Thursday, April 21, 2011

tanpa kacamata

sejak bebelakangan ni rasa tak selesa bila mengadap komputer. mungkin sebab dah sampai seru utk gantikan kaca mata yang ada ni. jadi saya lebih senang menanggalkannya ketika membuat kerja.

petang semalam hujan lebat di lembah klang,

sebab tak nak terperangkap dalam kesesakan lalulintas, tepat jam 5 tetap bergegas pulang walaupun hujan sangat lebat. sempat patah balik sebab teringatkan telefon atas meja dan dalam masa yang sama saya terlupa 1 benda lain yang sangat penting!

bila dah beberapa ketika memandu baru terasa perasan kejanggalan pada pandangan saya



raba raba muka


laaaaaaaaaa


spek tertinggal rupanya! patutla kabur lebih daripada biasa! isk


maka semalam dan harini memandula saya dengan 3-4 kaliganda perhatian pada jalan raya sebab pandangan kurang jelas... T___T



**saya memang seorang yang pelupa... kadang2 boleh menjadi kronik lebih - lebih lagi kalau waktu kelam kabut!

14 comments:

dangarumbia said...

Banyak sangat memikir kot, sebab tu terlupa...

bujal X said...

beli tali ah~~ikat kat spek~~baru tak lupa~~

Queen said...

aiyo...mesti mata cepat penat ..silap2 boleh pening.... tapi semlam memang lebat kan..ngeri nak keluar opis..

Daddy Ziyyad said...

Uihhhh..berapa power tu? kalau tinggi mau langgar tiang letrik! :P

pakai lah contact lens ..mudah..

maza said...

Bawa power cermin mata tu?

kalau maza, agaknya sudah ke parit tersadai dgn kereta2 sekali.. hahaha..

dan sepekara lagi, bagi maza, cermin mata ini amat2lah penting dan berharga.. 2nd eyes gitew... boleh jadi bertumbuk pun ya bila ada org bergurau dgn menyorokkan cermin mata ini.. hahahah

~mrs azmi~ said...

@dangarumbia: haah pikir banyak.. pikir nak sampai umah cepat! heheh

@bujal X: ahahaha perli nampak!

@Queen : tula pasalnye.. bila kene suluh dek lampu dari depan mula menggelabah, kecikkan mata.. sib baik selamat

@Daddy Ziyyad: power 200 ngam2 jek.. ade gak pakai contact lens tapinye duduk dalam ekon ni cepat kering.. huhu

@maza: walaupun 2nd eyes tapi sebab tak melekat.. tetap tertinggal! hahaha

Suara Kalbu said...

Hhihihihihi.. pikir nak balik cepat sebab nak jumpa buah hati kat rumah yaaaa....

~mrs azmi~ said...

@Suarakalbu: ehehehe... teringat nak bawak budak2 main kat luar..^_^

julietchun said...

nasib baik masih buleh nampak walaupun kabur.

Ku Tak Sempurna said...

makan kismis banyak2. kismis elok utk ingatan. dan juga mata


pesanan ini dibawa oleh org yg sentiasa lupa juga

hihihi

Tukang cuci cute said...

kena beli tali gantung cermin mata tuh.. sure xtertingal dah ;)

gadisBunga said...

gb kene kene gi cek mata pasal semalam termasuk lane sebelah sebab tak perasan!

Sham said...

waa betul punya kronik dah tu..hu hu...

Rosmawati Yusof said...

Salam Mrs Azmi, mmg klw Xder cermin mata, mmg terduduk dibuatnya... salam perkenalan..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

::peringatan buat pengunjung::

"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan

puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"