Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Tuesday, May 4, 2010

ini kesudahannya??

**entry jiwa kacau**

orang kata

"banyakkan sabar"

"doa - moga2 satu hati nanti hatinya dilembutkan"

"kalau ada tak puas hati dengan seseorang tu... bersemukalah, terangkan dengan rasional... bukan terus gaduh tuduh yang bukan2. Lepas tu mesti rasa LEGA............"

yang aku buat

bersabar? = masih lagi....aku cuma seorang hamba Allah yang lemah, punya batas kesabaran yang rendah namun dek kerana tidak mahu mengusutkan suasana, ku sabarkan juga


doa? = sentiasa doa moga hidupnya sejahtera... begitu juga hidupku

bersemuka?

inilah yang kulakukan semalam... dengan harapan dengan bersemuka, semuanya lebih terang dan jelas... tiada tanda tanya... dan yang paling penting, aku harap hati aku lega melepaskan bebanan yang ku tanggung..

walaupun telah bersemuka,

nyata sekali hatiku masih gusar.... walaupun telah ku luahkan segala yang terbuku dan ianya lebih perit apabila melihatkan reaksinya

semalaman aku berperang dengan perasaan sendiri. pelbagai bentuk tindakan yang bermain diminda... namun ku halau jauh2 dengan hasutan untuk melakukan perkara yang dilarang agama tapi bisikan dan hasutan itu tetap hadir

aku sangat lelah tika ini................

12 comments:

Anonymous said...

nape dik?!..... :(

Tie said...

Err... kalau dok dekat, boleh gak kak tie belanja ABC buat penyejuk hati. Tak pe laa... jangan difikirkan sangat. Cuba reward diri sendiri untuk dapatkan sedikit ketenangan...

~mrs azmi~ said...

@eus: jiwa kacaula kak... kusut


@Kak Tie: mekasih kak... syedapnye ABC

sya said...

tak apa mrs azmi..
rasa jiwa kacau tu akan berlalu bersama masa... :)

Lady of Leisure said...

time will heal..
:)

~mrs azmi~ said...

@sya: moga - moga keadaan bertambah baik

@Lady of Leisure: thanx dear

Izzah said...

alamak kenapa nih???
yang baca pun jadik kacau jugak...
sabar erk..
semoga ada jalan keluarnya...

Kujie said...

uik..kadang2 bersemuka pun bukan boleh selesai

ego mengatasi

jom....bile free calling2lah..mkn ABC

iza~de~bintang said...

Aduh jangan fikir yang buruk atau ambil tindakan yang merugikan diri. Sabar mungkin ubat walaupun pahit. Kalau dekat nak jugak join makan ABC :)

~mrs azmi~ said...

@kujie: ego yang tinggi gunung dan tak kene tempatlah yang bisa meranapkan semuanya

@iza: kalau kite tengah lemah & tertekan pasti syaitan cuba menguasai.... jom bila2 mai cni kite makan ABC same2

maza said...

huhuhu...

beside semua sekali itu, maza suka tatacara tulisan yg mrs binakan..

hehehhe

~mrs azmi~ said...

@maza: tq...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

::peringatan buat pengunjung::

"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan

puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"