reaction aly ngan coki pulak! hehe

Thursday, July 7, 2011

Hina sangat ke kalau cuma ada SPM?

pagi semalam, terdengar dekat radio sinar pasal kisah pendengar dok luahkan masalah.

adala sorang pendengar yang luahkan 'masalah donia' dia, ada pekerja baru di tugaskan dalam team dia dan budak tu cuma lepasan SPM. Dari gaya penceritaannya, dia sangat tak berpuas hati kenapa budak lepasan spm tanpa pengalaman tu dimasukkan dalam team dia, sedangkan team mate dia yang lain semua graduate. Dia juga persoalkan pada HR kenapa lepasan SPM diterima sedangkan dia ada forwardkan resume kawan dia yang graduate tapi ditolak sebab takde pengalaman...

Saya tak tahu keadaan sebenar pendengar tu dengan budak spm tu macamana, mula2 ingatkan dia nak komplen budak tu maalas buat keje ke, berlagak lebih dari orang yang graduate ke... tapi memang takde. tak habis2 dia tekankan pasal budak tu cuma ada SPM

soalnya, kenapa perlu ada mentality sebegini??

kalau dia boleh buat kerja elok, apa salahnya cuma ada SPM? kadang2 orang yang tiada kelulusan tinggi lagi cekap buat kerja dari orang yang ada skroll bergulung2 tapi cuma pandai bercakap...

Monday, July 4, 2011

konvoi keluarga ke Mersing

1 julai 2011

Lepas 2-3 hari plan thru telefon, kami sekeluarga mulakan perjalanan ke Mersing untuk memenuhi jemputan saudara disana. Selama 28 tahun ni memang saya langsung tak pernah jejakkan kaki ke Mersing! kira excitedla juga nak kesana.

Lebih kurang jam 1030, lepas dah tahu sapa yang jadi imam muda unggul barulah kami bertolak. 2 kereta gerak dari Alam Megah, Seksyen 27 Shah Alam dan 1 kereta dari Bandar Menjalara, dah set nak berjumpa di RnR Seremban. Sebenarnya langsung tiada perancangan yang khusus, dan semua tak dapat nak agak samada keadaan jalan ataupun jarak yang perlu kami tempuhi. Cuma berbekalkan sedikit petunjuk arah dari makcik disana, yang lain semua ikut signboard. GPS ada juga membantu, tapi ada ketika dia lebih banyak memeningkan pemandu!

waktu keluar dari rumah saya hanya jadi co-pilot, kakak yang memandu tapi sebab ada insiden yang hampir menghentikan jantung kami ketika di Putra Height, bila berkumpul di RnR Seremban, suami minta saya yang memandu (suami tak boleh memandu waktu malam). Tanpa banyak soal terus mengambil tempat di posisi pemandu, dalam fikiran mencongak takla jauh mana sebab kami sepatutnya akan singgah bermalam di Melaka sebelum meneruskan perjalanan keesokan harinya. Rupanya saya silap! dah sembang2 dalam kereta baru tau kami akan terus ke Mersing! uwaaaaaa!!!!! jauhnya nak kene drive! tapi sebab dah darurat, orang lain memang dah tak boleh nak memandu, kuatkan hati moga - moga perjalanan kami dilindungi-Nya

Sampai di tol Ayer Hitam lebih kurang pukul 2 pagi. Masa tu barula nak pasang GPS, kot ingatkan dah dekat, rupanya dekat 200km lagi! uwaaaaaaa!

dari Ayer Hitam ke Kluang overall jalan okla dari Kluang ke Mersing jalan yang mencabar! jalan bengkang bengkok lebih kurang 115km.. kiri kanan gelap gelemat, kabus tebal mengiringi perjalanan kami cuma sesekali berselisih dengan lori. Mak ada juga bersuara "takdeke masjid ke, rumah orang ke.... gelap je semua" "agaknya tak banyak rumah tepi jalan kot" cuma itu jawapan yang paling selamat saya boleh berikan pada mak.. huhu.. padahal ada cuak jugak kot2 ada pulak benda pelik2 melintas depan keta.

Alhamdulillah jam 430 pagi kami sampai ke bandar Mersing. Kami ke masjid nak tumpang rehat dan solat subuh ( tu pun sempat sesat lagi! sesat kat celah2 rumah orang) penangan GPSle ni

lepas solat subuh konon nak cari chalet, nak bagi driver2 ni rehat sementara nak tunggu tengahari. Ikut arahan GPS, sekali lagi terpusing - pusing kami di bandar Mersing tu, sudahnya jumpa kawasan letak kereta berhampiran Jeti ke Pulau. Anak2 semua dah menjerit seronok bila nampak pantai.

betapa tenangnya rasa dapat tengok matahari terbit.


ramai orang jogging kat sini. Gaya hidup sihat gitu..


punyala jauh nk datang sarapan.. hihi. Tengah sarapan nila nampak makcik tengah jalan2. pada diala kami bertanya mana pantai yang boleh budak2 ni mandi dan ada chalet utk driver berehat. Makcik tu suggest kat pantai Air Papan. Kesanala kami tuju lepas kenyang sarapan wajib tiap kali jalan jauh, nasi impit-kuah kacang-pulut kuning-asam pedas tulang dll


11km dari bandar Mersing - Pantai Air Papan, budak2 je yang mandi.. mak + bapak budak lagi suka layan mata. saya pun takat celup kaki jek.. penat.. baik tido! ^_^ Ombak boleh tahan kuat jugakla.

chalet nila kami tumpang melepas lelah. chalet harga seratus tapi condition dalam bilik tak serupa harga. katil nak roboh + pintu bilik air takde kunci + tempat sangkut baju pun takde. tapi sebab dah letih malas nak komplen banyak. janji dapat tido

lepas dah kenduri, peluk2 dengan sedara mara tapi tak snap sekeping pun gambo pengantin. mak jumpa sepupu dia yang dah 30 tahun tak jumpa. solat zohor jamak asar siap2 terus gerak balik. Barulah nampak semuanya, hutan banat + felda + ladang kelapa sawit kiri kanan jalan kami.

Perjalanan balik, cuma singgah di Kluang, RnR Pagoh, Melaka(singgah rumah mertua kakak)

sampai balik di Shah Alam pukul 1130 mlm. cukup 24 jam perjalanan kami! fuhhh!!!! Dari shah alam ke rumah drive dah rasa macam dalam mimpi, melayang2 je. Alhamdulillah selamat sampai di Sg Buaya jam 105pagi.

Dapat tilam dan bantal terus lena sampai 11 pagi esoknya! keadaan kurang stabil mamai2 makan tengahari suami beli lepas zohor sambung tido balik sampai jam 6petang. bangun baru rasa siuman sikit.. hahah sian suamiku, dia gerak ajak g tesco beli barang dapur pun tak sedar... dia 3-4 kali keluar pun bini tak sedar donia jugak! nasib baik dia tak pakat bacakan yassin... hahaha


budak kecik yang tiba - tiba mengamuk kat kawasan hutan2 tuh. padahal dia tido nyenyak sebelum tu. wat suspen je tau!


kalau ditanyakan nak pergi mersing lagi tak? lain kali kalau nak g mersing kita naik bas jelah.. T___T

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

::peringatan buat pengunjung::

"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan

puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"