Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Monday, February 21, 2011

tuisyen tu perlu ke?

sebelum ni saya tak tau macamana suasana sebenar dalam pusat tusyen sebab sejak zaman sekolah rendah sampaila habis degree saya tak pernah dihantar ke pusat tusyen berbayar macam yang biasa sekarang ni.

sampaila minggu lepas,

saya dapat kerja part time di salah sebuah pusat tuisyen yang ada dekat Kota Damansara ni.

pasal kerja part time ni memang berat hati nak buat, takut tak boleh nak manage masa antara keja tetap, family, part time dan diri sendiri.... tapi kerana keadaan mendesak, saya push jugak diri. lagipun sementara belum ada anak, kesibukan saya belum mencapai tahap maksimum dan dengan menyibukkan diri ni saya takla terfikir atau tertekan sangat dengan masalah lain.

aiseh.. ke laut sudah... ^_^

so sabtu lepas saya start keje, mula jam 11 pagi tamat 6.30 petang. masa tula baru saya dapat rasa macamana suasana pusat tusyen yang selama ni cuma dengar orang cakap "anak pergi tusyen" mak bapak saya memang tak pernah hantar saya ke kelas tuisyen, masa darjah 6 adalah PIBG sekolah buat kelas tambahan waktu malam utk kelas yang hadapi UPSR.. itupun selalu kene batal sebab sekolah blackout! maklumla... sekolah kampung yang serba kekurangan (masa tulah)

bila masuk sekolah menengah duduk asrama dari form 1 - form 5, lagila takde tuisyen! yang ada kelas prep yang kita kene tolong diri sendiri sediakan diri sendiri untuk peperiksaan yang datang. bila sampai form 3 akan adalah segala macam jenis program yang dibuat utk membantu pelajar yang 'kurang' - mentor mentelah, kelas ICUlah, latih tubi jangan cerita... boleh muntah keluar soalan tu balik! hahahaha

itu baru form 3, bila dah nak SPM 2x ganda teruknya...

masa tu memang dah rasa macam sekolah henry gurney!

isk.. merepek lagi.. tetiba sentimental teringat zaman sekolah.. haha

bila tengok yuran bulanan tuisyen ni.... gulp!?! telap air liur sendiri....

masa tu terus terasa nak bukak pusat tuisyen sendiri..... hahahaha

itu kos sebulan utk sorang, aiyoh! pastu asyik berfikir, sebenarnya perlu ke hantar anak ke kelas tuisyen utk semua subjek? bila tengok jadual lagila terkejut sebab ada mak bapak hantar anak darjah 1 utk tuisyen!

mungkin sebab saya belum ada anak jadi saya belum terfikir alasan - alasan munasabah tu, dan sebab saya sendiri tak pernah ke kelas tuisyen..


16 comments:

sya said...

mrs azmi...
wah, pantas je saya komen ni... :P
saya dulu pun tak pernah tusyen..
tapi, bila ngajar ni, ramai parents yang mintak buat tusyen untuk anak diorang...

tah lah, rasanya, kalau dapat fokus di kelas, itu lebih baik kut... tusyen tu sekadar tambahan je...

julietchun said...

kekdg kalau di rumah pelajar malas mengulangkaji, dan kekdg ibubapa taktau nak mengajar anak mereka kerana zaman yg berbeza.jd, jln mudah terpaksalah ibubapa hantar anak ke pusat tuisyen dgn harapan anak tidak membuang masa dirumah. tapi kekdg dah mcm trend,hantar anak tuisyen sebab org lain pun hantar juga.

Anonymous said...

Anak-anak kak tie semuanya ke kelas tambahan yang dianjurkan di sekolah je. Itu pun dah rasa cukup. Tak ada masa nak ke tuisyen pun.

~mrs azmi~ said...

@sya:tulah pasal... sekarang dah jadi macam benda wajib pulak, sedangkan cikgu2 sekolah tu dah bagi semuanya dalam kelas.

@julietchun: time keje tu ade budak call tanya pasal kelas... dia nak pegi sebab kawan dia pegi.

@kayteeze: samala saya dulu kak, mana reti hantar kelas tisyen bagai ni.. lagipn ceruk kampung tu manala ada orang buka kelas tuisyen.. ada takda pun cikgu sekolah dengan rela hati bagi extra kelas

Kujie said...

Anak² dari Along sampai Angah tak pergi tusyen cuma tusyen yang dianjurkan pihak sekolah saja - RM15 sebulan ( anjuran PIBG sebenarnya - bagus untuk murid dan cikgu )

UPSR ke, PMR ke SPM pun tak pergi...dia cakap tak seronok...budak² bising, cikgu dok ulang benda yang dia dah faham...sebab dalam kelas tusyen yang datang dengan berbagai tahap .

