lepas tambah tolak darab bahagi
demi capai impian nak dapatkan LAr.
bulatkan tekad jugak utk daftar dan terima kasih pada insan yang sudi membantu mencukupkan yuran saya.. kamu tahu sapa kamukan?
so 23-24 april lepas kursus dijalankan selama 2 hari utk dedahkan calon dengan modul yang akan digunakan dalam exam nanti
kursus diadakan di Fakulti Rekabentuk dan Senibina, Universiti Putra Malaysia.
kursus start dalam pukul 8 pagi dan berlanjutan sampai 530 petang. dapat pulak kelas dalam dewan kuliah yang sejuk beku! kebas montot dibuatnya
dapat lecturer yang ok semangatla dengar, dapat yang bagi slide lain, module lain, dia cakap lain.. memang asyik 'lost connection' ah T__________T
13 modul utk dikuasai dalam masa 3 minggu, fuhhhh berpeluh mak nak baca! kene korek balik buku2 zaman belajar yang dah duduk dalam stor, kene carik all those malaysian standards dari sirim, update semua garis panduan yang ada. uwaaaa! rasa nak ambil cuti 3 minggu sampai exam date
waktu kursus jumpala balik kawan2 lama, senior, super2 senior, malah lecturer saya sendiri ada yang bersama nak sit for the exam tahun ni.
adala suara - suara yang menegur "kau practice okla.. takdala teruk sangat nak ingat..."
ya, memang saya practice dengan consultant dah masuk tahun ke-5 tapi waktu bekerja ni pun ada yang kita tak buat. semua teori - teori saya dah lama tinggalkan, garis panduan pun ada yang saya dah lama tak tengok. pengurusan pun banyak yang saya tak buat... jadi memang banyak revision yang sangat perlu saya buat.
rasa tak lena tidur memikirkan exam ni... uwaaaaaaaaaaaaa
countdown start... 20 days to go... super nervous!
**psst ada sesapa nak volunteer jadi cikgu saya???
14 comments:
20hari? lama lagi tu :P
jauh beza tak kerja landscape architect ni, dgn architect yang design buildings? I mean, u all still design building ke lagi?
@julietchun: uwaaaaaaaaaaaaaaaa!!
@Daddy Ziyyad: both profession jauh beza. architect design building but landscape architect design the outdoors dealing with plants, facilities etc
kiranya awak ni pencinta alam semulajadi lah ni..hehe
lama lagiiiii !!!
las menet lagi mujarab!!
heh heh hehhh
takpe.pelan² kayuh.setkan dlm kepala "aku bleh buat..aku bleh buat.."
cewah..komen aku cam pakar motivasi plak.hehe
@GreenAppleKu.com: sikit2lah.. ahaks!
@DrSinga: uwaaaaaa!! kejam!
@MrPenyubiru: aku boleh buat.. aku boleh buat... err.. bape banyak kali nak ulang??
salam sis...jalan2 BW...singgah sini..baca profile u duk Rawang ye...area mana? teruja bila terjumpa ramai blogger dari Rawang...
@wahida: salam wahida. saya kat sungai buaya.. awak kat mana?
you arkitek ke ni?
wow!
kita nak volunteer jadi cikgu awak.
tapi subjek yg kita nak ajar tu tak masuk dlm exam awak.
hihihi
chaiyok! chaiyok!
study smart okeh
tak lama lagi dah boleh sign. hoyeh!!! good luck ok!
GB belum lagi. ngeh ngeh ngeh~
@amoi: bukan arkitek.. but landscape architect.
@kts: tq!!!!
@Gadis bunga: amiiiinnnnnn! tq2!
GB bila nak amik? rugi tunggu lama2
Post a Comment