sebelum ni saya tak tau macamana suasana sebenar dalam pusat tusyen sebab sejak zaman sekolah rendah sampaila habis degree saya tak pernah dihantar ke pusat tusyen berbayar macam yang biasa sekarang ni.
sampaila minggu lepas,
saya dapat kerja part time di salah sebuah pusat tuisyen yang ada dekat Kota Damansara ni.
pasal kerja part time ni memang berat hati nak buat, takut tak boleh nak manage masa antara keja tetap, family, part time dan diri sendiri.... tapi kerana keadaan mendesak, saya push jugak diri. lagipun sementara belum ada anak, kesibukan saya belum mencapai tahap maksimum dan dengan menyibukkan diri ni saya takla terfikir atau tertekan sangat dengan masalah lain.
aiseh.. ke laut sudah... ^_^
so sabtu lepas saya start keje, mula jam 11 pagi tamat 6.30 petang. masa tula baru saya dapat rasa macamana suasana pusat tusyen yang selama ni cuma dengar orang cakap "anak pergi tusyen" mak bapak saya memang tak pernah hantar saya ke kelas tuisyen, masa darjah 6 adalah PIBG sekolah buat kelas tambahan waktu malam utk kelas yang hadapi UPSR.. itupun selalu kene batal sebab sekolah blackout! maklumla... sekolah kampung yang serba kekurangan (masa tulah)
bila masuk sekolah menengah duduk asrama dari form 1 - form 5, lagila takde tuisyen! yang ada kelas prep yang kita kene tolong diri sendiri sediakan diri sendiri untuk peperiksaan yang datang. bila sampai form 3 akan adalah segala macam jenis program yang dibuat utk membantu pelajar yang 'kurang' - mentor mentelah, kelas ICUlah, latih tubi jangan cerita... boleh muntah keluar soalan tu balik! hahahaha
itu baru form 3, bila dah nak SPM 2x ganda teruknya...
masa tu memang dah rasa macam sekolah henry gurney!
isk.. merepek lagi.. tetiba sentimental teringat zaman sekolah.. haha
bila tengok yuran bulanan tuisyen ni.... gulp!?! telap air liur sendiri....
masa tu terus terasa nak bukak pusat tuisyen sendiri..... hahahaha
itu kos sebulan utk sorang, aiyoh! pastu asyik berfikir, sebenarnya perlu ke hantar anak ke kelas tuisyen utk semua subjek? bila tengok jadual lagila terkejut sebab ada mak bapak hantar anak darjah 1 utk tuisyen!
mungkin sebab saya belum ada anak jadi saya belum terfikir alasan - alasan munasabah tu, dan sebab saya sendiri tak pernah ke kelas tuisyen..