Monday, April 18, 2011

ROMPAK!

330 am

tengah nyenyak tido tiba2 dengar bunyi alarm kereta

rasa hangin mula2 sebab sape diala yang balik pagi2 buta salah tekan button remote

tak lama ada orang ketuk pintu rumah bagai nak roboh!

melompatla kami berdua sebab terkejut

jenguk - jenguk kat sliding door tade sape pulak...

suami keluar dulu, jenguk ke rumah sebelah

tak nampak orang...

dah mula rasa tak sedap hati

seram wei kul 330 pagi tiba2 orang ketuk pintu rumah macam nak roboh!

bila nak masuk rumah balik baru nampak akak sebelah keluar

sambil nangis dia cakap rumah kene SAMUN!

suami dia kene belasah



3.41am

sebab semua telefon mereka kene kebas

suami tolong telefonkan polis

999 sambungkan ke balai kuala kubu


3.56am

balai bukit sentosa call balik nak confirmkan kejadian

pegawai baru nak keluar

terfikir... memang camni ke kalau buat repot thru 999? atau mungkin sebab kejadian dah berlaku.. dorang takla terus datang.. hmmm


4.20am

polis sampai.



akak tu cakap husband dia menjerit & melawan sebab tu kene belasah. penyamun potong pagar chainlink utk masuk. lepas tu potong grill pakai cutter. ada amik gambar tapi tepon cap ayam ni ape kene tah.. tak jumpa kat mana dia simpan. Penyamun 3 orang pakai topeng tapi dari loghat cakap disyaki indon

yang peliknya anak bujang akak tu kat bilik belakang dia tak kacau pun, masuk bilik pun tak. yang dia mauk buat kacau cuma kat master bedroom. mintak barang kemas, duit. diikatnya akak tu ngan asben dia.. tapi sebab akak tu memang bukan jenis simpan duit or barang kemas kat rumah. yang ada cuma rantai halus seurat, cincin 2-3 bentuk plus cincin nak g risik utk anak bujang dia.

wallet anak dia kat ruang tamu kene kebas jugak tapi pandai pulak di tinggalkan ic ngan lesen. lepas call polis suami saya cuba call telefon abang tu. ringing tapi dia tak jawab. yang akak tu punya penyamun tu jawab "hello" pastu dia letak balik.

masa sembang2 tu baru tau semalam rumah ustaz lorong belakang pun kena jugak tapi penyamun tu tak sempat buat apa apa sebab kebetulan RELA tengah round masa tu. dari segi cara dorang masuk rasanya kumpulan yang sama yang buat. plus dia target rumah yang ade kete besau2 nila...

kami berkumpul kat depan rumah akak tu sampai polis sampai. kul 445 dah masuk rumah

seriau betul rasa bila tau rumah sebelah kene samun. kita yang takde kene mengena ni pun terasa tak boleh tido sampai ke siang sebab takut. ade rela jaga laluan masuk utama masuk rumah kami tapi penyamun tu masuk kut semak depan rumah. Sejak ada Rela jaga ni memang dah lama takde dengar kes.. tup2 jadi pulak hari ni



Moga Allah sentiasa beri perlindungan pada seluruh keluargaku dari segala kecelakaan


20 comments:

HEMY said...

wah..jiran je kena ek..saya lagi rela depa masuk time saya takde balik2 barang ilang..daripada time kami sekeluarga ada..bahayaaa

semoga dijauhkan la dari sume ni

Daddy Ziyyad said...

Memang seriau bila jadi kes kes mcm ni..kita kena upgrade sistem keselamatan rumah, kena buat sistem gated community, dan juga 'pagar' rumah dgn ayat ayat Al Quran..kemudia tawakal kpd Nya..

julietchun said...

2-3 malam kita tak lena tido nanti kan.

~mrs azmi~ said...

@HEMY: tula pasal.. tambah lagi hasben saya selalu terlupa nak kunci pintu.. dah tengah2 malam saya terjaga cek baru nak kunci

@Daddy Ziyyad: nak buat gated comunity ongkosnya pula... sebab tu cuma ada rela yang memang ronda tiap malam. cumanya malam tadi lepas diorang ronda terus kena pecah

@julietchun: kalau kita yang sebelah ni tak lena tido camne laagaknya orang yang kena kan? mesti sangat trauma

sya said...

ish..
memang risau kes2 pecah rumah macam ni kan... nauzubillah...

maza said...

