sila abaikan keadaan persekitaran yang macam tongkang pecah tu... ::blushing::
Thursday, June 23, 2011
hide & seek, version coki n aly
bila orang tengah sibuk nak membersih rumah time hujung minggu, time tu jugakla dorang ni terlebih aktif... haih....
sila abaikan keadaan persekitaran yang macam tongkang pecah tu... ::blushing::
sila abaikan keadaan persekitaran yang macam tongkang pecah tu... ::blushing::
Wednesday, June 22, 2011
konon nak teman, yela...teman dalam mimpi!
"mama kene buat kerja eh hari ni"
"ye... nanti dapat duit lebih bolehla beli makanan lebih utk aly dengan coki"
"ok... aly dengan adik temankan mama eh"
"ermmm yela tu"
-
-
-
beberapa minit kemudian.......
saya masih mengulit kerja saya, naik juling mata nak buat planting plan ni
mana budak2 yang janji nak temankan tadi??
hmmm... agak dah jadi macam ni
ni sekor....
ni sekor lagi....
bila sejam berlalu
-
-
-
-
-
-
ini kata nak teman??? dalam mimpi jelaaaaaa
Tuesday, June 21, 2011
first attempt making buns
saya bukan seorang yang pandai masak. Dulu masa kecik2 memang sangat jarang tolong mak kat dapur. sampailah besar dah berlaki ni, kalau balik kg ramai - ramai memang saya lebih pada bersihkan rumah daripada masak!
lepas kawen barula saya selalu ke dapur. nasib baik dapat suami yang tak cerewet, kalau sedap dia makan pasti bertambah - tambah. Kalau dia cuma makan sepinggan tak bertambah paham - paham sendiri sudahlah! hehe
saya belajar masak bergurukan internet, takde kelas khas ataupun buku resepi masakan yang harga boleh tahan tu. Cuma google resepi, pilih mana agak - agak paling senang dan print! (banyak yang saya dah print tapi ada yang belum cuba pun!... haha)
eh.. ke laut sudah....
balik topik...
dulu2 suka sangat makan roti boy, masa kat upm dulu sanggup ke klcc semata - mata nak beli roti dia. turun lrt dah terbau roti yang berperisa kopi yang sangat wangi!
teringin punya pasal, last week cuba jugak nak buat sendiri roti ni. siap google camne nak uli roti!! hahaah
resepi yang saya ambil dari laman myresepi, tapi saya cuma buat separuh adunan.
lihat! roti yang tak semenggah rupanya.. senget benget
nampak beno tangan tak cukup seni, tula asyik pegang mouse & ketuk keybod je keje
dalam banyak2 yang dah siap langsung lupa nak snap pic. dah tinggal seketoi baru terhegeh2 nak snap.. wakaka
pasni bolehla pujuk rayu suami belikan bread maker bior bini dia ni laaaagi rajin buat roti! haha
Thursday, June 16, 2011
apabila nikmat hidup ditarik
baru sikit Allah nak tarik nikmat hidup ni
dah rasa serba tak kena
sebenarnya pendengaran saya agak bermasalah harini
telinga sebelah kiri rasa macam tersumbat.
dah korek2 pun masih macam tuuuu jugak T___T
tak tahu kenapa... yang pastinya sebaik saja bangun tidur pagi tadi dah rasa semacam
saya tak boleh kawal nada suara hari ni..
rasa macam volume dah kuat gila sebab rasa bergema dalam telinga, rupanya orang lain masih tak berapa nak dengar
DrSinga @ Daddy Ziyyad ada pape pendapat perubatan tak pasal problem saya ni
Wednesday, June 15, 2011
terperangkap diantara grill dan pintu kaca
semalam saya orang terakhir meninggalkan pejabat.
dengan penuh yakin keluar
bila dah turun tangga, raba - raba beg nak carik kunci pejabat baru sedar
purse tertinggal dalam drawer!
aiseh....
dalam hati congak2 nak gamble jela balik tanpa purse sebab malas nak naik tangga masuk ofis
turun tangga .....grill bawah kunci!
access card dalam purse!
aiseh.... (lagi sekali)
dan sekarang baru sedar sepenuhnya yang saya terperangkap di tangga antara grill dan pintu kaca.... huwaaaaaaaa
ini BUKAN gambar saya, cuma pinjam dari google
nasib baik henfon tak tertinggal jugak, bolehla mintak tolong orang
call budak yang jaga kedai bini bos
nasib baik dia ada pegang satu access card spare
.......
setengah jamla jugak menunggu
akhirnya saya dapat balik
sekian
Tuesday, June 14, 2011
Sabun tahan mengantuk??