Tahun ni Intan UPSR - dia tak pergi tusyen tapi pergi belajar kat rumah cikgu kelas buat kerja sekolah sebab kerja sekolah dah banyak, siap kerja tak perlu tusyen lagi.

Itu pengalaman Kak Jie..orang lain , cerita berbeza la kan...

zino said...

saya juga tak pernah tusyen maklum lah sekolah kampong mana ada tusyen.. tapi zaman sekarang ni jadi satu trend... ada banyak kelas tusyen yg bagus.. teknik mengajar dia lain dari sekolah..

sorang je anak saya tak pegi tusyen.. sebab dia tak minat.. kalau paksa nanti mengabihkan duit je.. hehe

Dr Singa said...

di KL .. sorang .. satu subjek .. 60-80 hinggit !
masyukkkkk...

~mrs azmi~ said...

@kujie: parents ada pendapat masing2 kan pasal tusyen ni

@zino: hehe.. kalau dah budak taknak dipaksa2 pun mengabihkan boreh yo..

maza said...

entahlah.. tekanan di bandar jauh berbeza..

skrg ni kalau di bandar anak2 tak berapa catch up membaca pada umur 7 thn sudah dikira ketinggalan dan agak kabur masa depannya.. padahal maza pandai baca pun tatkala umur 8/9 thn.. atau mungkin 10thn..dan sekarang ini sudah pandai bikin blog sendiri (oppss... ke lautan dalam lah fulaks.. ahaks)

tekanan demi tekanan begitu dirasakan apabila sekolah bandar ini ada yg mementingkan 100% kemajuan sekolah...

itu belum lagi mak bapak yg satu darjah dgn anak kita itu masing2 berlumba2 menekan anak2 masing2 utk memecut laju ke hadapan... kononnya tak mahu ketinggalan... kalau difikirkan ngeri sehh... apatah sebaik terkenang dan meraba2 poket sendiri..

entahlah, maza juga bukan produk tuisyen..

tapi sudah beri amaran pada Nasrun (7thn), kalau tak dapat membaca sampai jun ini, kami akan humbankan dia ke pusat tuisyen.. nampaknya dia sudah ada banyak progress. hehehe

apa2 hal pun maza mengikuti rapat perkembangan semasa anak2 dan tawaran persekitaran..

~mrs azmi~ said...

@maza: banyak opsyen dan pendekatan boleh digunakan kan? sebelum dihumbankan ke pusat tuisyen.. heheh

~mrs azmi~ said...

@Dr Singa: itu yang rasa nak bukak kelas tuisyen jugak tuuuuu.. tempat sy kerja tu rata2 ambil pakej 4 subjek. sebulan sorang rm240! fuyoh!!

adie said...

mmg secara logiknya,macam tak perlu tuisyen kan. bergantung kpd percapaian anak kat sekolah jugak.kalu kat sekolah dah cemerlang,rasanya tak perlu tuisyen kut.tapi zaman skang kena hantar tuisyen jugak sebab makbapak tak dan nak ajar anak kat umah.

shay said...

kalau ada keperluan mungkin patut la... kalau tak ada baik tak payah...

KTS said...

saingan makin kuat skrg ni. tu yang mak pak anta bebudak tuisyen. kecik2 lagi jadual dah padat. kesian pun ada

~mrs azmi~ said...

@Mr Penyubiru: kira mak bapak cuba membantu anak2 mana perlu

@kts: tula.. kesian betul tgk budak darjah 1 dah ade kelas tuisyen...

Anonymous said...

Saya 4 anak. Langsung tak hantar tuisyen dan tak ajar apa2 dlm buku mereka. Kami suami isteri kebetulan di zaman tak ada tuisyen. Anak2 memang mintak nak pergi tuisyen, saya cuma tanya, apa cita2 dia? Kalau setakat nak jadi doktor dan engineer, tak payah tuisyen la. Kami ibu ayah dan kawan2 tak pernah pergi tuisyen pun dah terbukti boleh jadi apa yang mereka inginkan. Tetapi kalau bercita2 nak buat roket pergi bulan atau nak cipta apa2 gempak seperti nak buat bumi lain, baru saya pertimbangkan. Saya acahkan sikik2 cuma nak bagitau yang tuisyen ni tak perlu pun...

Malas membaca, malas ulangkaji , tak ada jadual perancangan pembelajaran = buat apa nak pergi tuisyen kalau dah jenis pemalas? Jika rajin baca, rajin ulangkaji, rajin bertanya guru di sekolah, memang tuisyen tak diperlukan pun.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

::peringatan buat pengunjung::

"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan

puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"