Patut ler blog ni terbair tak update.. dan tak jenjalan lenggang lenggok ke blog kengkawan..

ingatkan mrs.azmi demam ke.. aduhaiiii..


rupa2nya jiran sebelah rumah kena pecah.. huhuhu.. sadis sehhh..

mintak simpanglah benda2 mcm ni dari belaku.. huhuhu..

seram sehhhh

yonna said...

fuhh seram kak T______T nasib baik dia tak buat apa2 kat jiran akak. haihh.yang penting nyawa tu..

~mrs azmi~ said...

@sya: tula pasal... kita tak tau sape yang akan jadi mangsa.. randomly picked.. huhu

@maza: seram + fobia = paksa suami potong segala tok nenek pokok yang boleh jadi tempat menyorok depan umah

@yonna: tula pasal sib baik dorang tak rodok pisau yang dorang pegang klu tak apela agaknya yang jadi

ckLah said...

Kesiannya dia ya.
Tentu trauma dengan peristiwa begitu.

DrSinga said...

takut wehhh ...
hati2 ya..

dangarumbia said...

Takut laa... Kesian kat jiran tu. Orang mana yang merompak ? Orang kita ke? Issh...

Masa kak tie tinggal di Kluang dulu, sibuk orang merompak, kak tie sering tinggal sendirian, berpeluh-peluh, tak boleh tidor , takut sangat! Sebabnya orang bangsa ni tak ada belas, main parang jer...

Harap-harap keadaan beransur pulih dan selamat. Kena sama-sama berjaga2.

~mrs azmi~ said...

@cklah: hasben akak tu dulu pernah duduk sg manila. cuma saya tak berapa jelas nama2 sedara mara dia tu.. mak saya kenallah

@DrSinga: sib baik malam tadi lena tidur.. sebab banyak gila keja kat ofis

@dangarumbia: dipercayai orang seberang kak. dari gaya n loghat percakapn dia. harap2 kita sentiasa dilindungiNYA

bujal X said...

kena selalu alert dengan alarm kereta~~haih~~

~mrs azmi~ said...

@bujal X: zaman sekarang ni kene alert dengan semua bunyi.. huu

gadisBunga said...

risaunya dengar. kena extra careful nampaknya lepas ni.

takde jiran yg bela anjing ke?

Ku Tak Sempurna said...

klu duk sensorang lagi takut. nasib ada aly ngan coki kan

Yunus Badawi said...

Mesti trauma mereka sekeluarga. Nasib baik tak dicederakan.

Tapi bila dah banyak kejadian rompakan, satu taman tu tak senang tidur. Kena fikirkan macamana nak tingkatkan keselamatan.

Uncle Lee said...

Hi Mrs Azmi, regret to read of that scary robbery.
Glad you all okay.
But sad to read the police not rushing over.....
Really pity the home that was robbed.

Maybe should get a guard dog....a trained Doberman.
Long ago where I lived in PJ, home invasions were rampant, include the notorious 'orang minyak' too...
and women being robbed and molested.

I specially got a trained Doberman guard dog....sleeps in the house at nights...
And with 3 cars parked out under the porch...my house one of the very few untouched.
My dog don't take prisoners.
You keep well, best regards.
Lee.

en_me said...

nak tanye, rumah xdok alarm ker?

~mrs azmi~ said...

@GB: kawasan umah saya kebanyakan melayu.. ade 1 rumah cina yang bela anjing pun jauh dari rumah kami

@KTS: budak2 tu lari dulu klu nampak strangers bukan nak tolong melindungi! huhu

@YB: tula.. tercedera la jugak abang tu sebab kene belasah

@Uncle Lee: thanx for the suggestion ya

@en_me: takdok alarm.. mebi lepas ni kene ikhtiar pasang alarm jugak.. huu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

::peringatan buat pengunjung::

"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan

puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"