Thursday, June 9, 2011
in the making off Bunga Telur
lepas kerja rasmi dipejabat, inila kerja saya dirumah sekarang.... konon nak sponsor bunga telur untuk wedding kakak ipar november nanti, nak sponsor mende lain macam tak berapa nak mampu jer. Walaupun sehari cuma dapat 2-3 pokok, at least yang ini saya dah mula awal - awal ^_^
wedding sendiri dulu pun tak berkesempatan nak buat sendiri sebab terlalu banyak benda nak kena fikir.. plus ada kakak yang baik hati nak buatkan untuk adik kesayangan.. so untuk kali ni bolehla tunjuk skill! haha
saya tak gunakan mterial yang mahal pun untuk bunga telur ni, yang penting macamana kita compose semua material tu dan output nya memuaskan hati kan?
saya pilih utk buat bunga macam zaman dulu - dulu, guna kertas tisu dan gabungan beberapa jenis riben. Kalau bulan lepas buat hantaran tema ungu, nampaknya kakak ipar saya pilih rona warna serupa untuk wedding dia nanti.
layan jelah bunga - bunga yang dah siap ni. maaf kualiti gambar tak berapa bagus, camera orang pinjam buat harta.
~ ada sapa - sapa berminat nak tempah?? hehe
Wednesday, June 8, 2011
{UPDATE} RESULT EXAM KAIAL
tit..tit...
sms masuk
"dah boleh call ilam utk tahu result"
~kawan seperjuangan tempohari memaklumkan
result exam haritu dah pun keluar
hati berdebar maha hebat!
mengigil lagi nak call urusetia utk tahu keputusan...
uhuk.... uhuk.....
adakah saya perlu mengulang peperiksaan pada tahun akan datang??
*** update on result exam:
9 orang saja yang lulus daripada 37 calon dan saya BUKAN salah seorang daripada mereka
masih banyak yang saya perlu lakukan.... tahun depan kena cuba lagi! uwaaaaaaaaaaaaaaa
Thursday, June 2, 2011
kenangan roti lilit
bila blogwalking resipi roti teringat zaman sekolah dulu, zaman comot - comot masuk pengakap - camping sana sini - sampai tak ingat nak studi. masak roti lilit yang tak kepoh nak pakai miver ke pelembut roti ke, baking powder ke, oven jauh sekali! manala nak carik cucukkan soket oven tu klu dah camping kat ceruk kampung - yang dah serupa hutan tu... setiap ahli pengakap WAJIB tahu pasal roti lilit ni tau. kalau fail bab ni takut tak dapat lencana. bila tak lulus satu tak boleh nak proceed ke lencana lebih tinggi
bahan-bahan utama:
sapa yang tak berapa nak familiar dengan roti lilit tu tak payah nak bayangkan roti yang gebu macam baru keluar oven ye sebab roti lilit ni langsung takde rupa roti! lebih baik anda bayangkan tepung yang dililitkan ke ranting kayu dan kemudian dibakar diatas bara dan biasanya output yang dapat tu takla cantik. nasib tak baik ada yang rentung!
sila fokus pandangan anda pada pinggan - pinggan berisi selain daripada sosej tu ya. Itula outputnya bila bakar atas api, bukan atas bara... tapi kalau dah nama camping, makanan yang huduh pun rasa sedap jugak! nak - nak tengah lapo! hahaha cube kalau kat rumah jangan harap nak makan benda gitu
tapi ada jugak yang agak kreatif, hasilnya roti lilit ni boleh tahan comel jugak.
selalunya time camping pengakap ni yang seksa nya pengujila. Pening dengan macam2 roti lilit yang perlu diberi markah kalau yang sedap penguji makan sampai abis. Kalau yang cantik, siap bubuh kaya, gula untuk finishing dapatla markah lebey.. penguji pun tolong makan habiskan.. tapi kalau yang macam gambar first tu sendiri mau ingatla.. kene habiskan depan penguji juga walaupun tak berapa nak sedap.
meh nak share resipi roti lilit ni
bahan-bahan utama:
Tepung gandum, air, gula sebagai perasa, batang kayu yang di cuci bersih, dan api...
Cara membuat:
mula, mula campurkan sedikit air kedalam tepung, dan mula uli tepung. setelah tepung sudah kering, lakukan proses yang sama untuk beberapa kali, . dalam masa yang sama unggun api hendaklah di buat.
setelah tepung sudah sebati, lilitkan tepung tadi di atas kayu, pastikan tepung di lilit dengan kemas. sesudah itu, taburkan gula. dan mula memanggang. ingat, bakar dengan bahang dan haba, bukan dengan api. nanti roti akan hangus. lepas tu, apa lagi... makan la... selamat mencuba ya...
Cara membuat:
mula, mula campurkan sedikit air kedalam tepung, dan mula uli tepung. setelah tepung sudah kering, lakukan proses yang sama untuk beberapa kali, . dalam masa yang sama unggun api hendaklah di buat.
setelah tepung sudah sebati, lilitkan tepung tadi di atas kayu, pastikan tepung di lilit dengan kemas. sesudah itu, taburkan gula. dan mula memanggang. ingat, bakar dengan bahang dan haba, bukan dengan api. nanti roti akan hangus. lepas tu, apa lagi... makan la... selamat mencuba ya...
oh zaman comot2 berpengakap dulu sangat mengujakan!
Subscribe to:
Posts (Atom)
::peringatan buat pengunjung::
"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan
puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"
puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"